WALAUPUN cuba menyibukkan diri, tapi fikiran Rina tetap teringatkan kata-kata berani Izzhan. Kenapa dia nak ambik serius? Patutnya kata-kata seperti itu bagai angin lalu di telinganya. Kali pertama dia berada dalam situasi ini. Apa kata-kata Izzhan merupakan lamaran?
Sungguh dia tidak faham dengan lelaki itu. Semudah itu mengakui sudah terpikat dengannya? Kalau mereka kenal lama pun dia masih tidak percaya, apatah lagi tempoh perkenalan yang singkat ini. Tambah-tambah perangainya yang tidak mempercayai lelaki. Sekarang dia sedang diuji oleh seorang lelaki. Argh, boleh giler hidupnya.
Dalam masa seminggu hidupnya berubah. Sebelum ini dia cuma memikirkan masalah butik, sekarang tambah lagi satu masalah. Dia perlu cari ketenangan. Mahu pulang kampung, tapi bila teringatkan papa terus dia jadi malas.
"Kak Rina..."Rina tersentak apabila ditegur. Tepelanting jatuh pen yang dipegangnya. Dipandang Shifa yang hanya tersengih. "Shifa, lain kali ketuk dulu. Tak pun bagi salam. Jangan main terjah macam ni. Terkejut tau."
"Saya dah ketuk, Kak Rina yang tak dengar. Ada orang nak jumpa."
Izzhan. Terus nama itu muncul. Siapa lagi yang datang butik kalau bukan lelaki itu. Nak kena kejar dengan parang juga si Izzhan ni.
"Cakap kat dia saya tak nak jumpa."
"Bukan abang handsome yang selalu jumpa Kak Rina tu. Tapi orang lain. Handsome juga tapi tak boleh lawan dengan pakwe Kak Rina tu." Shifa cuba mengingati kembali nama yang diberitahu tadi, tapi dia lupa.
"Nanti saya keluar." Kata Rina malas. Lelaki mana pula kali ni. Entah-entah kawan si Izzhan. Dah pandai main kasar sekarang bawa kawan datang butik. Rina melangkah lalu keluar daripada biliknya. Daripada jauh dia sudah melihat satu susuk tubuh yang berdiri sambil membelek jubah. "Ada apa nak jumpa saya?"
Sabar saja dia menunggu lelaki tersebut berpusing. Saat matanya melihat wajah itu, jantungnya seakan-akan terhenti berdenyut. Sungguh tidak sangka lelaki ini ke butiknya. Nama, wajah dan segala-galanya perihal lelaki itu sudah dia lupakan. Tidak mahu diingat kembali kerana hanya akan menyakitkan hati.
"Rina..."
"Nak apa lagi?" Dipandang lelaki bernama Redza itu. Lelaki yang turut tersenarai dalam sejarah hidupnya. Antara lelaki yang dibenci.
"Abang nak jumpa Rina sekejap."
"Sekarang dah jumpa, kan. Cakaplah apa nak cakap. Tolong jangan buang masa saya." Rina cuba mengawal marahnya apabila melihat Kak Isma dan Shifa mula terjenguk-jenguk.
Lagipun dia tidak mahu membuat kecoh kerana ada beberapa orang pelanggan sedang asyik membeli. Langkah kaki diatur ke sofa.
"Rina sihat? Kenapa tangan berbalut? Maaf abang lama tak jumpa Rina." Redza turut melabuhkan duduk. Dipandang tangan Rina yang berbalut. Langsung tidak ambil hati dengan layanan dingin gadis itu.
"Itu bukan masalah awak. Saya sakit sekalipun saya tak minta awak jaga saya. Selama ni saya hidup sendiri, alhamdulilah sampai sekarang masih bernyawa."
"Abang dapat pindah KL. Abang tak tinggal kat Singapore lagi. Lepas ni bolehlah abang tengok-tengokkan Rina."
"Kenapa beritahu saya? Awak tak ada lagi saya suka. Bertahun kita tak jumpa, kenapa sekarang muncul? Apa tujuan awak? Nak sakitkan hati saya? Tak puas ke apa yang awak dah buat pada saya sebelum ni?" Luah Rina perlahan.
"Apa Rina cakap macam ni? Rina tanggungjawab abang. Bila abang kat sini, abang akan jaga Rina. Setuju atau tak, abang tak kisah." Tegas Redza. Memang dia sedia maklum perangai degil dan keras kepala Rina.
"Rina masih tak nak terima abang ke? Sampai bila nak hidup macam ni? Abang sayangkan Rina. Bagi peluang abang jaga Rina. Abang akan buktikan tak semua lelaki sama apa yang Rina fikir. Lupakan apa yang terjadi antara kita. Tak guna berdendam. Kita mulakan hidup baru. "
Seorang lagi makluk yang degil selepas Izzhan. Memang mereka boleh geng. Sengaja tunjuk hero depannya. Yang sana cakap begini, yang sini cakap begitu. Lama-lama dia boleh masuk Hospital Tanjung Rambutan.
"Saya mula hidup baru saya sebab saya nak lupakan kehidupan lama saya. Kehidupan yang penuh dengan air mata dan dendam. Kalau awak sayangkan saya, biarkan saya dengan hidup saya. Awak tak akan kacau saya sebab awak tahu saya benci awak. " Guman Rina sambil memandang tepat ke dalam mata Redza. Biar lelaki itu tahu dia bersungguh dengan apa yang diucapkan.
"Saya penat, sangat penat." Ujar Rina lalu meninggalkan Redza sendirian.
Jangan lupa vote⭐️ dan tambah cerita ni dalam playlist reading anda😘
*Novel sudah terbit pada Disember 2019 under penerbit KarnaDya. Untuk pembelian boleh wassap 0196174353 (penerbit)
YOU ARE READING
Dia Janjikan Setia
Romance ❤️Kau yang pertama untuk selamanya❤️ "Papa tu tak setia dengan ibu. Berbelas tahun ibu hidup bermadu. Ibu sanggup tahan dengan papa. Tolonglah ibu minta cerai dengan papa. Rina tak suka tengok ibu hidup macam ni. Ada laki macam tak ada. Ibu te...