You And i
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Lebih kurang 20 minit mereka masih ditempat itu mata minju membesar melihat Chaewon telah menghabiskan beberapa cucuk bebola ikan. Memerhati Chaewon tidak mahu berhenti minju segera menarik Chaewon membawa dia masuk kedalam kereta.
"Kenapa? Saya belum habis makan lagi!" Protes Chaewon bingung.
"Awak dah makan 23 cucuk tak cukup lagi ke?"
"Tak cukup saya nak makan lagi sedap..." Rengek Chaewon seperti kanak-kanak enam tahun.
"Ya makanan tu memang sedap tapi tak baik untuk kesihatan awak" Nasihat minju pula sambil menyembunyikan muka risaunya.
"Saya tak kesah, patutkah saya belajar dengan ahjuma tu cara nak buat makanan sedap tu?"
"Tak awak tak boleh" Tekan Minju Seraya menghidupkan enjin kereta kemudian memecut laju meninggalkan tempat itu.
.
.
.
.
.
Chaewon dan minju sudah berada disebuah pusat beli-belah sejak tadi kegiatan mereka cuma masuk dan keluar bermacam jenis kedai cuma untuk mencari hadiah kesukaan minju. Tapi Chaewon tidak sangka pula minju seorang yang cerewet bila memilih barang untuk dibeli, bermacam jenis barang dia tunjuk pada minju tapi tiada satu pun yang menarik minat minju semuanya berlaku selama 3 jam dan Chaewon dah betul-betul penat.
"Sebenarnya hadiah apa yang awak nak? Cepat cakap kaki saya dah sakit kehulur-kehilir tau tak!" Bebel Chaewon geram seraya duduk pada lantai simen peduli apa kalau orang lain tengah perhatikan dia.
"Sebenarnya... saya pun tak tahu hehe"
Whut! Rasanya Chaewon nak pengsan bila minju cakap macam tu.
"Yah awak mesti sengaja nak kenakan sayakan!" Rengek Chaewon lagi sambil memegang kakinya.
"Kaki awak betul-betul sakit?" Tanya minju risau.
Chaewon memajukan bibir bawahnya lalu mengangguk beberapa kali dengan muka seposen dia.
"Alolo.. kesiannya okey kita rehat dulu dekat situ" Minju tunjuk bangku dihadapan mereka.
Selama lima belas minit mereka berehat disitu untuk mengumpul tenaga masing-masing, minju membeli dua minuman untuk melegakan tekak mereka yang kering sambil minum keduanya juga berbual-bual kosong.
"Awak memang selalu macam ke?" Soal Chaewon.
"Maksud awak?" Tanya minju tidak faham.
"Yelah banyak benda kot saya tunjuk takkanlah satu pun awak taknak"
"Bukan tak berminat tapi saya nak sesuatu yang betul-betul special untuk hadiah hari jadi saya contohnya walaupun benda tu murah tapi bermakna saya akan terima dan simpan sampai bila-bila" Panjang lebar minju menerangkan tapi tiada satu pun yang Chaewon faham.
Mana nak fahamkan barang-barang yang dia tunjuk bukan sembarangan barang, harga dia mencecah beribu-ribu won takkanlah semua tu tak cukup bermakna lagi untuk minju? Sungguh dia tak faham... Chaewon mula terfikir sesuatu.
"Yalahkan hadiah yang saya bagi tak ada maknanya berbanding hadiah yang namchin awak bagi betul tak? Siapalah saya ni..."
Hampir tergelak minju mendengar keluhan Chaewon itu dia boleh menghidu bau-bau cemburu dari pertuturan Chaewon dalam hati dia tidak henti memuji Chaewon memang cute.
"Awak cemburu heh?" Usik minju sambil menekan pipi Chaewon dengan jari telunjuknya.
"Tak ada masa saya nak cemburu"
"Cie betul ke? Habis tu kenapa telinga awak merah" Usik minju lagi.
"Yah mana ada!"
Sebelum usikan minju semakin menjadi-jadi Chaewon segera mengubah arah percakapan mereka.
"Sudah-sudah jom sambung balik! Kali ni saya akan pastikan awak akan dapat hadiah awak tapi awak jangan cerewet pulak" Pesan Chaewon terlebih dahulu berdiri meninggalkan minju dibelakang.
Chaewon dan minju berdiri kemudian melangkah meninggalkan tempat itu, tetapi tiba-tiba langkah minju terhenti matanya membulat sempurna memerhati sesuatu. Chaewon yang sudah terlebih dahulu melangkah baru sedar minju tiada disebelahnya dia menoleh kebelakang dan mendapati minju masih tidak beranjak dari tempatnya berdiri.
"Yah kenapa awak berhenti ni?"
"Chaewon itu..."
"Itu?" Chaewon mengecilkan matanya memeriksa apa yang minju tunjuk.
Claw Machine!
Minju maju meletakkan kedua tangannya pada kaca mesin tersebut sambil memandang sebuah patung katak berwarna hijau dengan mata bersinar.
"Saya nak patung katak tu, boleh tak awak dapatkan untuk saya? Please..." Beritahu minju dengan muka memohon pada Chaewon manakala Chaewon kelihatan meregang-regangkan jarinya bersedia untuk memenuhi permintaan minju itu.
"Baiklah saya akan pastikan awak dapat patung tu" Kata Chaewon dengan yakin.
"Betulkah?! awak boleh?"
"Heh senang je ni"
Mungkin sebaiknya Chaewon tidak patut seyakin itu dia tidak tahu bahawa minju jika dia sudah tertarik kepada sesuatu tiada sesiapa mampu mengubah fikirannya dan jika dia tak dapat benda tu dia betul-betul akan kecewa. Satu jam lebih lamanya mereka berdua masih berada ditempat itu tetapi Chaewon masih tidak dapat apa yang minju inginkan tapi Chaewon masih tidak mengalah! beberapa kali minju mengeluh kecewa memerhati Chaewon gagal berkali-kali pada akhirnya minju menyuruh Chaewon berhenti.
"Kita cuba sekali lagi?" Chaewon.
"Tak perlu..." Minju.
"Atau saya boleh belikan patung tu untuk awak"
"Tak payah!"
Okey Chaewon mengaku dia tak suka tengok muka kecewa minju, dia mula berfikir sepatutnya dari awal lagi dia cakap dengan minju yang dia tak reti main benda tu.
Selepas itu, muka minju kelihatan murung dan tidak semangat bila Chaewon ajak bercakap minju cuma akan menjawap sepatah menandakan moodnya sudah hilang hari ni. Untuk mengembalikan mood minju semula Chaewon mengajak minju ketaman hiburan mujurlah minju tidak menolak.
Tbc.
YOU ARE READING
You and I | 2kim [ ENĐ ]
Fanfiction+ Dia Kim Chaewon lelaki yang cuma menganggap wanita itu cuma mainannya, berjumpa dengan pujaan hatinya dan dikecewakan membuat sikapnya berubah drastik. Selama dua tahun dia menutup pintu hatinya rapat-rapat, menolak setiap perjodohan yang di ranca...