Prolog

3.7K 137 0
                                    

Debaran di hati kian terasa. Adakah ini pengakhiran bagi Nur Tasneem? Air liur ditelan tapi masih terasa kering anak tekak. Mata tak berkelip memandang muka lelaki yang elok berbaring di atas katil.

Aku nak buat apa ini?
Mandi? Dah.
Solat? Dah, siap berimam lagi.
Makan? Lewat malam macam ini?

Bila kenangkan muka garang lelaki di depan mata ini, tak apalah. Aku sanggup berlapar daripada mendengar dia keluarkan ayat-ayat sinis, menusuk hati sampai ke kaki itu.

"Tertengok-tengok, dah kenapa? Nak jadi jaga ke?"

Auch!

Cubalah bila nak menegur itu, bagi signal dulu. Berdeham ke, tukar posisi badan ke? Supaya aku yang tengah mengelamun ini boleh tersedar secara sendiri. Buku di tangannya dia letak di hujung katil.

Suis lampu di dinding dia pusingkan supaya cahaya yang terang bertukar menjadi malap.

Kalau lampu dah malap, ini maksudnya apa?

"Tasneem." Nama aku diseru.

Kejung badan ini bila ada tangan yang melilit pinggang. Fikir, Tasneem! Fikir! Mata aku pejam rapat-rapat. Sungguh otak sekarang ini beku, bukan kerana makan slurpee 7E tapi beku kerana terbau wangian lelaki di depan aku sekarang ini.

Tangan dia tak duduk diam. Elok melingkari pinggang, dia meliar pula ke bahagian atas aku sampai aku rasa geli. Kemudian tangan itu menekup kedua-dua belah pipi aku dengan kuat sampai mulut aku terjuih ke depan secara sendiri.

"Cute."

Singkat tapi cukup untuk membuatkan hati anak dara ini meloncat teruja. Dia tersenyum sumbing, seronok melihat aku dalam keadaan macam ini. Under his control.

"Tasneem." Sekali lagi nama aku diseru. Kali ini aku cuba beranikan diri, menentang pandangan dengannya.

Oh, my! Tak boleh, tak boleh!

Nafas dihembus perlahan-lahan. Aku tak mampu nak bertentang lama dengan dia, pipi ini terasa panas semacam. Tak pernah aku rasa macam ini tau. Aku takut sangat sekarang ini.

"Akid, saya..."

Aku cuba lepaskan rangkulan tangannya tapi dia sengaja keraskan tangan di pinggang aku. Aduhai, macam mana aku nak lari daripada dia ini? Bibir digigit lembut.

"Don't bite your lips like that, Tasneem."

Terangkat juga muka aku memandang Akid. Kenapa pula dia kata macam itu? Mata dia tak henti-henti memandang bibir aku. Ada apa-apa ke dekat bibir ini?

"Kenapa?"

Macam orang bodoh, aku bertanya. Soalan itu hanya mengundang tawa perlahan dari Akid sebelum dia lagakan dahinya dengan dahi aku. Tak lama selepas itu dia perlahan-lahan sebamkan kepala ke atas bahu kecil aku.

"Nanti I tak boleh tahan, Tasneem. You know me well."

Tak boleh tahan?

"Tahan apa pula ini, Akid?" Rimaslah asyik berteka-teki dalam kepala, dah malam aku cuma nak tidur saja.

Jarinya naik semula ke muka aku, kali ini bukan pipi yang menjadi sasaran. Jari itu menyentuh bibir aku, mula-mula hanya di hujung kemudian dia sentuh pula kawasan tengah bibir. Lama sampai aku rasa lemah lutut.

"A.. Akid.." Tersekat-sekat suara aku. Semua kerana Akid.

Kalau dia hanya sentuh saja, aku tak akan nervous teruk macam ini. Bukan hanya jari, kini muka dia pula yang menghampiri bibir aku. Apa dia nak buat ini?

Mata dipejamkan.

Ibu, Anem takutt!!!

Rahsia Antara Kita [c]Where stories live. Discover now