"ASSALAMUALAIKUM..."
Rina menutup pintu kereta. Tidak perlu berpusing dia sudah kenal suara milik siapa. Lelaki yang setiap pagi datang menyemak di butiknya. Hari ini awal pula sampai. Mesti kes tak sabar nak meluahkan ayat-ayat manis yang diambil dari google.
"Sihat?"
"Ada nampak saya macam sakit ke?"
"Luaran nampak sihat. Tapi dalaman saya tak tahu macam mana. Tu yang saya tanya." Izzhan memandang Rina yang hanya senyap. Dia nampak kelainan di wajah itu. " Awak ada masalah ke? Nampak macam fikirkan sesuatu je."
"Bukan hal awak pun." Apabila teringatkan sesuatu terus Rina menarik purse yang berada dalam beg tangan. Duit RM 200 ditarik keluar lalu dihulurkan kepada Izzhan. Duit bayaran rawatan dan makan ketika malam dia diragut.
"Eh, payah bayar. Saya dah halalkan."
"Saya tak sukalah macam tu."
"Tak apa, anggap je saya belanja awak."
Malas memanjangkan cerita terus Rina menyimpan kembali wangnya. Memang taklah dia mahu memujuk Izzhan supaya mengambil. Dia tidak suka memujuk. Langkah kaki diatur menuju ke pintu butik. Gugusan kunci keluarkan. "Nak ikut saya masuk dalam ke?"
"Awal lagi kalau saya nak pergi office."
Jam pergelangan tangan dipandang. "Bukan kerja pejabat start pukul 8 pagi habis pukul 5 petang? Sekarang dah 8.15 pagi. Awak dah lewat. Oh lupa, awak boss. Bolehlah masuk lewat. Tak ada orang nak marah. Tak nak masuk kerja pun tak apa." Sindirnya.
"Bukannya selalu saya masuk lambat, baru start minggu ni. Kalau saya masuk pukul lapan, tak sempatlah saya jumpa awak. Nak pergi rumah awak, takut awak marah. Kalau awak tak nak saya jumpa awak pagi-pagi boleh. Tapi dengan satu syarat."
Rina mengerutkan dahi. Dah pandai nak buat syarat dengannya. Tapi kalau dia ikut syarat yang diberi, tak perlu dia menghadap wajah Izzhan lagi. "Apa dia?"
"Saya nak nombor telefon awak. Saya minta pada pekerja awak, mereka tak bagi."
"Saya tak ada telefon."
"Tipu."
"Betullah saya tak ada. Telefon saya ada dalam beg yang kena ragut tu. Tak sempat nak beli yang baru. Saya cuma guna telefon kat butik. Puas hati?" Jujur Rina memberitahu.
Izzhan mengangguk faham. Tak sangka gadis itu boleh hidup tanpa telefon. Satu lagi perkara yang dia suka tentang Rina. "Nampaknya terpaksalah saya jumpa awak lagi lepas ni."
Rina mengeluh bosan. Kalau dia bagi nombornya sekalipun, dia yakin 200 peratus yang Izzhan tetap akan mencarinya. Lelaki tidak boleh percaya tambah-tambah lepas dapat apa yang mereka nak. Dia tahu sangat permainkan makhluk tuhan bernama lelaki.
Bunyi telefon menyentakkan mereka. Pantas Izzhan mengeluarkan telefonnya yang berbunyi. "Waalaikumusalam, ya umi. Erk, kejap lagi Izz sampai office. Ada kat butik Rina sekarang. Datang melawat dia sekejap. Tak salahkan kalau Izz melawat dia. Bukan buat apa-apa pun. Yelah. Lagi 10 minit Izz sampai."
Rina memandang Izzhan yang menyimpan semula telefon ke dalam poket. Dah besar macam ni pun, masih dikawal pergerakkan oleh ibu sendiri. Kalau dia sound anak mak, memang kena ceramahlah dengan lelaki ni.
"Saya pergi dulu. Umi tiba-tiba datang office pula. Nanti jumpa lagi. Assalamualaikum."
Salam dijawab dalam hati. Rina menghantar pemergian Izzhan dengan pandangan mata. Patuh sungguh lelaki itu pada uminya.
Jangan lupa vote⭐️ dan tambah cerita ni dalam playlist reading anda😘
*Novel sudah terbit pada Disember 2019 under penerbit KarnaDya. Untuk pembelian boleh wassap 0196174353 (penerbit)
![](https://img.wattpad.com/cover/159629857-288-k421276.jpg)
YOU ARE READING
Dia Janjikan Setia
Romance ❤️Kau yang pertama untuk selamanya❤️ "Papa tu tak setia dengan ibu. Berbelas tahun ibu hidup bermadu. Ibu sanggup tahan dengan papa. Tolonglah ibu minta cerai dengan papa. Rina tak suka tengok ibu hidup macam ni. Ada laki macam tak ada. Ibu te...