BAB 6 (c) : Ajak Keluar

413 26 1
                                    

"ASTAGHFIRULLAHALAZIM... " Rina mengurut dada apabila melihat Izzhan tiba-tiba muncul di belakangnya. Kunci butik yang jatuh terus diambil. "Awak ni kenapa? Jangan kejutkan saya macam tu lagi."

"Saya baru nak bagi salam, awak dah pusing. Sorrylah" Pohan Izzhan dengan wajah bersalah.

"Nak apa? Cakaplah cepat. Saya nak balik pula ni."

  "Jom minum petang."

   Rina memandang tajam Izzhan yang tersenyum manis itu. Tak mengalah lagi. Dia tolak lunch, ajak minum petang pula. Agaknya kalau dia tolak minum petang lelaki ni ajak dia dinner pula. "Saya tak solat lagi ni."

"Kalau macam tu awak solat dulu. Saya tunggu. Lepas solat kita pergi minum."

Berombak dada Rina saat ni. Sudah tidak tahu cara untuk menolak. Dia tersepit antara kemahuan dan pendirian sendiri. "Kita minum kat area sini jelah." Dia mengalah apabila melihat wajah bersungguh-sungguh Izzhan. Langkah diatur menuju ke kafe yang terletak di hujung deretan kedai.

"Terima kasih sudi teman saya minum petang." Ucap Izzhan sebaik memesan minuman dan makanan.  Dipandang Rina yang hanya mengangguk malas. Langung tidak bercakap tetapi sibuk memandang televisyen yang terpasang. Dia tahu gadis itu sengaja. Tapi dia tetap bersyukur apabila Rina sudi  temannya. Perempuan hati keras seperti kerak nasi sekalipun, bila selalu dipujuk akan cair macam ais krim juga. "Awal tutup butik hari ni."

Rina memandang jam tangannya. Awal? Sajalah tu nak pancingnya supaya bercakap. Macam tak ada idea lain.

Izzhan mengangguk kepalanya melihat Rina diam. Percubaan pertama gagal. Tak apa, dia tak akan putus asa.

"Esok weekend. Ada plan nak pergi mana-mana tak?"

"Pergi Butik Warna." Jawab Rina bosan. Lambatnya makanan sampai. Dia sudah tidak sabar mahu pulang.        

"Oh, esok butik buka ya?" Soal Izzhan pura-pura tidak tahu.

Rina ketawa sinis. Macamlah dia tidak tahu permainan Izzhan. Padahal lelaki itu sudah nampak di muka pintu kaca Butik Warna yang setiap hari sabtu, butik akan dibuka bermula pukul 2.00 petang hingga 10.00 malam.

"Esok awak pergi butik pukul berapa?"

"Kenapa awak nak jumpa saya lagi? Boleh tak kalau hari minggu awak jangan kacau saya? Awak ni tak penat ke?"

"Setakat ni saya tak penat lagi." Izzhan tersenyum apabila Rina mencebik.  "Tapi hari ahad, butik awak tutup, kan? Ada plan nak pergi mana-mana tak?"

"Kenapa awak sibuk sangat nak tahu pasal weekend saya? Ikut sayalah nak buat apa. Ini saya teman awak dah cukup beruntung." Kata-katanya terhenti apabila pelayan meletakkan makanan dan minuman yang dipesan. Tidak menunggu lama terus dia makan.

"Jemput makan..."

Rina tersedak. Sengaja je Izzhan mahu dia tercekik. Takkan lelaki itu masih belum faham. Dia makan cepat-cepat supaya boleh balik cepat. Tak selesa apabila Izzhan asyik memandangnya. Dia boleh saja marah, tengking, tapi entah kenapa dia sudah malas. Bila tegur sekarang, esok-esok buat lagi.

"Rina.."

"Ibu saya cakap tak elok makan sambil bercakap." Bidas Rina selamba. Tak sedar yang dalam mulutnya pun sudah penuh dengan makanan.

Izzhan hanya tersenyum. Suka dia dengan gelagat gadis itu. Langsung tidak kawal perasaan malu. Apa yang tidak suka terus diberitahu.  Itu antara keistimewaan Rina yang tidak dilihat pada mana-mana perempuan. "Kalau nak order lagi, orderlah. Saya belanja."

"Dah kenyang." Dijeling pinggan Izzhan. Aduhai, lambatnya makan. Mengalahkan gadis melayu yang makan sambil bersimpuh.

"Rina..." Panggil Izzhan lagi apabila dia sudah selesai makan.

"Apa dia?" Suka betul lelaki ini panggil namanya.

"Saya nak ajak awak teman saya pergi weeding my counsin minggu depan. Kat Putrajaya. Hari ahad. Nak tak?"

"Tak nak." Tidak fikir lama, terus Rina beri keputusan. "Apasal nak ajak saya? Ajaklah orang lain."

"Saya tak tahu nak ajak siapa."

"Perempuan awak kenal, bukan saya seorang saja, kan? Mesti ramai. Ajaklah mereka. Gila ke apa nak ajak saya?"

"Saya ada tak ada kawan perempuan. Awak seorang je yang saya rapat. Kalau perempuan yang saya kenal pun staf kat Umaru Holding."

               "Hah apa masalahnya, ajak jelah mereka."

   "Tapi saya nak ajak awak."

Rina mendengus. "Saya tak nak. Itu wedding cousin awak. Bila awak ajak saya, mesti mereka akan tanya siapa saya. Saya tak nak orang fikir yang bukan-bukan padahal kita ni cuma kawan je."

Izzhan tersenyum apabila mendengar kata-kata spontan Rina. "Kawan? Awak dah terima saya sebagai kawan awak?"

Rina mengigit bibir. Bagaimana begitu lancar dia mengaku lelaki itu kawannya? Sekarang dia sudah terlepas cakap. "Bukan itu masalahnya. Pendek cakap saya tak nak pergi. Kalau dah tak ada orang sangat nak teman awak, saya boleh suruh housemate saya teman awak."

"Saya tak nak dia. Saya nak awak juga. Lagipun bukan saya kenal dia."

"Awak pun tak kenal saya." Bidas Rina.

"Tapi saya berminat nak kenal dengan awak." Potong Izzhan. "Macam nilah, awak fikir dulu. Nanti dah ada jawapan beritahu saya. Awak jangan risau, awak sendiri cakap kita kawan. Nanti bila family saya tanya, saya cakap awak kawan saya...kawan yang istimewa."

Rina mencebik. Sempat lagi mengayat.  "Kenapa awak pilih saya?"

"Entah, naluri hati saya yang suruh  pilih awak. Kalau saya ajak staf, awak fikir mereka nak ikut saya ke? Mesti mereka segan. Saya keluar dengan secretary saya pun dia dah segan. Katanya saya tak layak keluar dengan dia, walaupun kami keluar sebab nak jumpa klien."

          "Maknanya saya ni pilihan terakhirlah?"

         "Awak tak kenal saya Rina. Saya tak pernah terkejar-kejarkan perempuan macam saya kejarkan awak. Sebelum ni kalau saya pergi mana-mana saya pergi seorang, tak ada teman. Kalau ada majlis yang perlu datang berpasangan, saya minta umi tak pun Ainul yang teman.  Kalau dah terdesak sangat tak ada orang nak ikut saya ajak secretary saya. Itu je."      

           Entah boleh percaya atau tidak kata-kata Izzhan tu. Walaupun nampak bersungguh-sungguh tapi dia tidak mahu terima bulat-bulat. Rasa was-was tetap ada.

           "Tak salahkan saya ajak awak nanti. Anggap je tolong kawan."

"Awak masih berharap nak saya teman awak? Jangan terlalu yakin. Kalau dah tak ada teman sangat, kenapa tak pergi seorang diri je?" Soal Rina pelik. Lainlah kalau lelaki itu ada sembunyikan sesuatu. Bukan mahu perasan, tapi dia kena curiga daripada sekarang. Tak mahulah dia melibatkan diri dalam masalah orang lain.

"Untuk merapatkan lagi hubungan kita. Lepas ni kita boleh makin kenal. Lagipun saya dah bosan pergi seorang-seorang."

"Apa-apa jelah. Permintaan awak ni menyusahkan saya."

            

Jangan lupa vote⭐️ dan tambah cerita ni dalam playlist reading anda😘

*Novel sudah terbit pada Disember 2019 under penerbit KarnaDya. Untuk pembelian boleh wassap 0196174353 (penerbit)
Shopee : KarnaDya

Dia Janjikan SetiaWhere stories live. Discover now