~•°• You & I •°•~
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Awal-awal pagi lagi Chaewon sudah kepejabatnya untuk menyelesaikan semua kerjanya, jadi tengahari itu dia datang kerumah minju untuk menjemput minju dirumahnya. kini mereka sudah berada didepan rumah Chaewon dan bagusnya hari ini Chaewon sudah meminta ommanya memasak makanan kesukaan minju.
Sudah semestinya omma dia rasa pelik sebab omma dia tahu Chaewon kurang gemar akan makanan sehat itu tapi ommanya langsung tidak membantah, menurut sahaja kemahuan anak kesayangannya itu tanpa mengetahui Chaewon sudah menyediakan sebuah kejutan.
"Jom masuk" Arah Chaewon.
"Appa omma Chaewon dah balik!" Laung Chaewon membuatkan jantung minju nak gugur lalu bersembunyi dibelakang Chaewon.
"Tak apa-apa Minmin jangan risau" Kata Chaewon menenangkan.
"Kamu dah balik?" Appa Chaewon.
"Hehe appa tengok apa yang Chae bawa balik ni"
"Minju? Kamu apa khabar?" Kata Encik melemparkan senyum pada minju.
"Baik Uncle"
Dari arah dapur pula kedengaran bunyi seseorang berjalan masuk keruang tamu.
"Kamu dah bal... KAMU!" Mata Puan Kim berubah tajam memandang pada minju.
Peristiwa lalu mula terimbas kembali di ruang fikiran Puan Kim, dia teringat semula macam mana menderitanya anaknya sebelum ni dan macam mana susahnya Chaewon bangkit dari kemurungannya! hati omma mana yang tidak sakit bila anak dia menjadi seperti itu jadi apabila dia nampak minju sekarang perasaan marah tu mula meluap-luap tanpa dapat ditahan.
Puan Kim berjalan laju pada minju bersiap-siap untuk membalas semua perbuatan minju dulu, manakala minju sudah siap bersembunyi dibelakang Chaewon semula langsung tidak berani melawan pandangan mata tajam omma Chaewon itu.
"BERANI KAMU DATANG SINI LEPAS APA YANG KAMU DAH BUAT! KAMU NI MEMANG TAK TAHU MALU!" Tengking Puan Kim kuat sambil berusaha mendapatkan minju.
"Y-Yah Omma! omma jangan omma!" Halang Chaewon dia rasa sedikit menyesal dia ingatkan memberi kejutan itu idea yang baik tapi nampaknya tidak!
"Sudahlah tu yeobo" Encik Kim juga turut menghalang isterinya.
"Wuarghhhh mommy, I'm Scared! Hiks Hiks"
Bunyi asing itu membuatkan mereka semua terdiam, kedua orangtua Chaewon menoleh untuk melihat sesuatu dibelakang minju dan mereka sedikit terkejut memerhati seorang kanak-kanak comel sedang menangis sambil memeluk kaki minju.
Minju segera berlutut memeluk anaknya dengan sayang berusaha menenangkan minwoo yang mula menangis ketakutan.
"Shhh jangan takut Wowoo ommakan ada jangan nangis sayang" Pujuk Minju lembut.
"Tapi nenek tu marah mommy Hiks Hiks" Minju memeluk minwoo dengan erat beberapa saat kemudian dia juga turut menangis bingung macam mana hendak membuat minwoo berhenti menangis.
.
.
.
.
.
Setelah memastikan Minwoo tertidur dalam bilik appanya, minju dan Chaewon mengambilkan keputusan keluar dari bilik meninggalkan minwoo dalam jagaan pembantu rumah. Kedua orangtua Chaewon sudah duduk diruang makan menunggu ketibaan Chaewon dan minju.
Suasana meja makan menjadi senyap sunyi ketika minju dan Chaewon melabuhkan punggung dikerusi menghadap kedua orangtua itu.
"Dia dah tidur?" Tanya Encik Kim.
"I-Iya Appa" Jawap Chaewon.
"Maafkan saya Auntie Uncle semua ni salah saya, saya betul-betul menyesal dengan apa yang berlaku sebelum ni saya tahu saya tak layak minta maaf tapi saya minta sangat tolong maafkan perbuatan saya sebelum ni" Minju Segera meminta maaf dengan bersungguh-sungguh seraya menunduk hormat kepada kedua orangtua Chaewon.
Dibawah meja Chaewon mengenggam erat tangan minju menyalurkan kekuatan dan semangat pada minju untuk menerima sebarang kata-kata tidak menyenangkan dari kedua orangtuanya.
"Tak mengapa minju saya dah maafkan kamu, apa yang berlaku semua dah berlaku yang paling penting kamu dah sedar dengan perbuatan kamu" Jawap Encik Kim lembut membuatkan minju sedikit lega.
"Saya betul-betul marahkan kamu sebelum ni saya menyesal pernah biarkan kamu dekat dengan anak saya tapi semuanya dah berlaku saya tak boleh buat apa-apa... Apa pun maaf sebab dah buat anak kamu menangis saya tak tahu kamu akan bawa dia sekali"
"T-Tak mengapa Auntie" Minju.
"Sebenarnya Chae nak bagitahu sesuatu Appa omma" Sampuk Chaewon pula.
"Kamu nak bagitahu apa?"
"Apa dia?"
"Nama dia Kim Minwoo Appa Omma dia anak kandung Chae dengan minju" Sambung Chaewon.
Kedua mata orangtua itu membulat mendengar Chaewon memberitahu akan status minwoo, manakala minju pula cuma mampu tertunduk dengan pipi merah dia. Encik kim yang sedang meminum kopinya tersedak dengan teruk segera puan Kim menepuk-nepuk belakang suaminya.
"Aigoo... Jadi dia tu cucu appa dengan omma?" Soal Puan kim.
"I-Iya ini salah Chaewon omma Chae dah sakitkan hati minju dan masa tu Chae tak tahu minju tengah mengandungkan anak Chae jadi tolong jangan marah minju lagi omma Chae merayu sangat-sangat"
"Hahaha... nampaknya cucu yang kami tunggu-tunggu selama ni dah ada, betullah kata orang sesuatu yang berlaku memang ada hikmahnya" Seloroh Encik Kim berasa sangat teruja mengetahui mereka sudah menjadi seorang atuk dan nenek.
"Baiklah minju omma akan maafkan kamu tapi dengan satu syarat"
"Syarat?"
Minju sedikit teruja ketika mendengar puan Kim akan memaafkannya apatah lagi dia sedar sekejap tadi puan Kim membahasakan dirinya dengan sebut omma tapi dia juga turut cemas memikirkan syarat yang omma Chaewon akan kemukakan.
"Ya syaratnya tolong benarkan minwoo tidur disini untuk malam ini" Sambung Puan Kim lagi.
Tbc.
😊😊
YOU ARE READING
You and I | 2kim [ ENĐ ]
Fanfiction+ Dia Kim Chaewon lelaki yang cuma menganggap wanita itu cuma mainannya, berjumpa dengan pujaan hatinya dan dikecewakan membuat sikapnya berubah drastik. Selama dua tahun dia menutup pintu hatinya rapat-rapat, menolak setiap perjodohan yang di ranca...