Bab36 : Berpisah?

102 2 1
                                    

~•°• You & I •°•~

.

.

.

.

.

.

.

.

Minju sudah berada dirumahnya sekarang dia sedang berada didalam bilik bersiap-siap untuk tidur, petang tadi sebelum dia beredar dan Chaewon menghantar dia kembali kerumah Minwoo sudah terjaga anaknya itu tidak menangis lagi ketika atuk dan neneknya melayan dia dengan baik.

Minwoo sangat berselera menjamu Cupcake yang disediakan oleh neneknya sendiri dan ketika minju meninggalkan rumah itu minwoo sedang bermain dengan Atuknya melihat minwoo cepat membiasakan diri minju berasa sedikit lega untuk meninggalkan minwoo tidur untuk semalam dirumah atuk dan neneknya. Chaewon juga sudah berjanji dia akan menjaga minwoo dengan baik.

Berbaring ditempat tidur sambil memerhati kawasan kosong disebelahnya, minju mula merasa rindu pada minwoo dia sangat sedih berpisah dengan minwoo walaupun cuma untuk seketika tidak lama minju mula menangis sambil memeluk patung katak kesukaan anaknya. Minju tidak pernah tidur berjauhan dengan Minwoo, sebelum ini minwoo akan menciumnya sebelum tidur kadangkala memeluknya ketika berasa sejuk jadi semua ini agak janggal bagi minju.

Welcome to lalalalala...🎶

Ketika mendengar deringan telefonnya minju segera mencapai telefon pada meja lalu menjawap panggilan dari Chaewon itu.

"Yeobseyo?"

"Minmin itu wowoo nangis dari tadi dia cari awak saya dah pujuk dia tapi dia tak berhenti nangis"

Minju juga dapat mendengar tangisan minwoo itu.

"Tolong bagi telefon dengan dia"

"Wowoo jangan nangis sayang ini mommy kamu nak bercakap"

Chaewon segera menghidupkan pembesar suara telefonnya, ketika mendengar suara ommanya minwoo berhenti menangis seketika.

"Wowoo sayang kenapa nangis ni?"

"Huarghh Mommy... Mommy where are you?"

"Okey mommy pergi situ sekarang wowoo jangan nangis tau tunggu mommy datang"

"Oppa saya akan pergi situ"

"Okey minmin hati-hati sayang"

Bib Bib

.

.

.

.

.

Minwoo sudah nyenyak tidur dibawah selimut ditemani minju yang juga berbaring disebelah sedang mengusap umbun-umbun anaknya dengan sayang, disebelahnya pula ada Chaewon yang juga turut berbaring tidak dapat berhenti senyum kagum melihat macam mana minju menenangkan minwoo sehingga tertidur.

"Minmin~ah"

"Huh?"

"Terima kasih sebab lahirkan minwoo dan terima kasih sebab jaga minwoo dengan baik selama ni"

"Itu dah jadi tanggungjawap saya sebagai omma dia tak perlu berterima Kasih"

"Lepas ni saya janji yang saya pula akan jaga kamu berdua" Kata Chaewon sambil mengusap tangan minju yang masih berada diumbun-umbun anak mereka.

Tok Tok

Cklek*

Pegangan tangan dilepaskan ketika puan Kim masuk kedalam bilik, puan kim cuma hendak mencium minwoo sebelum tidur tapi dia mula merasa tidak puas hati melihat Chaewon turut tidur disitu.

"Chae tidur dekat bilik lain" Arah Puan Kim dengan suara rendah bimbang Cucunya akan terjaga.

Chaewon memandang tidak percaya pada ommanya.

"Tapi omma Chae nak tidur sini..." Rengek Chaewon.

"Kim Chaewon" Puan Kim menghadiahkan pandangan tajam pada anaknya sedarlah Chaewon bahawa ommanya tidak main-main.

Sejak tadi minju cuma mampu menahan tawa apatah lagi melihat muka Masam Chaewon tu.

"Hmm yalah-yalah"

Sebelum beredar sempat Chaewon mencium kedua pipi minwoo dengan sayang lalu mengucapkan selamat malam pada minwoo dan minju.

"Good night Wowoo~ Jaljayo minmin~" Ucap Chaewon tersenyum pada keduanya.

Chaewon memandang ommanya seketika kemudian mencium pipi minju pula selepas itu baharulah dia berlari keluar bilik meninggalkan minju mematung dengan pipi merah dia juga ommanya yang mengeleng kepala menyaksikan perbuatan nakal anaknya sekejap tadi.

Betuah punya budak!

Tbc.

Oke cuma nk bagitau minggu depan baru sy update agi😬

You and I | 2kim [ ENĐ ]Where stories live. Discover now