~•°• You & I •°•~
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Akhirnya Minju menceritakan segalanya pada Hyewon dan Yujin, pada awalnya Hyewon marah dia marah pada namja bernama Chaewon itu dia berjanji pada dirinya sendiri bila dia jumpa Chaewon dia akan belasah cukup-cukup. Itu pun kalau Chaewon masih hidup lagi wkwk.
Satu hal lagi yang membuatkan Hyewon tak faham dengan minju, kenapa adiknya mahu menyembunyikan hal tersebut dari omma dan appa mereka? Hyewon sungguh tidak berkenan akan tindakan adiknya itu namun apabila dirayu oleh minju akhirnya Hyewon terpaksa akur. Hubungan Minju dan Yujin bertambah lebih erat minju sudah menganggap Yujin seperti keluarga sendiri, Yujin selalu ada untuk minju bahkan Yujin lebih pandai merawat orang mengandung berbanding Hyewon.
Ditambah lagi Hyewon selalu sebok dengan kerjanya sebagai photographer, ke sana-sini mengikut jadualnya jam kerjanya yang tidak menentu menyebabkan dia tidak dapat fokus menjaga minju.
Sekali-sekala Yujin akan mengantikan Hyewon menemani minju memeriksa kandungannya, dan yang lawaknya jika seseorang bertanya atau makcik-makcik bawang bertanya Yujin tidak segan-segan mengaku dirinya sebagai suami kepada Minju. Yujin anda sungguh baik😭
Hari demi hari berlalu perut Minju kini semakin membesar, sejak usia kandungannya mencecah 6 bulan minju mengambil keputusan menunda seketika sesi pengajiannya kerana dia betul-betul tidak larat mengerjakan Assignment dan beberapa kegiatan kolej yang lain.
Kini usia kandungannya sudah menginjak 9 bulan dia tinggal menunggu masa untuk bersalin sahaja, Hyewon mula bimbang akan hal itu dia sudah menyimpan niat untuk memberitahu appa dan omma mereka dalam masa terdekat!
Hari yang ditunggu-tunggu telah tiba Hyewon bergegas kehospital apabila mendapat panggilan daripada Yujin yang mengatakan minju akan segera melahirkan anak saudaranya. Pada masa itu Hyewon tidak dapat berfikir panjang lagi dia segera menelefon omma dan appanya mengatakan keadaan adiknya sekarang menceritakan dengan teliti apa yang sudah berlaku nasib baiklah tak kena serangan jantung dua orang tau tu.
Waktu menunjukkan 10 : 50 pagi tapi Minju belum juga bersalin hal itu membuatkan Hyewon bimbang, takut, tak sabar, macam-macam perasaan dia rasa macam nak tunggu bini beranak pun ada ketika appa dan ommanya sampai minju sudah selamat melahirkan bayinya. Tapi malang apabila appa dan omma dia sampai Hyewon mendapat satu tumbukan maut dari Encik Kim nasib tak maut dia bosku😂
Hari ini merupakan hari paling bahagia untuk hidup Keluarga Kim, kedua orangtua Hyewon dan minju sangat bahagia menyambut kelahiran cucu pertama mereka. Begitu juga dengan minju dia sendiri tidak sangka sekarang dia sudah menjadi omma dikurniakan bayi namja yang sangat comel dan kacak pada masa yang sama.
Minju menamakan bayinya dengan nama Kim Minwoo, dia sudah memikirkan nama tersebut sejak dia belum melahirkan lagi kerana nama tersebut sangat comel. Selepas menyusukan anaknya minju membelai bayinya dengan penuh kasih sayang tapi dia terhenti seketika apabila menyedari muka bayinya mengingatkan minju pada Chaewon mata bayinya dan bentuk muka mereka sangat serupa! mata minju sedikit berair memikirkan hal itu bukan disebabkan sedih tapi dia agak terharu melihat persamaan itu.
Hyewon sudah menceritakan hal sebenar kepada orangtuanya, kedua orangtua itu menerima semua ini dengan hati terbuka ikhlas bosku.
"Minju bila kamu akan beritahu Chaewon tentang Minwoo? bagaimana pun dia berhak tahu anak dia" Mendengar pertanyaan appanya minju yang sedang menyusukan anaknya bertukar muram tipulah kalau dia tidak merindukan namja itu selama ini dia tidak pernah berdendam pada Chaewon.
"Dia dah bahagia sekarang appa Minju taknak ganggu" Jawap Minju perlahan.
"Minju jangan bercakap macam kamu tahu keadaan dia sekarang" kata Encik kim serius sambil memandang reaksi anaknya, dia dapat menangkap reaksi cemas minju.
"Ke-Kenapa dengan Chaewon appa?" Reaksi Chaewon menunjukan dia masih mengambil berat pada Chaewon itu bermakna dia masih memiliki perasaan sayang pada Chaewon.
"Buat masa sekarang baik kamu jaga Minwoo dahulu bila kamu dah bersedia berjumpa dengan Chaewon jangan teragak-agak untuk berjumpa dengan dia" Minju hanya berdiam dia bingung sekiranya dia perlu mengikut nasihat appanya itu atau tidak yang pasti dia tahu memang sepatutnya dia tidak menyembunyi minwoo dari Chaewon.
Tbc.
Hoho daku update lagi hari ni😁
Okey senanya saya nk ucap terima kasih sangat2 pada reader yg sudi baca cerita ni walaupun tak bagi respon tak apa se Kurang2ny ada jgk yg membaca & menambah view buku ni thanks Guys😘
Sy nk bagitahu ini Chapter terakhir sy akan update utk minggu ni jd klu ada berminat nk baca tunggu minggu depan ok.
Bye😊
YOU ARE READING
You and I | 2kim [ ENĐ ]
Fanfiction+ Dia Kim Chaewon lelaki yang cuma menganggap wanita itu cuma mainannya, berjumpa dengan pujaan hatinya dan dikecewakan membuat sikapnya berubah drastik. Selama dua tahun dia menutup pintu hatinya rapat-rapat, menolak setiap perjodohan yang di ranca...