"MASUK..." Suruh Rina apabila Shifa mengetuk pintu. Matanya masih lagi pada skrin lap top. Tidak bergerak walaupun seinci. Dia mendongak apabila pintu masih lagi diketuk. "Masuklah..."
Kali ini suaranya lebih kuat. Biasanya sekali suruh masuk pasti Kak Isma atau Shifa akan terus masuk. Takkan hari ini ada masalah pendengaran. Terus saja dia melangkah ke pintu. Mesti mereka bawa kotak sampai tidak boleh membuka pintu.
Rina mengeluh apabila melihat Izzhan di sebalik pintu. Baru saja mahu menutup pintu, pantas lelaki itu menahan dengan tangan. "Awak nak apa? Awak tak boleh masuk kat sini."
"Sorry, saya tak nak kacau pekerja awak. Mereka sibuk layan customer, tu yang saya main masuk je sini."
Rina mencebik. Senyuman lelaki itu tidak akan dapat menyejukkan hatinya. "Habis yang awak kacau saya buat kerja ni tak apa pula?"
"Saya datang sekejap je..." Sebekas coklat sederhana besar dihulurkan pada Rina. Tanda permohonan maafnya kerana sudah menyakitkan hati gadis itu. "Untuk awak..."
"Coklat?"
"Saya harap awak suka..."
"Girlfriend awak yang masa satu suka makan coklat? Awak ingat dia suka coklat saya pun suka coklat." Bidas Rina sinis.
"Janganlah cakap macam tu. Saya tak ada girlfriend. Saya tak tahu awak suka apa. Kalau saya tanya pun, saya tak yakin awak akan beritahu apa yang awak suka. Saya beli bunga, awak bersin. Jadi saya agak yang awak suka coklat."
"Maaf saya tak makan coklat." Tegas Rina. Wajah hampa Izzhan sikit pun tidak melembutkan hatinya. Kalau dia dipaksa ambik pun, pasti nasib coklat itu akan sama dengan bunga. "Mulai sekarang awak tak payah bagi apa-apa pada saya. Saya tak akan terima. Saya tahu pemberian awak pada saya tak ikhlas. Awak ada agenda sendiri. Awak ingat saya bodoh?"
Izzhan mengerut dahi apabila keikhlasan dirinya menjadi topik. "Saya ikhlas. Kalau awak tak nak terima, saya tak marah. Saya kawan dengan awak tanpa ada sebarang agenda. Kenapa awak tak nampak lagi apa yang saya buat?"
"Awak tak ikhlas, sebab tu saya tak nampak keikhlasan awak. Awak ni penipu. Depan saya berlagak baik, tapi belakang saya? Awak lelaki yang penuh tipu muslihat. "
"Kejap...awak nak cakap apa ni? Saya tak faham. Bila masa saya tipu awak?"
Rina mula marah apabila teringat apa yang dilihatnya semalam. Coklat dalam bekas yang dipegang oleh Izzhan diambil, lalu dilempar ke lantai. Berteraburan coklat atas lantai. Puas hatinya.
"Astaghfirullahalazim..." Izzhan menarik nafas. Terkejut dia dengan sikap Rina yang tiba-tiba melenting. Dia tahu ada sesuatu yang tidak kena dengan gadis itu.
"Mulai sekarang awak jangan pernah datang jumpa saya. Saya tak suka." Jeritnya lalu menghempas kuat pintu bilik.
Izzhan mengurut dada. Dia langsung tidak faham apa yang terjadi.
*Novel sudah terbit pada Disember 2019 under penerbit KarnaDya. Untuk pembelian boleh wassap 0196174353 (penerbit)
Shopee : KarnaDya
YOU ARE READING
Dia Janjikan Setia
Romance ❤️Kau yang pertama untuk selamanya❤️ "Papa tu tak setia dengan ibu. Berbelas tahun ibu hidup bermadu. Ibu sanggup tahan dengan papa. Tolonglah ibu minta cerai dengan papa. Rina tak suka tengok ibu hidup macam ni. Ada laki macam tak ada. Ibu te...