"BETUL ni tak nak makan?"
Rina mengeleng sambil membimbit beg plastik. Dalam lima buah majalah juga yang dibelinya. Izzhan mahu bayar, tapi dia tolak. Apa kes semua benda mahu bayar. Ingat dia tiada duit ke?
"Parking kat mana?"
"Kat tempat letak keretalah, takkan kat tempat letak lori." Geram apabila lelaki itu asyik mengikutnya. Sampai dia sudah membeli pun masih mahu jadi bayang-bayangnya. Ada juga dia curi-curi mahu lari, tapi hebat betul Izzhan sampai boleh tahu niatnya.
"Saya sebenarnya ada benda nak cakap."
Rina menghentikan langkahnya. "Cakap sekarang saya dengar."
"Tak naklah cakap sini. Kalau awak ada masa malam ni saya jemput. Kita keluar dinner."
"Memang taklah. Saya tak suka keluar malam. Kalau tak nak cakap sekarang, tak apa. Saya tak rugi apa-apa pun." Dia pun tidak mahu ambil tahu apa yang ingin diberitahu oleh Izzhan. Tak penting.
"Izz..."
Rina dan Izzhan berpaling pada suara yang menegur. Bukan kawannya. Sah kawan Izzhan, sebab yang dipanggil pun nama lelaki itu. Dapat dia lihat wajah kurang senang Izzhan. Mesti teman wanita. Izzhan dah kantoi sebab main kayu tiga. Sekarang dia mahu lihat drama mereka.
Dipandang teman wanita Izzhan atas bawah. Beginikah citarasa lelaki itu? Ohmai... Rina mahu pengsan. Lelaki memang suka perempuan tak cukup kain. Izzhan yang boleh di kategorikan sebagai lelaki-lelaki baik pun tidak terlepas. Kemain girlfriend dia. Pakai skirt sendat atas lutut, baju dah cantik berlengan panjang tapi elok pula lebar kat bahagian dada. Rambut? Baru lepas mandi air sirap agaknya. Merah berkilat.
"Tak sangka jumpa you kat sini? Siapa ni? Girlfriend?"
"Bukan, but she my future wife. Kenalkan ni Marina Khadeeja." Dengan selamba Izzhan memperkenalkan.
Rina mengetap gigi. Mula-mula cakap dia kawan, lepas tu mengaku dia bakal isteri lepas ni mesti mengaku dia isteri walaupun belum kahwin. Baru mahu membuka mulut, laju saja lelaki itu memotong.
"Rina, kenalkan ni Wilda. Kawan saya masa belajar."
"Rina, nice to meet you. Apa khabar?"
"Baik..." Dapat dia lihat perubahan di wajah Wilda. Senyuman plastik. Tidak seperti mula-mula sampai dengan senyuman yang lebar di bibir. Mesti kes terkejut.
"Tak sangka dalam diam you dah ada pilihan hati. Pandai senyap-senyap. Ingatkan hati keras sangat tak nak bercinta sampai tua."
"Tak perlu hebohkan lagi. Sampai masa nanti semua orang akan tahu." Balas Izzhan tenang.
"Tak sabar nak tunggu masa tu. Harap menjadilah ya. I tumpang gembira. Kalau tak menjadi pun, ada orang lama masih menanti."
Rina sudah mengaru kepala. Bosan dengan pertemuan pasangan itu. Dia di tepi sebiji macam patung cendana. Tengok daripada gaya dia nampak ada sesuatu yang tak kena antara mereka. Orang lama? Apa maksud Wilda?
"Okay, I pergi dulu. Rina nanti kalau ada rezeki, kita jumpa lagi. Banyak benda I nak tanya you. Hebat you boleh pikat Izz."
Rina hanya tersenyum kelat. Pujian atau sindiran? Sakit pula hatinya dengar ayat terakhir itu. "Kenapa awak pandai-pandai mengaku saya bakal isteri awak?" Marahnya sebaik Wilda menjauh.
"Sorry, terkeluar secara spontan."
"Banyaklah secara spontan..." Bidas Rina. Memang dia tidak percaya. Ayat Izzhan tadi sangat lancar dan tenang. "Awak ingat saya ni apa, senang-senang nak mengaku bakal isteri? Awak mengaku saya kawan pun saya marah, apatah lagi sampai tahap mengaku bakal isteri. Kalau awak memandai buat macam ni lagi, lepas ni jangan sesekali jumpa saya dah."
Rina melangkah meninggalkan Izzhan. Sejak lelaki itu muncul, hidupnya tidak pernah tenang. Benci, menyampah semua ada.
Jangan lupa vote⭐️ dan tambah cerita ni dalam playlist reading anda😘
*Novel sudah terbit pada Disember 2019 under penerbit KarnaDya. Untuk pembelian boleh wassap 0196174353 (penerbit)
Shopee : KarnaDya
YOU ARE READING
Dia Janjikan Setia
Romance ❤️Kau yang pertama untuk selamanya❤️ "Papa tu tak setia dengan ibu. Berbelas tahun ibu hidup bermadu. Ibu sanggup tahan dengan papa. Tolonglah ibu minta cerai dengan papa. Rina tak suka tengok ibu hidup macam ni. Ada laki macam tak ada. Ibu te...