~•°• You & I •°•~
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Puas yena bertanya pada dua pekerja yeoja didepannya itu dimana pejabat pengarah mereka tetapi keduanya tidak mahu memberi kerjasama apabila mengetahui yena tidak dapat menjelaskan tujuan yang jelas dia ingin berjumpa pengarah mereka.
Yena menyerabutkan rambutnya seraya menaikkan kedua lengan kemejanya, seakan-akan hendak membelasah orang badannya sudah kelihatan lecun dengan peluh yang tak henti-henti mengalir memikirkan nasib Chaewon.
"Yah kamu berdua dengar tak ni!"
"KALAU BOS SAYA TU CEDERA SIAP KORANG!"
Jerit Yena kuat menakutkan dua yeoja degil didepannya itu dia memang tidak pandai bercakap dengan yeoja dia selalu membuat masalah bila bercakap dengan mereka, yena sendiri tidak tahu macam mana Chaewon lepas dari dua yeoja degil ini! kedua pekerja itu sudah siap sedia hendak memanggil security tapi semuanya terbantut ketika seseorang menegur.
"Ada apa ni?" Soal yeoja tersebut.
Dia merupakan Jo Yuri kawan baik minju orang yang pernah jadi secretary minju dan kini menjadi secretary Hyewon pula, yena yang baharu sahaja sekejap tadi menimbulkan kekecohan tiba-tiba terdiam apabila melihat Yuri terpanah dengan kecantikan yeoja tersebut.
"Itu Cik Jo Encik ni tanya mana pejabat Encik kim dia cakap dia perlu selamatkan bos dia kami ta..."
"Encik Kim Chaewon?" Potong Yuri cepat tapi dia sebenarnya bertanya pada yena.
Yena mengangguk laju sebagai jawapan.
"Ikut saya" Arah Yuri.
Yena hanya menurut mengikut yeoja dengan panggilan Cik Jo itu dari belakang, tidak lupa menjeling pada dua pekerja yeoja itu. Yena dan yuri segera naik kedalam lif, yena memerhati setiap pergerakan yuri yang mana dia sedang menekan tombol nombor 12 yang tersedia disitu.
Lif yang dinaiki oleh mereka berdua mula bergerak naik keatas menuju ketingkat 12, Yena menghidu-hidu bau badannya hendak memastikan sekiranya badannya mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan sehinggakan mampu menganggu yeoja cantik disebelahnya itu.
Lawaknya disini ini merupakan kali pertama yena mengambil perduli penampilan dirinya didepan seorang yeoja.
.
.
.
.
.
Manakala disebuah ruang pejabat kelihatan Hyewon sedang membelasah Chaewon dengan teruk, Chaewon pula hanya berdiam menerima pukul-pukul kasar dari Hyewon langsung tidak berniat untuk membalas kerana pada fikirannya Hyewon memang layak pukul dia Chaewon membiarkan sahaja muka kacaknya penuh dengan luka dan darah.
Bugh!
"Hyung! Cukup Hyung" Tahan Yujin yang turut berada disitu dia juga menyimpan marah pada Chaewon tapi tindakan Hyewon ini memang agak melampau.
"Jangan masuk campur Jin! Berani dia tunjuk muka dia lepas apa yang dia dah buat dengan minju!"
Hyewon sangat geram kerana sebelum ini dimajlis kahwin sepupu Yujin dia tidak memiliki kesempatan berjumpa dengan Chaewon kerana matanya cuma terkunci pada setiap hidangan yang disediakan jadi ini seperti kata pepatah pucuk dicita Ulam mendatang kerana Chaewon sendiri menunjukan dirinya jadi hyewon tidak akan menyia-yiakan peluang ini!
Bughh!
"Ini sebab kau berani cari nahas dengan keluarga aku!"
BUGHH!
"INI UNTUK MINJU!"
BUGHH!!
"DAN INI UNTUK MINWOO!!"
"JANGAN PERNAH TUNJUK MUKA KAU DEPAN DIORANG LAGI!!" Marah Hyewon tidak dapat mengawal emosinya lagi.
Mata Chaewon berair tapi dia menangis bukan disebabkan pukul hyewon melainkan kerana dia betul-betul rasa bersalah dengan keluarga minju bahkan bagi Chaewon dia tidak layak untuk meminta maaf! berkali-kali dia meminta maaf tapi langsung tidak dihiraukan oleh hyewon dia betul-betul menyesal dengan perbuatannya.
"Bangun! BANGUN!" Arah Hyewon tegas tidak peduli sedikit pun akan keadaan Chaewon.
Hyewon menarik kasar kolar baju Chaewon lalu menendang perut Chaewon hinggakan Chaewon terhumban kepintu yang tiba-tiba sahaja terbuka dari luar menampilkan yena dan Yuri yang terperanjat melihat Chaewon rebah kelantai dengan muka dan baju yang sedikit berlumur darah.
"C-Chae ka-kau okey?"
Yena segera mendapatkan Chaewon memandang Chaewon dengan muka risaunya, dia tidak terima Chaewon diperlakukan seperti ini! Chaewon tidak menjawap badannya terlalu lemah sekarang bahkan untuk bercakap sekali pun.
"Tepi jangan masuk campur!" Arah Hyewon.
"Kau!" Yena memandang Hyewon dengan tajam.
Dia marah kehadapan hyewon tanpa gentar dan dengan beraninya dia memulas tangan Hyewon mengunci oppa kesayang minju itu kedinding.
"Le-Lepaskan aku!"
"Dengar sini Chaewon memang salah tapi KAU TAK PATUT BUAT DIA MACAM TU!" Baharu sahaja dia hendak melayangkan tumbukan tapi terhenti ketika mendengar Chaewon mengarahkannya berhenti.
"Sudah yen" Pinta Chaewon berdiri dengan sudah payah kemudian melangkah meninggalkan tempat itu.
Yena segera melepaskan Hyewon mengikut Chaewon lalu memapah namja tersebut berjalan.
.
.
.
.
.
"Chae kau ni kannn"
"Tulah tadi dekat pejabat aku nak cakap kau taknak dengar tergesa-gesa sangat"
"Sekarang tengok apa dah jadi!"
"Kau tak patut biar dia pukul kau!" Bebel Yena masih geram dengan semua yang dah jadi, mereka sudah berada didalam kereta yena dan Chaewon betul-betul tak tahan dengar yena membebel.
"Diam ah yen!" Marah Chaewon geram sambil menahan sakit dari seluruh badannya.
"Kita pegi hospital sekarang" Kata Yena lalu menghidupkan enjin keretanya.
"Tak payah"
"Kalau macam tu aku hantar kau balik rumah"
Hilang akal ke yena ni macam mana kalau omma dengan appa dia nampak keadaan dia sekarang tentu kena serangan jantung dua orang tua tu.
"Pejabat"
"Tapi Chae"
"Please yen..."
Yena tahu dia tak boleh membantah kalau Chaewon dah buat muka seposen dia, kesian woi! dia segera memecut keretanya kembali kepejabat.
Tbc.
Double up untuk mlm yini dan juga esok😁
Daku selitkn pasal yenyul sikit.Slmt mlm😉
YOU ARE READING
You and I | 2kim [ ENĐ ]
Fanfiction+ Dia Kim Chaewon lelaki yang cuma menganggap wanita itu cuma mainannya, berjumpa dengan pujaan hatinya dan dikecewakan membuat sikapnya berubah drastik. Selama dua tahun dia menutup pintu hatinya rapat-rapat, menolak setiap perjodohan yang di ranca...