~•°• You & •°•~
.
.
.
.
.
.
.
.
.
BAM!
Pintu kereta dihempas dengan kuat membuatkan bahu Chaewon terjongket keatas seketika, selepas minju dan minwoo keluar dari kereta muka Chaewon kelihatan sangat murung macam mana tidak murung hari ini tiada ciuman dan pelukan untuk dia kerana minju dan minwoo sedang merajuk.
Semuanya kerana beberapa minit lalu Chaewon telah meminta kebenaran dari minju untuk pergi blind date? Memanglah minju merajukkan dia siap hasut minwoo lagi cakap kalau daddy dia nak curang membuatkan budak comel itu ikut merajuk.
Daddy?
Okey pasal tu Minwoo sudah membiasakan diri memanggil Chaewon dengan panggilan daddy itu pun sebab minju selalu nasihatkan anaknya supaya panggil Chaewon daddy minju juga berterus terang dengan minwoo bahawa Chaewon appa kandungnya walaupun budak itu faham tak faham sangat ditambah lagi Chaewon sangat pandai mengambil hati minwoo dia betul-betul memanjakan anaknya itu jadi minwoo sudah menerima Chaewon dengan senang hati.
Berbalik kepada isu panas mereka itu pada awalnya minju membangkang keras dia tidak mahu sekiranya Chaewon keluar dating dengan yeoja lain tapi apabila mengetahui Chaewon sudah berjanji dengan ommanya jadi minju terpaksa bersetuju juga akhirnya tapi sudah semestinya bersyarat wkwk.
.
.
.
.
.
Selepas makan malam dan menonton tv bersama anggota keluarga yang lain minju segera membawa minwoo masuk kedalam bilik, waktu sudah menunjukkan jam lapan setengah malam jadi minju segera menyuruh minwoo tidur kerana ia tidak mengalakkan minwoo tidur lewat malam.
Malangnya anaknya itu masih tidak mahu tidur.
"Wowoo tidur sayang dah malam ni"
"Mommy"
"Hmm?"
"Mommy cakap Ssamu daddy tu daddy wowoo kita family, tapi kenapa kita tak tinggal sama-sama? family Kan hidup sama-sama betulkan mommy?"
"Err... itu"
"Kenapa? Wowoo nak tinggal dengan Ssamu daddy?" Tanya minju balik.
"Nak!"
"Sebabnya?"
"Sebab Ssamu daddy baik macam Ujin daddy"
"Tapi mereka berbeza Wowoo, Ssamu daddy tu betul-betul daddy Wowoo dan mommy harap suatu hari nanti kita dapat tinggal sama-sama dengan ssamu daddy"
"I hope so too... Goodnight mommy"
"Goodnight Wowoo Chu*"
.
.
.
.
.
Violeta Cafe,
Chaewon sudah menunggu pada satu meja yang sudah ditempah khas, dia mengedipkan matanya pada minju yang berada pada meja yang terletak agak jauh daripada tempat duduknya jadi itulah syaratnya minju perlu hadir sama untuk memantau macam mana blind date ini berjalan dia cuma hendak memastikan Chaewon tidak membuat perangai.
Minju menajamkan matanya membuat tanda mata dengan dua jari menekankan bahawa dia sedang memerhati, disebelahnya pula ada minwoo yang juga melakukan perkara yang sama meniru apa yang mommynya buat. Chaewon cuma membalas dengan menjelirkan lidah main-main dia merasa keduanya sangat comel! Bukan mereka bertiga sebuah keluarga yang sangat comel.
Clek*
Pintu Cafe terbuka mata Chaewon cepat menoleh kepintu yang mana seorang yeoja baharu sahaja masuk kedalam Cafe, yeoja itu tidak terus menuju ke tempat Chaewon tapi bertanya kepada perkerja Cafe terlebih dahulu.
Mata Chaewon tidak berkedip memandang yeoja tersebut melupakan minju dan minwoo turut ada disitu! ketika yeoja tersebut menoleh dan melayangkan senyuman bibir Chaewon juga automatik turut mengukir senyuman.
"Annyeonghaseyo Honda Hitomi imnida..." Yeoja itu terus memperkenalkan diri dengan sopan ketika betul-betul berdiri dihadapan Chaewon, mendengar dari cara yeoja itu bercakap juga nama Hitomi Chaewon tahu Hitomi seorang japanese.
"Aaa Kim Chaewon imnida" kata Chaewon juga turut berdiri.
"Oh ya jemput duduk" Sambung Chaewon lagi mempersilakan hitomi duduk.
"Kamsahamnida... Adakah awak dah lama menunggu? maaflah saya terlewat"
"Hehe tak adalah saya pun baru sampai"
Pandangan Chaewon masih terpaku pada hitomi pipi Chubby yeoja itu menarik perhatian Chaewon, ia sangat comel sampaikan Chaewon nak cubit-cubit.
Tetapi senyuman Chaewon terus luntur ketika menyedari kerusi disebelahnya ditarik kemudian orang tersebut terus duduk tanpa sebarang rasa bersalah telah menganggu blind date mereka!
Kening hitomi berkerut heran ketika minju duduk sesuka hati disebelah Chaewon, kemudian dia menoleh pula pada Chaewon cuba meminta penjelasan.
Chaewon cuma mampu meneguk payah liurnya dia berfikir tamatlah riwayatnya.
"Kenalkan saya Kim Minju bakal isteri Chaewon" Minju menghulurkan tangan pada hitomi.
"Aaaa H-Honda hitomi desu" Jawap Hitomi menyambut tangan minju itu.
Seketika Hitomi dapat merasakan pula kehadiran seseorang disebelahnya, perlahan-lahan dia menoleh dan matanya bertembung dengan mata bulat minwoo.
Awal-awal lagi Chaewon sudah menutup mukanya mengunakan tangan ketika melihat minwoo berdiri disebelah hitomi memandang hitomi dengan mata bulatnya langsung tidak berkelip nampak sangat dia tengah angau dengan hitomi.
"Ini..?"
"Anak kami" Jawap Minju sebagai penutup chapter ini.
Tbc.
Sorry sy baru dpt update hari ni jgn muarah tau😬
YOU ARE READING
You and I | 2kim [ ENĐ ]
Fanfiction+ Dia Kim Chaewon lelaki yang cuma menganggap wanita itu cuma mainannya, berjumpa dengan pujaan hatinya dan dikecewakan membuat sikapnya berubah drastik. Selama dua tahun dia menutup pintu hatinya rapat-rapat, menolak setiap perjodohan yang di ranca...