~•°• You & I •°•~
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Hari demi hari berlalu hubungan 2kim masih juga tiada perkembangan, mereka berdua masih menjadi pasangan kekasih tanpa status yang sah! Beberapa kali minju bertanya pada Chaewon bila ia akan membawa hubungan mereka keperingkat yang lebih serius tapi Chaewon cuma berkata dia tengah usahakan.
Minju bukannya terdesak hendak berkahwin bukan juga dia tidak mahu berkahwin tetapi semakin lama waktu berjalan satu perkara mula menganggu fikirannya semakin ia memikirkannya semakin ia resah dan takut.
Bagaimana? Bagaimana jika keluarga Chaewon memisahkan ia dengan Chaewon tidak membenarkan mereka berkahwin? yang lebih menakutkan lagi minju sangat takut jika mereka mengambil minwoo dia takkan pernah sanggup kehilangan minwoo!
Minju ada sebab sendiri kenapa dia berfikiran begitu yang mana keluarga Chaewon seakan-akan tidak mahu memberi restu pada hubungan mereka, ditambah lagi apabila minju berkunjung kerumah mereka omma Chaewon seakan-akan menunjukan pandangan kurang suka padanya belum lagi hari itu minju agak terkilan kerana omma Chaewon mengarahkan anak dia pergi Blind date.
Minju dan Chaewon sedang berada didalam kereta dalam perjalanan menghantar minju pulang, petang itu minju membawa Chaewon
berbelanja membeli beberapa barang keperluan rumah juga barang-barang minwoo mereka singgah makan sekejap lalu terus pulang kerumah tetapi keadaan jalan yang sesak menyebabkan mereka tersangkut dalam jem berjam-jam sampailah waktu senja.Chaewon sedang fokus memandu manakala minju diam termenung mengalihkan pandangan keluar kereta membuatkan Chaewon hairan.
"Awak okey?" Tanya Chaewon memandang minju seketika lalu fokus pandang depan semula.
"Saya tak tahu oppa" Jawap minju kedengaran agak lemas.
"Kenapa ni minmin?"
Chaewon mencapai satu tangan minju mengenggam dan mengusap lembut dengan sayang, satu tangannya pula masih berada pada stereng kereta.
"Oppa macam mana kalau omma awak tak setuju kita kahwin"
"Kenapa cakap macam tu minmin oppa tengah usaha pujuk omma sekarang, oppa pasti dia akan setuju tak lama lagi"
"Sampai bila oppa?"
Chaewon tunduk diam tidak dapat menjawap soalan itu.
"Macam mana kalau omma awak taknak saya? Macam mana kalau dia cuma nakkan minwoo? Macam mana kalau dia suruh oppa tuntut hak penjagaan minwoo?!" Nada Suara minju kedengaran semakin meninggi.
"Omma tak sejahat tu Kim Minju!" Tekan Chaewon berasa sangat kecewa mendengar jalan fikiran minju itu dia memilih melepaskan tangan minju kembali fokus memandu.
Suasana dalam kereta menjadi hening tanpa sebarang perbualan, disebelah Chaewon minju kelihatan sedang menahan tangis tidak lama ia mula menangis tanpa suara mengelap satu demi satu butiran air mata yang jatuh perlahan.
Chaewon tahu semua tu tapi dia cuma biarkan sahaja tidak berniat untuk memujuk, dia bukan marah pada minju melainkan marah pada diri sendiri kerana apa yang minju cakap itu adalah sebuah kebenaran yang mana ommanya memang sudah mengarahkan Chaewon menuntut hak penjagaan minwoo dan cuma memberikan dua pilihan buat Chaewon.
YOU ARE READING
You and I | 2kim [ ENĐ ]
Fanfiction+ Dia Kim Chaewon lelaki yang cuma menganggap wanita itu cuma mainannya, berjumpa dengan pujaan hatinya dan dikecewakan membuat sikapnya berubah drastik. Selama dua tahun dia menutup pintu hatinya rapat-rapat, menolak setiap perjodohan yang di ranca...