Bab20 : Bertahan?

89 3 0
                                    

~•°• You and I •°•~

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

~•°• You and I •°•~

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Suasana didalam sebuah bilik wad diiringi tangisan seorang yeoja berumur dalam lingkungan 40 an, dia menangis mengenangkan nasib anaknya yang belum sedarkan diri dari pagi tadi. Bagaimana perasaan seorang omma apabila mengetahui anaknya melakukan percubaan membunuh diri? Sudah semesti itu seperti tuhan turut mencabut nyawanya! Chaewon selalu ceria dan menunjukkan muka bahagianya mereka tidak pernah mendengar Chaewon menyebut masalahnya oleh itu mereka tidak tahu apa penyebabnya. Nasib baiklah ada orang awam yang sempat menghubungi pihak keselamatan yang bertugas jika tidak sudah pasti nyawa Chaewon betul-betul akan melayang.

Perlahan-lahan Chaewon membuka matanya dia memerhati keadaan sekeliling tertanya-tanya dimana dia berada, apakah dia sudah mati? Dia dapat mendengar suara òrang yang amat dikenali memanggil dan menangis lalu matanya dapat menangkap dua sosok yang sentiasa ada dalam hidupnya.

"Ch-Chae kamu dah sedar? Biar appa panggil doktor dulu "

"Chaewon sayang kenapa kamu jadi macam ni nak?" Tanya Puan Ahn sayu.

"Jadi Chae belum mati? Hiks kenapa Chae belum mati appa omma? Chae taknak hidup lagi..." Rengek Chaewon dengan tangisannya.

"Jangan cakap macam tu Chae apa pun masalah kamu, kamu kena kuat" Nasihat Encik Kim.

Chae mengeleng beberapa kali.

"Chae tak boleh appa... Mi-Minmin dah tinggalkan Chae dia tak sayang Chae dia benci dengan Chae..." Hati puan dan Encik kim menjadi sebak melihat keadaan Chaewon sekarang mereka tidak sanggup melihat keadaan Chaewon begini.

"Setidaknya kamu masih ada appa dengan omma Chae, omma sedih tengok kamu macam ni" Chaewon segera berfikir ya setidaknya dia masih ada omma dan appa dia tidak keseorangan memikirkan itu dia sedikit menyesal dengan perbuatan bodohnya.

"Chae minta maaf appa omma... Chae tak patut buat appa dengan omma risau"  Puan Ahn segera memeluk anaknya dia bersyukur kerana anaknya sudah sedar akan perbuatannya dia berjanji pada dirinya sendiri selèpas ini dia tidak akan membiarkan sesiapa pun menyakitkan anaknya!

.

.

.

.

.

Sebulan Sudah berlalu sejak kejadian percubaan bunuh diri itu, Kim Chaewon hidup dalam satu keadaan yang amat membimbangkan dia murung dan sentiasa bersedih. Untuk mengelak segala kemungkinan yang akan berlaku appa dan ommanya menyarankan Chaewon tinggal bersama mereka.

Puan Kim telah menjual Mansion milik Chaewon segala benda berkaitan kim minju sudah dipastikan lenyap dari pandangan Chaewon malangnya segala kenangan bersama minju sentiasa tersemat dalam memory Chaewon.

Segala nasihat dan kata-kata semangat dari keluarga dan kawan-kawan cukup diberikan pada Chaewon bahkan hampir setiap minggu dia berjumpa dengan pakar Psikiatri tapi tetap sahaja Chaewon tidak menunjukan sebarang perubahan! malah kesihatannya mula memburuk kerana selera makan yang tidak menentu. Chaewon juga mudah diserang penyakit seperti demam, selesma, batuk dan sebagainya berat badannya kian susut dari hari kehari.

Siapa pun akan merasa sadis melihat keadaan Chaewon sekarang.

Adakah hidupnya akan berakhir?

Bagaimana pula dengan kehidupan Minju disana?

Tbc.

Mari kta beralih pd minju pula lpas ni

Next?

You and I | 2kim [ ENĐ ]Where stories live. Discover now