BAB 5 (a) : Bila dah sombong

490 29 0
                                    

"KAU nak pergi kerja ke?" Soal Qasha apabila melihat Rina muncul di dapur.

"Habis kalau aku tak pergi, siapa yang nak tengokkan butik tu." Milo 3 ni 1 dikeluarkan lalu dibancuh. Siap bancuh dia duduk di meja makan.

"Lah kau tukan bos. Kau nak pergi ke tak nak ke mana ada orang nak marah. Setakat tak pergi sehari, tak bankrupnya butik kau." Roti dicicah air lalu dimasukkan ke dalam mulut.

"Kalau aku jadi bos, memang taklah aku pergi kerja. Sakit pun tak hilang lagi."

Rina hanya diam. Jadi boslah dia kena kerja kuat. Tak boleh duduk diam. Hala tuju Butik Warna semuanya bergantung pada bagaimana cara dia mengurus. "Hantar aku pergi butik ya."

"Hantar? Kenapa kau tak cakap awal-awal? Aku tak pergi office. Singgah tempat lain dulu. Hantar dokumen yang bos aku kirim."

"Ye ke? Tak apa nanti aku cari teksi."

"Siapa tu?" Soal Qasha apabila mendengar bunyi hon. "Kau dah call teksi ke?"

"Tak ada."

"Aku pergi tengok jap."

Sekeping roti diambil lalu disapu mentega. Nanti dia mahu singgah butik sekejap. Selesai apa yang patut, kemudian ke UTC. Buat lesen dan ic. Kemudian ke bank. Kalau tak sempat terpaksa dia selesaikan esok.

"Rina, Encik Izz datang." Laung Qasya.
Rina tersedak. Apa telinganya salah dengar?

"Dia datang nak jumpa kau. Pergilah jumpa dia. Aku pergi dulu." Beritahu Qasya lalu beg tangannya diambil.

His, memang tak tahu mengalah ke apa Izzhan ni? Secepat itu lupa apa yang dikatakan semalam. Hati kering betul. Ingatkan tidak mahu berjumpanya lagi. Semalam dia nampak kekecewaan di wajah itu. Tapi tak sangka, hari ini masih berani datang ke sini. Rina sengaja berlama  di meja makan. Biar lelaki itu terus menunggu. Tiada niat pun dia mahu menemui Izzhan. Tengoklah nanti cukup sepuluh minit pasti lelaki itu terus beredar.

            Selesai sarapan, Rina melenggang ke ruang tamu. Langsir diselak ke tepi. Dia mengeluh apabila melihat Izzhan menyandar pada kereta. Masih tidak mahu mengalah. Saat perasan lelaki itu melihat pantas dia menutup semula langsir. Dia akan tunggu lagi sepuluh minit. Kalau lelaki itu masih tidak bergerak dia terpaksa keluar.

Keluar bukan untuk berjumpa, tapi keluar sebab dia mahu menunggu teksi di perhentian bas. Cukup sepuluh minit, dia kembali mengintai. Rina mengeluh geram. Beg tangan dicapai lalu dia melangkah keluar. Pintu dan grill dikunci.

"Selamat pagi..." Sapa Izzhan sambil menghalang laluan Rina. Penantiannya berakhir. Mengalah juga gadis berhati batu ini.

"Tepilah."

"Jom saya hantar pergi butik." Pelawa Izzhan lalu membuka pintu keretanya.
Rina menutup semula pintu yang terbuka dengan kasar. "Tak perlu. Awak ni kenapa? Mimpi apa semalam sampai lupa apa yang saya cakap."

"Awak cakap apa?" Izzhan pura-pura tanya.

"Saya cakap saya dah menyampah dengan awak." Luah Rina selamba. Bagi sedar sikit.
Izzhan mengangguk sambil tersenyum. "Saya ingat. Tapi saya tak kisah pun."

"Awak ni memang tak ada perasaan ke? Kenapa masih nak terhegeh-hegeh pada orang yang tak sudi." Rina mengetuk dahinya apabila melihat wajah tenang Izzhan. Aku cakap dengan manusia ke pokok? "Macam mana saya nak bagi awak faham? Janganlah jadi bodoh."           

"Saya nak tolong awak. Lepas saya hantar awak pergi butik, saya tak kacau awak dah."

"Saya tak percaya." Potong Rina laju. Lama-lama dia boleh gila kalau asyik melayan Izzhan.

"Apa motif sebenar awak rapat dengan saya? Saya tak ada harta, muka pun buruk. Tak apa yang boleh dibanggakan. Kenapa awak masih nak rapat dengan saya, sedangkan awak sedia maklum saya jenis macam mana. Awak langsung ke tak ambil hati apa yang saya cakap sebelum ni?"

"Saya suka tengok awak, cara awak, pendirian awak. Awak lain daripada perempuan yang saya pernah kenal. Awak satu dalam seribu. Awak seorang yang tegas." Jujur Izzhan memberitahu. "Kalau tak nak rapat pun, cuma kawan biasa-biasa pun saya tak kisah."

"Kalau awak perempuan saya boleh jadi kawan awak. Tapi awak lelaki. Saya benci lelaki. Saya anti lelaki. Jangan cakap dengar suara, tengok muka lelaki pun saya boleh naik angin. Lelaki tak pandai hargai apa yang Allah bagi. "
Izzhan merenung Rina. Lain macam saja bicara gadis itu. "Saya ajak awak kawan, bukan suruh awak terima saya sebagai teman lelaki. Kawan dan teman lelaki itu berbeza."

  "Tak, itu sama sebab melibatkan lelaki. Saya tak nak awak pergunakan saya. Cukuplah apa yang saya rasa selama ni. Saya tak perlukan lelaki dalam hidup saya. Saya benci." Rina menahan sebuah teksi yang kebetulan lalu.

Laju saja dia meloloskan diri ke dalam perut teksi. Lelaki itu muncul dalam hidupnya secara tiba-tiba. Dia masih terkejut dan masih tidak boleh menerima Izzhan.

Memang permintaan lelaki itu cuma mahu berkawan, tapi  siapa tahu apa yang akan jadi lepas mereka berkawan. Izzhan pandai bercakap, dia takut hatinya akan goyah lalu menganggap lelaki itu lebih daripada kawan.

Saat dia mula sayang, Izzhan akan tunjuk belangnya. Dia tidak mahu itu terjadi. Pendiriannya jangan percayakan lelaki. Sekali dia terjebak payah untuknya lari. Lelaki baginya racun yang akan merosakkan hidupnya.

Biarlah dia hidup begini. Dia selesa.

Jangan lupa vote⭐️ dan tambah cerita ni dalam playlist reading anda😘

*Novel sudah terbit pada Disember 2019 under penerbit KarnaDya. Untuk pembelian boleh wassap 0196174353 (penerbit)

Dia Janjikan SetiaWhere stories live. Discover now