Bab19 : Ending🤔

102 5 0
                                    

~•°• You &I •°•~

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

~•°• You &I •°•~

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Selepas berjumpa dengan minju di airport Chaewon segera melajukan kereta menuju Banpo Brige jembatan yang terbentang luas yang menghubungkan daerah Seocho dengan daerah Yongsan dibawahnya mengalir air sungai han yang sangat sejuk mata memandang. Kini Chaewon sudah berada diatas jambatan menghirup udara sepuas-puasnya, angin pagi sedikit meniup rambut kusutnya sinar matahari pagi juga singgah dimukanya tanpa halangan dia menutup mata menikmati saat-saat ini yang mungkin terakhir kali dalam hidupnya.

Adakalanya kehidupan kita tidak berjalan mengikut kemahuan kita, adakalanya dunia menjadi kejam sehinggakan kita tidak diberi sebarang peluang.

Berada didalam situasi yang teruk membuatkan kita payah untuk sekadar bernafas.

Siapa akan peduli jika airmata kita jatuh? Siapa akan peduli jika kita rasa sakit?

Semua perkara ini sangat menyedihkan...

Siapa yang perlu disalahkan?

Adakah dunia ni?

atau diri kita sendiri?

Pada saat-saat begini kita cuma akan berfikir kenapa kita perlu dilahirkan jika kita hanya ditakdirkan hidup menderita?

Dunia ini terlalu kejam!

Terlalu kejam sampaikan kita tidak mahu meneruskan hidup.

Kewarasan akan hilang!

Kita melupakan orang yang masih bersama kita.

Kita melupakan orang yang akan menangis jika kita tiada.

Kita akan lupakan manusia-manusia yang menyayangi kita.

Dan

Kita akan lupa pada pencipta...

Begitu juga dengan Chaewon dia kehilangan kewarasannya, yang ada pada fikirannya kini cuma perasaan hampa dia ingin membuatkan minju menyesal meninggalkannya berfikir jika dia menghilang dari dunia ni dia tidak akan merasa sakit lagi.

"Minmin~ah awak ingat lagi tak tempat tu" Kata Chaewon seraya memandang kawasan Banpo hangang park dari tempatnya berdiri, mata Chaewon mula berair bahkan menyebut nama minju sahaja sudah mampu membuatkan dadanya menjadi sebak.

"Dekat sana awak cakap yang awak pun sukakan saya... Hiks"

"Tapi ka-kalau awak hiks sukakan saya awak takkan tinggalkan saya"

Chaewon mula memanjat tembok penghadang dia nekad untuk mengakhiri hidupnya, kelihatan beberapa orang mula sedar akan aksi beraninya itu mereka mula riuh memberitahu orang ramai.

"Saya sayangkan awak minmin saya tak pernah menyesal berjumpa dengan awak... terima kasih hadir dalam hidup saya walaupun cuma untuk sementara Saranghaeyo Kim Minjoo hiduplah dengan bahagia..."

Pada masa itu kedengaran jeritan orang awam yang sudah bergumpul dikawasan tersebut menandakan Chaewon sudah melompat dari jambatan tersebut...

.

.

.

.

.

Didalam pesawat Minju sudah mengambil tempat duduknya, dia memakai kaca mata hitam menyembunyikan mata sembamnya dia mengusap perlahan perutnya dia cuma berharap bahawa dia tidak akan menyesal meninggalkan Chaewon.

"Sayang, omma minta maaf sayang omma janji omma akan jaga kamu" Bisik hati Minju.









































































Tbc.











Tidak semua perkara akan mengikut perancangan kita, macam mn kejam pon dunia ni kita kena bertahan.

Jangan mencari siapa yg bersalah, tapi ingatlah orang yang menyayangi kita sprti sahabat dan keluarga.

Hidup memang berat...

Tapi tetaplah bernafas

Sebab Hidup ialah anugerahnya.

...

Part yg pendek dan...😒

Jgn tiru aski Chaewon diatas ya kawan2 apapon yg brlaku kita kena teruskn hidup😊

Update lewat mlm😉

You and I | 2kim [ ENĐ ]Where stories live. Discover now