~•°• You & I •°•~
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
TOK! TOK!
"Saya dah balik~" Ucap Chaewon datar lalu masuk kedalam rumah dia merehatkan diri seketika membaringkan diri pada Sofa.
"Lewatnya kamu balik hari ni, pergi mandi lepas tu kita makan malam sama-sama omma ada masak makanan kegemaran kamu" Tegur Puan Kim omma kepada Chaewon, bibirnya melengkung sedikit keatas membentuk senyuman mendengar ommanya memasakkan makan kegemarannya.
"Banyak kerja tadi omma itu yang lewat tu, Hmm yalah kejap lagi Chae mandi" Jawap Chaewon seraya melonggarkan tali lehernya.
Puan Kim mengangguk seketika kemudian pergi kedapur meninggalkan anaknya berehat disitu.
Seketika fikiran Chaewon melayang memikirkan masa lalunya, dia memejamkan mata mengingat setiap detik-detik bahagia itu...
"Ssamu Oppa bangun dah petang ni tak elok tidur petang-petang macam ni" Telinga Chaewon dapat menangkap suara lembut Minju yeochin kesayangannya tapi dia masih tidak mahu membuka mata.
"Chae.... bangunlah saya ada masak makan kegemaran awak mesti awak sukakan" Chaewon segera membuka matanya perlahan dan terpaku melihat senyuman manis milik Minju menghiasi pandangnya membuatkan dia ikut tersenyum.
"Minmin awak adalah makan kegemaran saya... boleh saya makan awak?" Tanya Chaewon dengan sengihan nakalnya.
"Hah! Ni makan ni!" Ucap Minju geram lalu menghadiahkan cubitan manja pada perut Chaewon.
"Auch! Sakit sayang~" Rengek Chaewon sambil buat muka minta kaki sampaikan Minju tak sampai hati tengok muka seposen Chaewon.
Minju segera mengusap lembut tempat dimana dia mendaratkan Cubitan sebentar tadi, sebenarnya tak sakit mana pun Chaewon yang sengaja buat-buat sakit.
"Mianhae Oppa... sakit lagi tak?" Tanya Minju dengan muka bersalah dia masih lagi mengusap perut Chaewon.
"Sakit... kalau nak sembuh kena cium sini dulu" Chaewon tunjuk bibir dia.
Barulah Minju sedar bahawa Chaewon hanya bergurau.
"Oppa!" Muka geram Minju membuatkan Chaewon ketawa.
Chaewon segera membuka matanya dia tidak mahu terlalu larut memikirkan masa lalu, entah bila dia pun tak sedar manik-manik jernih itu sudah mengalir dikedua pipinya...
"Minmin saya rindukan awak~" Gumam Chaewon perlahan kemudian berlalu naik keatas biliknya untuk membersihkan diri.
.
.
.
.
Setelah membersihkan diri Chaewon segera keruang makan tidak sabar ingin menikmati makanan kegemarannya, ketika dia sampai disitu sudah ada appa dan ommanya juga beberapa pembantu rumah yang sedang membantu ommanya menghidangkan makan malam.
"Hah turun pun kamu Chae, cepat duduk omma kamu masak banyak hari ni" panggil Encik Kim appa kepada Chaewon.
Chaewon segera duduk menghadap appa dan ommanya.
YOU ARE READING
You and I | 2kim [ ENĐ ]
Fanfiction+ Dia Kim Chaewon lelaki yang cuma menganggap wanita itu cuma mainannya, berjumpa dengan pujaan hatinya dan dikecewakan membuat sikapnya berubah drastik. Selama dua tahun dia menutup pintu hatinya rapat-rapat, menolak setiap perjodohan yang di ranca...