You and I
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Fiesta Hotel,
Sudah setengah jam Chaewon berada dimajlis itu dan sejak tadi dia sudah bosan menyapa dan mempamerkan senyuman palsunya kepada hampir semua tetamu yang hadir malam ini. Chaewon tahu keluarganya sangat kaya tapi dia tidak tahu pula yang selama ini keluarganya cukup dipandang tinggi dan menjadi satu kehormatan mereka hadir pada malam ini.
Chaewon tidak biasa datang kemajlis-majlis seperti ini, biasanya dia akan terus menolak sekiranya kedua orangtuanya menpelawanya untuk ikut malah kedua orang tua itu agak terkejut apabila Chaewon merayu hendak ikut bersama mereka.
Ketika mereka sampai tadi ketibaan mereka sudah disambut mesra oleh kedua orangtua minju, Chaewon tidak lupa untuk meminta maaf akan perbuatannya sebelum ini nasib baiklah omma dan appa minju tidak mengambil hati dan memaafkan perbuatan Chaewon itu.
Selain orang-orang yang sudah berusia ada juga golongan muda-mudi yang turut hadir dimajlis hari jadi minju ini, berdiri disamping ommanya Chaewon tidak sedar bahawa sejak tadi dia sudah menjadi tumpuan yeoja-yeoja pada malam ini macam mana nak sedar kalau sejak tadi mata Chaewon asyik meliar mencari keberadaan minju.
.
.
.
.
Manakala disebuah bilik Vip minju sedang duduk dihadapan meja solek sambil buat muka sedih, dia sangat kecewa apabila oppa kesayangannya tidak dapat hadir kemajlis hari jadinya padahal namja jahat itu sudah berjanji akan datang membawa hadiah untuk minju.
"Alah janganlah buat muka macam tu kau kenalah faham mungkin oppa kau sebok" Kata Secretary minju merangkap kawan baiknya.
"Tapi dia dah janji..."
"Sudah tak mau sedih-sedih hari ni birthday kau, kau kena happy" Pujuk kawan minju itu lagi tapi nampaknya langsung tak berkesan.
"Ekhem!"
Tiba-tiba kedengaran bunyi orang berdehem dengan sengaja membuatkan minju dan kawannya menoleh serentak pada pintu, ekspresi minju menunjukan dia amat terkejut memerhati orang yang tidak disangka-sangka ada didepan pintu sedang melemparkan senyuman manis dengan muka kacaknya.
"Boleh saya masuk?" Tanya namja kacak tersebut.
Minju tidak menjawap melainkan berlari lalu memeluk pinggang namja itu dengan erat.
"Yunhyeong Oppa..."
.
.
.
.
.
"Appa diorang dah sampai Chae pegi jumpa kawan-kawan Chae dulu"
"Okey"
Selepas meminta kebenaran dari kedua orangtuannya Chaewon segera mendapatkan kawan-kawannya.
"Yah kenapa korang lewat?"
"Kami tak lewat cuma kau yang datang awal" Jawap yena.
"Bukan nak datang awal pun appa dengan omma yang nak datang awal"
"Yelah tu" Sampuk Chaeyeon.
"Hai Chae" Sapa Sakura.
"Hai...Waa Kura-ya jinjja yeppeoda..." Puji Chaewon ikhlas, memang penampilan Sakura malam ini sangat menawan.
"Mestilah yeochin aku memang cantikkan Yen?" Yena mengangguk sahaja padahal matanya sejak tadi sebok memerhati yeoja-yeoja cantik yang sedang bergosip tidak jauh dari tempat mereka berdiri.
Manakala Sakura cuma tersenyum malu mendengar pujian ketiga-tiga namja itu.
"Hoho jaga-jaga yeon haiwan-haiwan buas tu tengah perhatikan yeochin kau" Bisik Chaewon pada Chaeyeon.
Chaeyeon memerhati sekeliling dan macam yang Chaewon cakap memang ada beberapa namja tengah perhatikan Sakura. Cepat-cepat Chaeyeon bergerak rapat pada sakura lalu menautkan jari-jarinya dengan jari milik sakura mengunci erat tangan Sakura, dia cuma mengeleng dengan senyuman apabila Sakura bertanya dan ada sedikit rasa lega apabila namja-namja itu tidak memerhati Sakura lagi.
"Chae minju dekat mana? Tak ada pun" Yena.
"Entah aku pun tak tau"
"Dia tengah bersiaplah tu" Sakura.
Tiga namja itu hanya mengangguk.
Tiba-tiba kedengaran suara seorang yang merupakan MC sebagai pembawa acara, dia mengumumkan kemunculan minju dan serentak dengan itu mata semua tetamu beralih pada tangga yang menunjukan minju sedang menuruni tangga dengan sangat anggun dengan gaun birunya dia juga tidak keseorangan di samping ada seorang namja kacak yang tidak kurang mencuri perhatian para tetamu namja itu menuntun minju berjalan dengan sangat mesra.
Tidak dapat dinafikan Chaewon sangat terpersona melihat penampilan minju itu, tetapi dia lebih fokus pada namja disamping minju dia mula memerhati dan menilai penampilan namja tersebut. Walaupun Chaewon sangat benci untuk mengaku tapi baginya rupa paras namja itu sangatlah kacak dan pemakaiannya pula sangat segak boleh diperhatikan betul-betul namja itu kelihatan agak matang orangnya apatah lagi bila dia menyapa seseorang dengan penuh hormat dan sopan santun.
Sudah semestinya ciri-ciri namja itu termasuk dalam ideal type minju.
Dan yang lebih penting lagi Chaewon sangat tertanya-tanya siapa gerangan namja tersebut.
Chaewon mula rasa takut jantungnya berdebar laju memikirkan namja tersebut adakah dia namchin kepada minju, betulkah minju sudah berpunya? fikiran Chaewon sangat serabut anggota badannya pula mula berpeluh dan baharu dia sedar majlis sudah bermula.
Majlis dimulakan dengan ucapan singkat dari minju yang mengucapkan terima kasih kepada semua tetamu yang hadir, selepas itu tetamu dijamu pula dengan persembahan piano daripada Yunhyeong tapi yang buat darah Chaewon mendidih apabila Yunhyeong mengucapkan hari jadi pada minju lalu mengusap lembut kepada minju.
"Ck berani dia sentuh minju aku!" Marah Chaewon dalam hati tangan digenggam kuat menandakan dia tidak sudi sekiranya ada orang sentuh minju.
Tapi selepas itu genggaman Chaewon perlahan-lahan terlerai sebab dia baharu sedar bahawa minju bukan milik dia, bukan yeochinnya bahkan dia tidak tahu jika minju masih menganggap dia kawan atau tidak yang pasti dia tiada hak untuk melarang sesiapa menyentuh minju apatah lagi minju kelihatan tidak peduli atau lebih tetap lagi bahagia menerima usapan dikepalanya.
Memerhati permandangan tersebut yena mula risau pada Chaewon, apabila dia menoleh ditempat Chaewon berdiri tadi dia sedar Chaewon sudah tiada disebelahnya dia mula mengesan dimana Chaewon, mujurlah dia nampak Chaewon berjalan melangkah kepintu keluar.
"Hey, Chae kau nak pergi mana?"
"Balik rumah"
Tbc.
YOU ARE READING
You and I | 2kim [ ENĐ ]
Fanfiction+ Dia Kim Chaewon lelaki yang cuma menganggap wanita itu cuma mainannya, berjumpa dengan pujaan hatinya dan dikecewakan membuat sikapnya berubah drastik. Selama dua tahun dia menutup pintu hatinya rapat-rapat, menolak setiap perjodohan yang di ranca...