"BARU balik?"
"Kau tak tidur lagi?"
Soalan dibalas soalan. Rina meletakkan mug yang berisi milo atas meja kopi. "Tak ngatuk. Kau pergi mana? Lewat balik."
Qasya tersengih-sengih lalu duduk. Rambut yang disanggul dilepaskan lalu dia mencium haruman rambutnya. "Lepas jumpa kau, Encik Izzhan ajak makan. Rugi weh kau tak ikut. Tak pernah aku mimpi dapat makan dengan bos. Kalau staf lain tahu, memang jadi gosip hangat. Staf bawahan ada scandle dengan bos. Qasya kalau kau nak tahu, Encik Izzhan tulah lelaki yang selalu aku cerita pada kau. Lelaki idaman hati aku. Masa dia ajak makan, aku rasa nak pengsan."
"Oh ya ke?" Soal Rina seolah-olah mengejek. Tengok lelaki itu pun dia tahu jenis kaki perempuan. Hanya bermodalkan raut wajah yang menarik, ayat bunga-bunga dan senyuman yang mengoda, terus gadis-gadis yang lemah seperti Qasya sujud di kaki. Mujur dirinya bukan seperti itu. Pengalaman papanya menyebabkan dia benci lelaki. Lelaki tidak akan cukup seorang. Sempurna mana pun perempuan, mereka akan cari lain. Ibu sebagai bukti.
"Kau ni hati kering betul. Kau tak tergoda ke tengok bos aku tu? Kira untung dia berhenti nak tolong kau. Tapi kau je yang tak reti bersyukur. Ucap terima kasih pun tak."
"Kau kenal aku macam mana. Aku dan lelaki. Macam langit dan bumi. Tak ngam. Aku nak pesan kat kau, jangan mudah tergoda sangat pada lelaki. Setakat bos kau bawa pergi makan, kau dah senyum sampai ke telinga. Mana maruah kau? Patutnya kau kena jual mahal. Ingat selagi hidup jangan percayakan lelaki.
Cinta, sayang tu semua penipu. Lepas dia dapat apa yang dia nak, kau akan ditinggalkan macam sampah." Nasihat Rina. Dia dan Qasya jauh berbeza. Qasya pantang nampak lelaki mulalah tergedik-gedik.
"Tapi Encik Izzhan tak macam tu. Dia baik, family dia pun baik. Keluarga mereka dihormati. Kebajikan pekerja sentiasa dijaga. Kalau kau tahu Encik Izzhan siapa mesti kau pun tergoda. Dia bukan yang suka mainkan perempuan. Semua staf perempuan kat pejabat dia hormat walaupun dia bos. Dia memang mengangkat martabat perempuan. "
Rina mengeluh bosan. "Kau pujilah dia sampai langit, hati aku langsung tak goyah."
"Ruginya kau. Mesti Allah dah tutup mata kau untuk melihat kebaikkan lelaki-lelaki kat dunia ni. Yang kau tahu, lelaki semua sama. Kenapa kau benci sangat dengan lelaki?"Sudah setahun mereka berkawan, tapi apa pun tentang Rina dia tidak tahu. Yang dia tahu kawannya ada seorang ibu. Ayah dan adik beradik Rina yang lain dia tidak tahu. Rina seorang yang sangat perahsia. Kalau dia tanya lebih-lebih, kawannya akan melenting.
Perkenalan mereka bermula apabila Rina menyewa rumah teres dua tingkat milik ibu saudaranya. Sebelum dia hadir, kawannya hanya tinggal seorang diri. Tapi atas belas kasihan, Rina menerima dia untuk tinggal bersama. Lagipun bila tinggal berdua segala perbelanjaan boleh dibahagi dua. Dia pun tidak mampu bayar sewa andai kata tinggal seorang diri.
"Ceritalah pasal kau dan keluarga kau. Teringin juga aku nak tahu."
"Tak ada yang menarik pun pasal aku. Aku naik dulu." Benci apabila hal keluarganya dicerita pada orang luar. Dia tidak mahu Qasya mengeji andai tahu siapa keluarganya.
Bagaimana penerimaan Qasya kalau tahu siapa papanya? Dia malu untuk cerita. Keluarganya cacat.
Hanya dia yang tahu keadaan keluarganya.
"Dia tanya aku kita tinggal kat mana, aku cakaplah kita tinggal kat Taman Cheras Indah, dia pun beritahu dia tinggal kat Taman Cheras Hartamas."Rina mendengus. Semudah tu Qasya beritahu orang luar di mana mereka tinggal? Buatnya lelaki itu ada niat yang tak baik?
Jangan lupa vote⭐️
Untuk pembelian boleh wassap 0196174353 (penerbit)
YOU ARE READING
Dia Janjikan Setia
Lãng mạn ❤️Kau yang pertama untuk selamanya❤️ "Papa tu tak setia dengan ibu. Berbelas tahun ibu hidup bermadu. Ibu sanggup tahan dengan papa. Tolonglah ibu minta cerai dengan papa. Rina tak suka tengok ibu hidup macam ni. Ada laki macam tak ada. Ibu te...