BAB 5 (b) : Aku benci!

462 24 0
                                    

TEPAT 6 petang Rina melangkah masuk ke dalam rumah. Beg tangan dicampak atas meja lalu dia merebahkan diri di sofa. Mata dipejam rapat. Sungguh dia sangat penat berkejaran ke sana sini. Tapi dalam masa yang sama dia lega kerana dalam masa sehari urusannya sudah selesai.

Baru saja mahu terlelap dia baru teringatkan sesuatu. Pantas telefon rumah dicapai. Ibu di kampung masih belum tahu apa yang jadi.

"Helo ibu..." Rina memberi salam apabila talian bersambut.

"Waalaikummusalam..."

Air liur ditelan apabila mendengar suara garau itu. Dia kenal pemilik suara itu walaupun hanya mendengar satu patah perkataan. Suara yang sudah lama tidak dengarnya.

"Rina sihat? Bila nak balik kampung? Papa dan ibu rindu dengan Rina. Baliklah jenguk kami."

"Saya nak cakap dengan ibu." Tegasnya. Langsung tidak menjawab soalan daripada papanya. Entah apa yang dibuat di rumah ibu pun dia tak tahu. Mesti bergaduh dengan bini muda, pandai pula cari bini tua.

"Ibu tengah solat. Rina cakap dengan papa. Nanti papa beritahu ibu."

Tidak menunggu lama, terus Rina meletak gagang telefon. Meluat, benci, marah semua bergabung menjadi satu. Kalau tahu papa yang angkat, sumpah dia tidak akan telefon. Rindu dia konon. Memang penipu besar. Ayah yang sayang anak, mesti akan hadap perangai anak walaupun anaknya degil. Tapi papanya? Sibuk dengan bini-bini muda. Balik rumah baru sibuk tanya khabar dia.

Jangan lupa vote⭐️ dan tambah cerita ni dalam playlist reading anda😘

*Novel sudah terbit pada Disember 2019 under penerbit KarnaDya. Untuk pembelian boleh wassap 0196174353 (penerbit) Boleh juga beli terus di LAZADA atau SHOPEE. Cari saja nama KARNADYA.

Dia Janjikan SetiaWhere stories live. Discover now