You and I
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Setelah memastikan dia bersih dan wangi Chaewon akhirnya keluar dari bilik mandi dengan hanya bertuala sahaja, dia sebenarnya memang sengaja hendak mengusik minju tetapi bila dia keluar dari bilik mandi minju sudah tiada didalam bilik yang dia nampak sepasang baju dan seluar sudah diletakkan diatas tilam.
"Minju-ya..." Panggil Chaewon lembut.
Seluruh kawasan tingkat atas sudah diperiksa dan Chaewon pasti minju tiada, dia mesti dibawah fikir Chaewon lalu melangkah menuruni tangga menuju keruang tamu tapi sekali lagi kelibat minju tidak kelihatan pelikkan? Jangan cakap ada makhluk lain pula datang rumah dia menyamar sebagai minju sudah.
"Minju?" Panggil Chaewon lagi tapi tetap sama minju tidak menyahut sama sekali.
Seketika dia terfikir sesuatu cuma satu ruangan sahaja yang dia belum periksa.
Dapur.
Chaewon melepaskan nafas lega apabila melihat minju berada didapur, minju sedang membuka peti sejuk dan memeriksa isi kandungan peti sejuk tersebut Chaewon senyum apabila melihat minju mengeleng beberapa kali sebab dia tahu peti sejuk dia kosong tanpa sebarang bahan untuk memasak.
"Awak cari apa?" Tanya Chaewon sambil berjalan mendekati minju.
"Kim Chaewon" Minju memandang Chaewon tajam.
"Huh, apa?"
"Chaeyeon dengan Yena bagitahu kerja awak dekat restoran tu sebagai tukang masak"
"Hah betullah tu"
"Jadi betullah apa yang Yena cakap"
"A-Apa? dia cakap apa?"
"Dia cakap awak tak masak bila dekat rumah"
"......."
"Chaewon awak masak untuk semua orang yang datang dekat restoran awak tapi kenapa awak malas sangat nak masak untuk diri sendiri?!"
"Err..."
"Sudah jom!"
.
.
.
.
.
Minju dan Chaewon sudah berada didalam kereta milik minju, sudah semestinya minju memandu walaupun Chaewon sudah menawarkan diri. Kening Chaewon berkerut apabila menyedari minju mengambil laluan yang salah.
"Minju sepatutnya awak ambil laluan kanan, ini bukan jalan nak kerestoran"
"Saya tau, hari ni awak tak perlu pergi kerja"
"Huh? Habis tu kita nak pergi mana?"
"Hari ni awak kena teman saya jalan-jalan"
"Jalan-jalan? Ish taknak putar balik! Nak pergi jalan-jalan pergilah dengan namchin awak tu"
"Dia sebok lagipun awak terpaksa ikut saya sebab awak ada hutang dengan saya"
"Hutang apa pulak ni..." Gerutu Chaewon dalam hati.
"Pertama awak perlu minta maaf betul-betul dengan saya, kedua lima hari lalu birthday saya dan awak tak bagi apa-apa pun sebab tu awak kena teman saya pergi shopping belikan hadiah untuk saya" Jelas minju panjang lebar.
Pada akhirnya Chaewon tidak dapat menolak pemintaan minju itu lagipun dia juga turut bosan setelah beberapa hari berkurung dirumah dan sebenarnya dia tidak kisah pun hendak meluangkan masa bersama minju.
Kereta minju berhenti betul-betul dihadapan kedai bunga, minju sangat tertarik melihat bunga-bunga itu lalu memerintahkan Chaewon membeli bunga untuknya. Didalam kereta minju hanya tersenyum kecil memerhati gelagat Chaewon yang bingung hendak memilih bunga, mana tidaknya minju tidak memberitahu bunga apa yang dia inginkan. Lima minit kemudian Chaewon kembali kedalam kereta membawa sebakul bunga ya betul sebakul sebab dia betul-betul tak tahu bunga mana yang minju nak.
"Nah cukup tak?" Tanya Chaewon.
Minju tersenyum memerhati bunga-bunga didalam bakul tersebut, dia mengambil sekuntum bunga rose lalu mencium haruman bunga tersebut.
"Baiklah saya akan maafkan perbuatan awak sebelum ni"
"B-Betulkah?!" Tanya Chaewon dengan mata berbinar dalam hati dia berfikir tidak sia-sia dia memilih banyak bunga.
Minju cuma mengangguk sambil mengambil bakul pada tangan Chaewon lalu meletakkan pada tempat duduk belakang.
"Lepas ni kita nak pergi mana?"
"Makan"
Mendengar perkataan makan mata Chaewon kembali berbinar sebab dia memang dah lapar sekarang ni, tapi bila mereka sampai ditempat makan yang minju maksudkan Chaewon kelihatan tercengang tidak menyangka minju akan membawanya kesitu.
"Jomlah tunggu apalagi?" Minju.
"Makan dekat tepi jalan ni? serius??" Chaewon.
"Apa salahnya makanan dekat sini sedap dan harganya lebih berpatutan takkanlah awak tak pernah makan tempat-tempat macam ni"
"Tak pernah Omma saya tak suruh... lagipun nampak macam tak sedap"
"Awak perlu cuba dulu barulah tahu, dah jom"
Minju memesan tiga cucuk bebola ikan manakala dua lagi dia terus makan ditempat itu, Chaewon buat muka geli dan mengeleng laju apabila minju memberikan bebola ikan padanya.
"Makanlah sedap tau" Pujuk Minju sambil menayangkan bebola ikan tersebut.
Lama-kelamaan Chaewon mula meneguk payah liurnya memerhati minju menikmati makan tersebut, ditambah lagi bau sedap yang berasal dari bebola ikan itu mula mengunggah seleranya.
"Nak?" Sekali lagi minju bertanya sambil meletakkan makan tersebut didepan mulut Chaewon.
Kali ini Chaewon mengangguk sebab dia betul-betul dah lapar.
"Aaa..." Ragu-ragu Chaewon memakan-makanan tersebut.
"I-ini?!"
Tergelak minju melihat mata Chaewon membulat ketika mengunyah makanan tersebut.
"Waarh ini betul-betul sedap~ Ahjuma saya nak satu lagi!"
"Yum Yum~"
Minju hanya memerhati Chaewon menikmati makanannya, dia tidak dapat menahan ketawa apabila melihat cara makan Chaewon yang gelojoh membuatkan tepi bibir dia comot. Minju segera membersihkan sudut bibir Chaewon dengan ibu jarinya, manakala Chaewon kelihatan tidak peduli sebab dia tengah fokus makan bebola ikan dia.
"Kiyeowo..." Ucap minju dalam hati.
Tbc.
😊😊
YOU ARE READING
You and I | 2kim [ ENĐ ]
Fanfiction+ Dia Kim Chaewon lelaki yang cuma menganggap wanita itu cuma mainannya, berjumpa dengan pujaan hatinya dan dikecewakan membuat sikapnya berubah drastik. Selama dua tahun dia menutup pintu hatinya rapat-rapat, menolak setiap perjodohan yang di ranca...