BAB 9 (b) : Abang Yang Tak Pernah Wujud

535 35 2
                                    

TELEFON dikeluarkan sebaik sampai di tempat kerja Qasya. Sudah dua hari dia menghantar dan mengambil Qasya ke tempat kerja kerana kereta gadis itu dimasukkan ke bengkel. Nasib baik juga butiknya tidak berapa jauh. Kalau tidak jenuh dia mahu pusing.

Baru saja mahu menaip, cermin tingkapnya diketuk seseorang. Pantas dia menurunkan cermin.

"Cik tak boleh parking kat sini." Tegur seorang pengawal keselamatan.

"Sekejap je. Saya nak tunggu kawan."

"Kalau nak tunggu kawan, parking kat dalam. Banyak kosong. Kat luar ni tak boleh."

Malas banyak bunyi, Rina terus memandu masuk ke kawasan Umaru Holding. Parking kosong dicari. Penipu betul guard ni. Cakap banyak kosong, tapi semua penuh. Dah sampai hujung-hujung baru dia jumpa ada satu petak kosong sebelah kereta Honda Accord.

Rina : Sampai dah. Cepat sikit.

WhatApp dihantar. Geram pula dengan Qasya. Selalu macam ni. Bukan nak tunggu bawah siap-siap. Nak juga kena dia WhatsApp baru turun.

Qasya : Lagi 10 minit aku turun. Air tertumpah. Aku nak bersihkan kejap.

Rina : Okey...

Rina tersentak apabila cermin tingkapnya diketuk lagi. Pak guard mana pula yang tak boleh tengok dia duduk senang. Air liur ditelan apabila melihat Redza yang mengetuk tingkap. Terus saja dia membuka pintu lalu keluar. "Nak apa?"

"Rina buat apa kat sini?" Soal Redza terkejut.

"Nak masak." Jawabnya acuh tak acuh.

Redza cuba tersenyum. Apabila dapat jumpa secara kebetulan begini tidak akan dia sia-siakan peluang. Hati Rina perlu dipujuk. Hal tengah hari tadi perlu dilupakan. "Jom pergi makan..."

Rina mencebik. Sebijik macam Izzhan, sikit-sikit makan. Mesti lelaki itu yang turunkan ilmu pada Redza.

"Rina, Redza..."

Rina memandang pada suara yang menegur mereka. Kenapa panjang betul umur lelaki ini? Baru terdetik dalam hati sudah muncul. Menyesal pula dia teringatkan Izzhan. Memanglah lelaki ini boleh muncul, dah nama pun kawasan tempat kerjanya.

"Izz, kau kenal Rina?" Soal Redza teruja.

"Aku baru nak tanya kau, kau kenal Rina?" Izzhan tersenyum manis menghadap Rina. Dua hari tidak berjumpa, sungguh dia rindu. Tak sangka hari ini gadis itu sendiri yang datang ke tempatnya. Walaupun bukan untuk berjumpanya, tapi dia sudah gembira.

"Ni adik aku."

Rina menelan air liur. Nampaknya memang Izzhan tidak tahu apa hubungan sebenar dia dan Redza sebelum ni. Jadi kalau lelaki itu tidak tahu, maknanya dia sudah salah sangka. Izzhan memang rapat dengannya tanpa ada agenda. Ingat Redza guna Izzhan untuk balas dendam kerana selalu menghina keluarga lelaki itu.

"Adik? Rina adik kau? Kenapa aku tak pernah tahu pun kau ada adik perempuan?"

"Panjang ceritanya. Nanti ada masa aku cerita."

"Dah habis dah buat drama?" Perli Rina. " Tak perlulah nak cerita hal keluarga pada orang luar."

Izzhan memandang Rina. Jelas terpancar wajah tidak gembira gadis itu. Takkan ada masalah dengan abang sendiri. Tapi air muka gadis itu sudah menunjukkan segala-galanya. Walaupun baru kenal, dia sudah pandai membaca air muka Rina. Nampaknya banyak yang dia perlu selongkar dengan Redza nanti. Senang kerjanya lepas ni.

"Rina, Izzhan ni kawan abang masa study kat Australia dulu. Lepas habis belajar hubungan putus macam tu je. Bertahun berpisah, tak sangka jumpa balik kat sini."

"Saya tak tanya pun." Dua-dua lelaki itu sudah sedia maklum perangai dinginnya. Tak perlulah dia sorokkan dirinya yang sebenar.

"Redza, aku pergi dulu." Izzhan meminta diri apabila perasaan dirinya tidak diperlukan di situ. "Rina, esok saya ke butik awak."

"Macam mana boleh kenal Izz?" Soal Redza apabila Izzhan meninggalkan mereka.

"Kenapa awak beritahu saya adik awak?" Lain yang ditanya lain yang dijawab.

"Dah memang itu hakikatnya." Lembut saja suara Redza. Tidak mahu Rina melenting macam siang tadi. "Abang minta maaf kalau Rina tak suka. Rina tak nak mengaku abang Rina pun abang tak kisah. Tapi abang tetap mengaku Rina adik abang. Kalau betul Rina berkawan dengan Izz, abang tak kisah. Sekurangnya abang lega dapat tahu dengan siapa Rina berkawan. Izz memang baik orangnya."

"Bila dia baik, saya akan selamat dengan dia? Saya tak semudah tu percayakan lelaki."

"Kalau Rina tak percayakan dia. Rina boleh percayakan abang."

"Kawan saya dah datang, saya tak nak dia tahu apa-apa tentang kita." Kata Rina apabila sudah nampak kelibat Qasya keluar daripada bangunan.

Faham dengan apa yang dikatakan, terus Redza melangkah masuk ke Honda Accord miliknya.

Dapat 15 vote⭐️ baru akan update neyt bab😁😃dan tambah cerita ni dalam playlist reading anda😘

*Novel sudah terbit pada Disember 2019 under penerbit KarnaDya. Untuk pembelian boleh wassap 0196174353 (penerbit)
Shopee : KarnaDya

Dia Janjikan SetiaWhere stories live. Discover now