~•°• You & I •°•~
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Diluar negara kim Minju sudah memulakan sesi pengajiannya,dia menuntut disalah satu College di California dia tinggal bersama oppanya Kim Hyewon. Di sana dia mengenali seorang namja yang turut menuntut ditempat yang sama malah mereka berasal dari negara yang sama membuatkan mereka mula rapat dan menjadi sahabat.
Sepanjang tinggal bersama Hyewon dia berusaha menyembunyikan kenyataan bahawa dia mengandung, malangnya keadaan tidak mengizinkan dia selalu pening, loya bahkan muntah-muntah. Hyewon sudah menyuruhnya untuk memeriksa keadaannya dihospital tapi dia berbohong dengan mengatakan dia sudah pergi berjumpa doktor dan doktor kata dia cuma pening biasa hal itu membuat Hyewon heran di tambah lagi dia perasaan adiknya sangat sering termenung dan berdiam diri membuatkan Hyewon bingung.
Minju sedar dia tidak boleh menyembunyi perkara itu lama-lama, lambat laun hyewon akan tahu juga tapi minju belum berani untuk mengatakan hal sebenar. Pernah beberapa kali Hyewon kebetulan mendengar adiknya mengigau memanggil nama Ssamu oppa sambil menangis bila hyewon bertanya minju tidak akan menjawap malah dia akan mula menangis oleh itu Hyewon tidak mahu bertanya perihal itu lagi.
Hari ini Hyewon balik lebih awal membawa beberapa bahan untuk dimasak, Minju teringin untuk memakan Teokbokki atau lebih tepat lagi dia sedang mengidam terpaksalah Hyewon kehulur-kehilir bertanya pada beberapa kawannya tempat yang menyediakan bahan-bahan untuk memasak teobeokki.
Didapur Hyewon mula memasak teokbokki untuk minju, minju adalah adik kesayangannya apapun minju perlukan dia akan tunai dengan bersungguh-sungguh. Kwangbae sentiasa Sweet betol tak kawan2😅
Setelah menyiapkan masakan untuk adiknya Hyewon segera memanggil adiknya untuk mencuba masakan itu.
"Macam mana sedap tak?" Soal Hyewon menanti jawap dari adiknya.
Minju menikmati makanan yang dibuat oleh oppanya itu, dia sudah cukup jemu makan-makanan barat setiap hari tapi baru berapa suapan tekak Minju terasa loya dia segera berlari ke dapur lalu memuntahkan isi perutnya disingki. Hyewon berasa risau dengan Minju kalau adiknya cuma pening biasa takkanlah boleh teruk sampai macam ni? Muka minju juga pucat dia mengekori minju lalu menepuk perlahan belakang adiknya.
"Minju esok takpayah datang kelaslah adik tak sehat ni"
"Minju okeylah oppa lepas makan ubat nanti dah eloklah tu"
Keesokan harinya Minju tetap pergi kelas seperti biasa, yang istimewanya hari ini kawan minju jemput katanya nak pergi sama-sama. Awal-awal pagi lagi Ahn Yujin sudah terpacak didepan rumah minju, sebenarnya sejak pertama kali berkenalan dengan Minju dia sudah menaruh hati pada Minju bahkan Yujin pernah meluahkan perasaannya tetapi malangnya ditolak lembut oleh minju ia mengatakan dia sudah memiliki seseorang yang dia sayang dan mengambil keputusan tidak akan melupakan namja itu.
"Kau tunggu adik aku ke?" Soal Hyewon apabila terpandang Yujin sedang bersandar pada keretanya.
Korang boleh panggil Hyewon protective Oppa sebab itulah hakikatnya!
Tetapi Hyewon tidak kesah adiknya berkawan dengan Yujin dia kenal hyung Yujin dia juga tahu Yujin jenis namja yang baik, malah dia tidak kesah kalau Minju dan Hyunjin menjalinkan hubungan tapi setakat ini yang dia tahu mereka cuma berkawan.
"Iya hyung"
"Dia kata tunggu kejap tadi, biasalah yeoja... jaga adik aku elok-elok tau"
"Siap Bosku" Jawap Yujin seraya memberikan tabik hormat pada Hyewon, Hyewon hanya mampu tersenyum sambil mengeleng kepala melihat gelagat Yujin itu.
.
.
.
.
.
Yujin dan Minju sedang berehat dibawah sebatang pokok rendang yang berhampiran dengan Kolej mereka sambil memakan roti menunggu kelas mereka yang seterusnya.
"Err minju muka awak pucat lebih pucat dari sebelum ni awak betul-betul pasti yang awak tak sakit?" Yujin sekadar bertanya kerana dia risau dengan kawannya dia tidak tahu pula minju akan meletup marah.
"Yujin kan saya dah kata saya tak sakit kenapa awak tak pernah nak faham!" Yujin terkebil-kebil kenapa dia kena marah adakah dia melakukan sesuatu yang salah?
Dia cuma bertanya...
"Saya cuma tanya Minju kenapa awak nak marah? Saya memang tak faham dengan awak..." Balas Yujin pula dia sedikit terasa hati dengan sikap Minju itu lalu dia mengambil keputusan meninggalkan Minju bersendirian disitu.
Minju baharu tersedar akan kesalahannya beberapa hari ini kepalanya pening sangat-sangat dia juga tiada selera makan hal itu menyebabkan dia stress dan mudah marah mungkin juga pembawaan bayi. Tanpa berlengah dia segera mengejar Yujin dia cuba memanggil Yujin beberapa kali tapi Yujin pura-pura tidak mendengar kepalanya mula pening dia memegang kepalanya dunia seakan berpusing dan pada akhirnya Minju rebah tak sedarkan diri.
Apabila tidak lagi mendengar suara minju lagi kening Yujin berkerut pada mulanya dia ingin membiarkan sahaja kerana dia masih dalam mood merajuk tapi dia sedar dia tidak boleh berkelakuan seperti kanak-kanak! dia menoleh kebelakang dan alangkah terkejutnya dia apabila melihat Minju sudah terbaring dijalan. Tunggu apalagi sudah semestinya dia akan membawa minju kehospital dia juga mula rasa bersalah.
.
.
.
.
.
.
Perlahan-lahan Minju membuka mata orang pertama yang dia nampak adalah oppanya Hyewon manakala disebelahnya ada Yujin yang kelihatan menunduk sahaja.
"Minju kamu dah sedar?" Tanya Hyewon risau Minju tidak menjawap malah dia tidak memandang Hyewon kerana dia pasti oppanya sudah tahu perkara sebenar.
"Minju..." panggil Hyewon lagi.
Kali ini Minju menangis dia takut oppanya akan mengamuk.
"Ma-Maafkan Minju oppa.. Minju cuma.." Minju tidak dapat menyambung kata-katanya apabila melihat Hyewon menangis selama ini dia tahu Hyewon seorang namja yang kuat dan tidak mudah menangis sungguh minju berasa sangat bersalah pada Hyewon.
"Kita balik dulu kita bincang dekat rumah" Minju hanya mengangguk setuju.
Tbc.
YOU ARE READING
You and I | 2kim [ ENĐ ]
Fanfiction+ Dia Kim Chaewon lelaki yang cuma menganggap wanita itu cuma mainannya, berjumpa dengan pujaan hatinya dan dikecewakan membuat sikapnya berubah drastik. Selama dua tahun dia menutup pintu hatinya rapat-rapat, menolak setiap perjodohan yang di ranca...