~•°• You & I •°•~
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
"Oppa?"
"Ssamu oppaaa"
"Yah Kim Chaewon!"
"Minmin jom!" Ajak Chaewon bersungguh-sungguh.
"Pergi mana oppa?" Tanya Minju bingung.
Baharu sahaja sekejap tadi dia memberitahu tentang Minwoo membuatkan namja itu terdiam lama mungkin terkejut sangat-sangat, minju terpaksa memanggil Chaewon beberapa kali dan sekarang Chaewon nak ajak dia pergi mana pula? Tindakan Chaewon memang betul-betul tidak dapat diramal.
"Oppa nak pergi jumpa Minwoo sekarang juga!"
"Tak boleh oppa"
"Huh! Kenapa tak boleh? Dia anak saya jugakan minmin? Bagilah saya jumpa dia"
"Sekarang tak boleh oppa, oppa belum sehat lagi nanti bila oppa dah sehat oppa boleh jumpa dia" Pujuk Minju lembut.
"Alah tapi saya nak jumpa dia sekarang" Rengek Chaewon.
"Nanti okey"
Akhirnya Chaewon terpaksa akur jua tak apalah bila dia dah sembuh nanti badan dia dah tak sakit-sakit lagi dia akan terus jumpa Minwoo, sekarang dia akan melepas rindu dengan minju dululah nampaknya...
Minju segera mengarahkan Chaewon berbaring semula dia tidak menolak ketika Chaewon meminta dia untuk ikut berbaring bersama, dalam keadaan saling berpelukan minju mula mencerita macam mana mula-mula dia mengandungkan Minwoo dulu, macam mana dia masa melahirkan minwoo, macam mana dia membesarkan Minwoo dan bercerita perangai-perangai nakal Minwoo sekarang.
Tidak dapat dinafikan Chaewon berasa agak sedih dan kecewa sebab dia tak dapat nampak minju melahir Minwoo dan nampak minwoo membesar sampai sekarang. Apa pun Chaewon anggap ini semua karma yang tuhan tentukan untuk hukum dia sebab pernah sentuh minju padahal dia sedar mereka belum memiliki ikatan yang sah sebelum ni.
.
.
.
.
.
Sudah agak lama mereka dalam posisi berpelukan minju rasa dia perlu buat sesuatu, Contohnya membersihkan kekacauan yang Chaewon buat!
"Oppa saya rasa saya perlu kemas pejabat oppa ni"
"Tak perlu nanti saya panggil cleaner tu pegi bersihkan"
"Tak apa minmin boleh buat sikit je ni"
"Hmm yelah nak oppa tolong tak?"
"Oppa larat ke?"
"Heh oppa ni walaupun kena belasah beberapa kali kuat lagi tau" Kata Chaewon yakin langsung tak berubah fikir minju.
"Okey"
Mereka mula menyusun semula mengemas bilik pejabat Chaewon bersama-sama, Chaewon menyusun fail-fail manakala minju mengutip kertas yang berselerak diatas lantai.
"Ssamu oppa yang ini?" Minju menunjukan beberapa keping kertas pada Chaewon.
"Yang tu oppa dah tak pakai sayang buang jelah"
"Okey"
Minju segera membuang kertas-kertas tidak berguna itu didalam tong sampah kecil dalam pejabat Chaewon tapi dia tidak sangka pula akan ternampak sesuatu yang membuatkan dia meradang!
"Kim Chaewon!" Minju memandang Chaewon tajam seolah-olah dia akan membunuh Chaewon sekarang juga!
Chaewon yang agak terkejut menoleh pada minju dan keningnya berkerut memerhati sesuatu pada tangan minju.
Bunga?
Oh bunga tu...
Chaewon melepaskan nafas lega buat seketika, dia akan menjelaskan semuanya pada minju lagipun dia dah buang bunga tu dalam tong sampah jadi minju tak akan marah dan Cemburu lagi fikir Chaewon.
Tapi nampaknya Chaewon betul-betul silap!
"Berani awak buang bunga yang saya bagi?!"
Oh tidak!
"Oh tunggu dulu, maksud dia bunga-bunga yang sebelum ni pun awak buang dalam tong sampah juga? Wah jinjja!"
"Mi-Minmin itu.."
"Oppa memang dah melampau!"
"Saya tak sangka yang oppa ni sombong bukan main lagi"
Selepas itu minju segera keluar dari pejabat tidak lupa menghempas pintu dengan kuat membuatkan Yena yang sedang berangan untuk berjumpa dengan yeoja Jo tu lagi terkejut bukan main.
"Minmin tunggu dulu, saya boleh jelaskan"
"Minmin sayang"
"Minmin! Aish"
Malangnya minju betul-betul sudah beredar.
Chaewon mengaruk kepalanya yang langsung tak gatal berfikir bertapa bodohnya apa yang dia buat sebelum ni membuang bunga-bunga yeoja kesayangannya itu.
Chaewon menoleh pula pada yena yang sedang menunjukan dia tengah tertanya-tanya.
"Bunga-bunga tu minju yang bagi" Yena cuma mampu mengeleng dan menepuk bahu Chaewon beberapa kali berharap kawan baik dia ni banyak-banyak bersabar.
Tapi lepas tu kening yena berkerut bila nampak tiba-tiba Chaewon senyum, dah sewelkah apa kawan aku ni fikir yena.
"Budak tu anak aku yen, Minwoo tu anak aku!" Beritahu Chaewon akan kabar baik itu.
Apakah!
Korang pun tentu tahu apa reaction yena bila dengar semua tu wkwk😂
Tbc.
Double up untuk hari ini saya boek kn😊
Oleh itu jgnn lupa vote okey😉Mcm yg sya bagitahu dekat chapter sebelum ni ini update terakhir utk minggu ni jadi kalau nak sambung baca tunggu minggu depan😊
Okey tu je ba bye😘
YOU ARE READING
You and I | 2kim [ ENĐ ]
Fanfiction+ Dia Kim Chaewon lelaki yang cuma menganggap wanita itu cuma mainannya, berjumpa dengan pujaan hatinya dan dikecewakan membuat sikapnya berubah drastik. Selama dua tahun dia menutup pintu hatinya rapat-rapat, menolak setiap perjodohan yang di ranca...