Bab23 : The New One

90 3 4
                                    

~•°• You & I •°•~

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

~•°• You & I •°•~

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

3 Tahun kemudian...

Seorang namja lengkap bersut kelabu putih kemas berjalan dengan yakin bersama setiausahanya berserta beberapa kakitangan masuk kedalam ruang mesyuarat. Ketibaan namja itu disambut dengan tunduk hormat daripada perkerja yang telah siap berada didalam ruang mesyuarat tersebut. Kelihatan seorang pekerja sedang memberikan penerangan dengan yakin didepan skrin yang dibentangkan menghadap semua pekerja.

"Oleh itu keuntungan pasaran kita masih berada diparas yang sama bahkan lebih meningkat dari sebelum ini" Terang namja itu serius dan Yakin.

Selesai perkerja bernama Lee Chaeyeon itu memberi penerangannya semua pekerja mengalihkan pandangan kearah belakang lebih tepatnya kearah Kim Chaewon CEO muda mereka untuk memeriksa sama ada dia berpuas hati atau tidak.

"Saya kurang faham dengan pembentangan awak" Semua kakitangan yang berada didalam dewan mula meneguk liur masing-masing terutama sekali yang memberikan penerangan sebentar tadi.

Choi Yena Secretary kepada Chaewon menunjukkan senyuman sinis dia faham sangat dengan cara kerja dan sikap disiplin Chaewon.

"Apa yang awak kurang faham Encik kim?" Tanya Chaeyeon berani.

Semua perkerja mula menunjukkan muka kecut mereka, mereka mula berpeluh-peluh seperti isteri mereka dapat menangkap mereka telah berlaku Curang, Yena yang memerhati reaksi semua pekerja itu ingin sekali melepaskan tawanya tapi dia membatalkan niat apabila terpandang muka serius Chaewon.

"Keuntung bulan lalu ialah 89 702 897 WON sepatutnya keuntungan bulan ini melebih 89 800 000 WON adakah saya silap?" Semua pekerja hilang kata-kata.

"I-Itu.." sebelum sempat Chaeyeon menerangkan Chaewon sudah berdiri meninggalkan dewan mesyuarat diikuti Yena dan beberapa pekerja yang lain.

Sempat Yena mengedip mata nakalnya kearah Chaeyeon.

Suara gelak tawa meletus didalam bilik pejabat Chaewon bunyi ketawa itu sudah tentu bukan milik Chaewon melainkan ketawa Yena dan Chaeyeon, entah apa yang mereka gelakkan disebabkan berasa geli hati Chaeyeon sampai memukul-mukul meja beberapa kali sudah menjadi hobinya ketawa macam langsuir.

Chaewon hanya memerhati gelagat Yena dan Chaewon itu, mula-mula dia hanya diam membiarkan dua kawan baiknya ketawa tapi dia betul-betul tidak dapat tahan melihat mulut itik Yena dia mengambil keputusan menutup mulut yena dengan jarinya membuatkan gelak tawa Chaeyeon semakin menjadi-jadi malah Chaewon ikut tersenyum.

Chaeyeon dan Yena terpanah memandang senyuman manis Chaewon kedua-dua mereka terdiam ini suatu keajaiban dapat melihat Chaewon tersenyum semula. Sedar dirinya jadi perhatian senyuman Chaewon hilang serta-merta seperti ditelan bumi.

"Chae kau patut senyum selalu kami rindu nak tengok kau senyum apatah lagi ketawa" Yena mengangguk mengiakan saranan Chaeyeon itu.

"Ish, geli aku dengan korang berdua ni... hah macam mana puas dah kenakan ahli lembaga pengarah tu? Taknak ketawa dah?"Chaewon segera menukar topik sebelum chaeyeon dan Yena membangkitkan masa lalunya bersama Minju.

"Mestilah puas lucu tau muka diorang tadi macam nak berak pun ada hahahah" Gelak Yena.

"Itulah dah tua-tua pun ada hati nak makan duit syarikat bukan nak bertaubat kejap lagi nak masuk kubur ish ish ish"kata Chaeyeon sambil mengeleng kepala diikuti Yena.

Sebenarnya selama ini Chaewon, Chaeyeon dan Yena berusaha mencari siapakah yang berani menyeleweng duit syarikat tak sangka pula orang kepercayaan appa Chaewon selama inilah yang melakukan hal tersebut. Oleh itu, mereka berpakat untuk mengenakan mereka pada mesyuarat tadi sekadar ingin memberi amaran.

Oh ya, sebelum terlupa adakah korang nak tahu kenapa mereka bertiga berkerja dekat pejabat sekarang? Mana Restorant mereka? Jawapnya mudah sahaja! Yena betul-betul dah jual restorant tu😂

Tapi jangan risau yena dah minta kebenaran dulu dengan yang lain hal itu juga turut mendapat sokongan dari omma Chaewon jadi selamat.

"Entah kau Chae kalau aku dah lama aku pecat sorang satu kau berlembut sangat.." Cadang Yena pula ini bukan pertama kalinya dia menyatakan cadangan itu.

"Kau tau kan diorang tu orang kuat appa aku dulu aku tak berani pecat diorang tanpa kebenaran appa aku" Luah Chaewon serius dia juga cukup jengkel berkerjasama dengan orang yang tidak jujur.

"Hah, ambil ni sorang satu dua minggu lagi jangan lupa datang tau" Chaeyeon menyerah surat jemputan kahwinnya kepada Chaewon dan Yena.

Dua minggu lagi Chaeyeon akan menyempurnakan hari bahagianya bersama tunang tersayang Miyawaki Sakura.

"Mestilah! Tahniah bro jangan lupa buat anak banyak-banyak Hehe" Chaewon cuma mampu geleng kepala bila yena cakap macam tu mulut dia memang tiada insuran!

Tapi percayalah dia namja paling terbaik dalam tiga sekawan ini😅

"Orait bosku hahaha..."

"Yeon kau sepatutnya dah ambil cuti" Chaewon.

"Tak apalah mulai minggu depan aku cuti supaya lepas kahwin nanti lagi panjang cuti aku hehe" Chaeyeon tersengih penuh makna.

"Aku akan naikkan gaji kau mulai bulan ni" Mulut Chaeyeon ternganga inilah dikatakan rezeki orang nak kahwin.

"Waaa.. Thanks bro" Chaeyeon peluk Chaewon, disebabkan rasa geli Chaewon tolak Chaeyeon jauh-jauh.

Yena buat muka sedih😢

"Aku macam mana? Gaji aku naik tak?" Tanya yena sambil buat muka seposen.

"Cari pasangan hidup dulu baru aku naikkan" jawap Chaewon datar.

"Alah... ni tak best ni macam mana nak cari pasangan asyik dengan kerja aje" Rungut Yena geram Chaeyeon jangan ditanya dia dah ketawa tengok muka masam Yena.

Sebenarnya mereka faham kerja yena terlalu banyak dia perlu membantu segala hal berkaitan kerja Chaewon malah dia sampai tak sempat balik kerumah semata-mata untuk menyiapkan kerja dengan Chaewon. Boleh dikatakan yena merupakan penyelamat dan pembantu paling berguna pada Chaewon yang akan ada apabila dipanggil sedia menuruti semua kehendak bosnya itu.

"Yalah-yalah nanti bila kau dah ada yeochin aku bagi kau cuti bolehlah dating puas-puas" Yena mengangguk puas.

"Hah, Chae sebelum aku lupa sepupu aku yang ambil bidang perniagaan tu akan balik tak lama lagi nanti aku kenalkan dia dengan kau"

"Okey"

Tbc.

Hai daku kembali lagi🤗

Saya  tahu takde yg rindu saya👉👈😅

Apapon sy akan aktif balik updt cite ni sampai end sbb sy dah kurang sebok😉

You and I | 2kim [ ENĐ ]Where stories live. Discover now