Bab28 : Majlis Perkahwinan

88 2 1
                                    

~•°• You & I •°•~

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

~•°• You & I •°•~

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Majlis perkhawinan lee Chaeyeon dan pasangannya berjalan dengan lancar, dengan satu lafaz cinta daripada Chaeyeon dan Sakura bersaksikan semua tetamu yang hadir sepasang kekasih yang sudah menjalin hubungan sejak zaman sekolah tinggi itu akhirnya bersatu dengan sebuah ikatan yang sah. Senyuman bahagia jelas terpampang diwajah Lee Chaeyeon kerana akhirnya dia dapat memperisterikan Miyawaki Sakura yang kini bergelar seorang doktor.

"Congrats Chae, jaga sakura baik-baik sayang dia dengan sepenuh hati kau aku doakan hubungan korang akan berkekal" Ucap Chaewon pada kawan baiknya itu lalu memeluk Chaeyeon dengan erat dan menepuk bahu Chaeyeon beberapa kali.

"Aku janji akan jaga dia dengan sepenuh hati aku dan pastikan dia hidup bahagia... Aku harap kau pun akan jumpa kebahagian kau lepas ni" Jawap Chaeyeon juga membalas pelukan Chaewon itu.

"Wow, tahniah Chaekura! Akhirnya halal jugak korang berdua eloklah tu dah jemu aku tengok korang berdua buat dosa" Ucap Yena bergurau mendapat pukulan kuat dari sakura mengundang tawa mereka berempat.

Yujin, Yena, Chaeyeon dan Sakura sudah berkawan baik sejak dibangku sekolah tinggi lagi oleh itu mereka tidak kesah jika bergurau kasar seperti itu lagipun dalam mereka berempat Yena dan Sakura memiliki hubungan yang rapat seperti kakak dan adik yang selalu bertengkar.

Segera Yena membisikkan sesuatu pada telinga Chaeyeon.

"Chae, kau ingatkan pesan aku hari tu? Jangan sia-siakan tiket percutian yang Chaewon dah taja untuk korang tu..." Bisik Yena pada Chaeyeon.

"Beres Bosku, hehehe"

"Yah, Yena kau bisik apa dengan husband aku tu? Kau jangan nak ajar dia buat benda bukan-bukan heh" Sekali lagi tawa mereka meletup.

"Hah, Chae kau tak lupakan hari tu aku nak kenalkan kau dengan sepupu aku" Chaewon mengangguk, manakala mata Chaeyeon ligat mencari kelibat sepupunya.

"Woi Jin sini" Panggil Chaeyeon apabila melihat seseorang disebelah adik perempuannya si Chaeryeong  tu.

"Apa dia Chaeyeon hyung?" Tanya Namja tersebut.

"Oh Chae ini adik sepupu aku nama dia Ryujin" Chaeyeon memperkenalkan.

Namja bernama Ryujin itu menunduk hormat pada kawan-kawan Chaeyeon.

"Annyeonghaseyo Ryujin imnida"

"Oh ya Ryu hyung kau mana?"

"Hyung dia..."

"Hah itu dia, Yujin!" Panggil Chaeyeon serentak dengan itu yujin membalikkan badannya lalu mempamerkan senyumannya pada Chaeyeon sepupunya, langkah demi langkah akhirnya yujin sampai berdiri disamping Chaeyeon.

Manakala Ryujin sudah meminta diri terlebih dahulu kemudian ketempat Chaeryeong semula.

"Chaeyeon hyung, Sakura Noona Tahniah sekali lagi atas perkahwinan kamu berdua..." Ucap yujin ramah.

"Thanks, jin sebab sudi datang.."Sakura.

Yujin mengangguk sambil mempamerkan senyuman ramahnya lalu mengedarkan pandangan kearah tetamu Chaeyeon.

"Chae ini sepupu aku anak Encik Ahn yang ada Syarikat penerbangan tu nama dia Ahn yujin" Dengan bangga Chaeyeon memperkenalkan sepupunya.

"Jin ini Kim Chaewon bestfriend merangkap bos besar tempat Hyung berkerja sekarang" Sambung Chaeyeon sambil menepuk-nepuk bahu Chaewon.

Kim Chaewon?

Nama yang tidak asing lagi bagi Yujin adakah namja yang mengenakan pakaian Segak dan bergaya ini ialah Chaewon yang sama telah mengisi hati kawan baiknya kim Minju? Yujin segera membuang fikirannya mungkin sahaja ini sebuah kebetulan dia tidak boleh membuat satu kesimpulan yang tidak pasti. Walaupun begitu dia tidak dapat menafikan namja yang sedang berdiri dihadapannya itu memiliki penampilan dan rupa paras yang boleh dikatakan sempurna.

Tanpa berlengah lagi Yujin menghulurkan tangan untuk berjabat dengan Chaewon.

"Ahn Yujin"

"Saya Kim Chaewon, gembira dapat jumpa kamu Chaeyeon ada cerita serba sedikit tentang kamu"

"Betulkah? Kya Chaeyeon hyung malulah saya macam ni" jawap Yujin mengundang tawa mereka.

Mereka berdua bertukar senyuman dengan ramah, Chaewon juga memandang kagum pada Yujin namja tinggi lampai ini memang memilik aura yang kuat sehinggakan tidak dapat diabaikan. Tiba-tiba suara seorang kanak-kanak menyapa pendengaran mereka, semua orang mencari dari mana sumber suara comel itu.

"Daddy!"

Bugh!

Chaewon sedikit tersentak apabila seorang kanak-kanak melanggar dia dari arah belakang, namun dia tidak apa-apa melainkan kanak-kanak itu yang terduduk kerana melanggarnya. Chaewon segera membantu kanak-kanak comel itu berdiri kemudian meletakkan kedua tangannya pada bahu kanak-kanak itu memeriksa sekiranya ia ada tercedera dimana-mana.

Dalam pada itu satu lagi suara menyapa pendengaran mereka...

"Minwoo, kan mommy dah pesan jangan lari.. kan dah jatuh cepat minta maaf dengan uncle tu" kali ini suara itu tidak asing lagi pada Chaewon, suara yang sangat di rindukan selama ini.

Chaeyeon, Yena dan Sakura tergamam memandang kelibat seorang yeoja anggun yang menyapa pandangan mereka, Chaewon segera mengangkat muka memandang yeoja itu mata mereka bertembung untuk kedua kalinya setelah berpisah tiga tahun yang lalu.

Minju juga terpanah memandang Chaewon ada disitu ditambah lagi minwoo berada dekat dengan Chaewon sekarang, apabila mengetahui identiti pasangan pengantin itu dia sebenarnya sudah menjangka bahawa dia akan bertembung dengan Chaewon tapi dia sendiri tidak sangka begini pula jadinya.

Chaewon dan minju bertatapan lama tenggelam dalam emosi masing-masing, Manakala Chaeyeon, Yena dan Sakura pula tidak berani membuka kata begitu juga dengan Yujin yang hanya melempar pandangan dinginnya. Tidak dapat diragukan lagi pandangan mata minju sudah membuktikan segalanya Kim Chaewon yang berdiri dihadapannya sekarang ialah Chaewon yang dimaksudkan Minju selama ini.

Perlahan-lahan Chaewon mengalihkan pandangannya dari Minju, anak matanya sedikit merah kerana menahan sebak yang mencengkam dada disaat ini. Chaewon menoleh semula kearah kanak-kanak yang bernama minwoo itu kedua tangannya masih berada pada bahu minwoo yang hanya berdiam sedar tadi.

"Kamu tak apa-apa?" Soal Chaewon lalu mengusap-usap lembut kepala minwoo, minwoo cuma mengangguk sebagai balas.

Minju tidak dapat mengelak daripada merasa tersentuh melihat pasangan anak beranak itu berdekatan, matanya mula berair tapi dia berusaha semampu mungkin supaya tidak menangis disitu.

"Uncle, saya minta maaf sebab langgar uncle" Ucap Minwoo dengan muka bersalahnya.

"Tak mengapa..."

Hati Chaewon betul-betul sakit sekarang tapi entah kenapa muka comel kanak-kanak ini mampu mengurangkan rasa sakit hatinya...

Tbc.

2kim dah berjumpa semula kawan2😭
Harap korang trhibur dgn Chptr yini😁

Err pasal kemarin sowy k tidak dpt double up😅

You and I | 2kim [ ENĐ ]Where stories live. Discover now