Bab11 : Confession

117 5 2
                                    

~•°•You & I•°•~

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

~•°•You & I•°•~

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Keduanya menghabiskan banyak masa ditaman hiburan mencuba pelbagai macam permainan yang cukup menyeronokkan dan Chaewon gembira bila minju kelihatan sudah melupakan perihal patung katak itu. Keduanya asyik berseronok dan baharu mereka sedar hari mula gelap menandakan sekejap lagi malam akan berlabuh.

Chaewon dan minju berjalan beriringan menikmati suasana malam yang romantik yang mana kelihatan beberapa pasangan kekasih saling berpegangan tangan membuatkan Chaewon cemburu? Sudah lama dia tidak merasakan perasaan ini dia mula berfikir seandainya dia dan minju menjadi pasangan kekasih akan sangat menyenangkan bila mereka menghabiskan masa bersama macam ni berjalan berpegangan tangan menyalurkan kasih sayang dan meluahkan perasaan masing-masing.

Tapi Chaewon tahu keinginannya itu tidak akan pernah berlaku, sebab minju bukan kekasihnya dan lebih sadis lagi minju sudah berpunya dia milik orang lain! setiap kali dia memikirkan hal itu dia dapat rasakan dadanya menjadi sesak.

"Chaewon~ah" Panggil minju.

"Huh?"

"Betulkah... awak sukakan saya?" Chaewon berhenti berjalan dia tidak sangka minju akan bertanya perihal itu sekarang.

"Er... itu... ka-kalau ya kenapa?"

"Awak betul-betul yakin yang awak sukakan saya? bukan cuma nak permainkan saya?"

"Awak adalah orang yang tengah permainkan perasaan saya sekarang..."

Minju menutup rapat-rapat mulutnya sedar dia telah mengutarakan sebuah pertanyaan yang tidak sepatutnya.

Minju seperti memberi Chaewon sebuah harapan palsu.

"Saya mengaku saya jatuh hati dengan kecantikan awak tapi saya lebih berminat dengan personaliti awak. Awak terlalu menarik untuk saya abaikan, terlalu menarik sampaikan saya rasa saya tak sesuai dengan awak. saya dah cuba tapi saya tak boleh buat awak keluar dari fikiran saya. Ini bukan salah awak ini salah saya sendiri" Tekan Chaewon dia sedar dia agak emosional.

"Macam tukah..." jawapan minju faham dia mengambil keputusan untuk tidak bertanya lebih lanjut.

Kata-kata luah Chaewon itu sangat mendalam dan sedikit mengelikan untuk didengar fikir minju.

"Tapi semuanya dah tak bermakna, apapun perasaan saya sama ada saya sukakan awak atau pun tidak semuanya dah terlambat..." Sambung Chaewon lagi tanpa pandang minju, dia tidak sedar bahawa minju tersenyum geli mendengar luahan Chaewon itu.

You and I | 2kim [ ENĐ ]Where stories live. Discover now