Bab30 : Misi Mencari Kebenaran

82 0 5
                                    


~•°• You & •°•~

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Sinaran matahari pagi menembusi ruang bilik membuatkan Chaewon yang masih lena sedikit terusik, beberapa saat kemudian Chaewon membuka perlahan-lahan kelopak matanya lalu bangkit dari tidur. Dia mengeliat seketika sambil mengalihkan kepala menghadap kearah meja yang berada sisi katil ingin memeriksa jam.

08 : 25 AM

"Hah!"

Kelopak mata Chaewon membesar melihat jam diatas meja, dalam hati dia mengerutu kesal akan dirinya sendiri, semalam dia payah untuk melelapkan matanya disebabkan itu dia lewat bangun tanpa membuang waktu lagi dia segera mencapai tuala meloloskan diri kedalam bilik mandi.

Selesai memakai baju kerjanya Chaewon segera turun kebawah mencari kelibat omma dan appanya, seperti biasa sebelum ketempat kerja dia akan memberitahu ommanya dahulu. Tak perlu bersusah payah dia sudah tahu dimana omma didapur... Kelihatan Puan Kim sedang menghidangkan sarapan diatas meja makan berserta Encik Kim yang sebok membaca surat khabar.

"Morning appa omma, Chae pergi kerja dulu dah lewat ni" Puan Kim dan Encik Kim menoleh pada anak mereka.

"Chaewon omma ingatkan kamu tak pergi kerja hari ni Yena ada telefon dia suruh kamu berehat hari ni dia cakap kamu tak sehat"

"Jangan dengar cakap yena tu omma Chae okey"

"Kalau macam tu makanlah dulu" kata Encik Kim sambil meletakkan surat kabarnya.

"Tak apalah appa nanti Chae breakfast dekat office, dah lewat ni Chae pergi dulu" sebelum beredar sempat Chaewon mencium pipi Ibunya.

Sebelum ketempat tujuan utamanya Chaewon mengambil keputusan singgah kepejabatnya dahulu, dari jauh mulut Yena sudah terlopong besar memandang Chaewon berjalan dengan tergesa-gesa kearahnya dia juga kurang pasti dari mana semangat Chaewon berkerja hari ini setelah melalui saat-saat sukar kemarin.

"Yen batalkan semua Appointment aku pagi ni, aku ada hal" Arah Chaewon tegas.

"Emm... sebenarnya aku dah batalkan semuanya aku ingatkan kau tak kerja hari ni, semalam asal telefon mati? puas aku call kau" seketika Chaewon teringat akan telefonnya yang sudah berkecai disudut biliknya.

"Telefon aku rosak, dahlah aku pergi dulu"

"Kejap, kau nak pergi mana?"

"Pejabat Uncle Kim" jawap Chaewon singkat selepas itu dia mula melangkah pergi.

"Chae kejap! aku ada sesuatu nak bagitahu ka..." Panggil Yena tapi Chaewon sudah terlebih dahulu hilang daripada pandangan.

Yena berfikir seketika patutkah dia kejar Chaewon? dia tidak sempat memberitahu Chaewon perkara yang sebenar, semalam dia sudah bertanya dengan Chaeyeon perihal Minju dan sepupunya itu mereka berdua langsung tiada hubungan keluarga lagi pula Yena tertanya-tanya buat apa Chaewon hendak mengunjungi syarikat appa minju? yang dia pasti seminggu yang lalu anak Sulong keluarga Kim itu telah mengambil alih kerja appanya sebagai CEO!

'OH TIDAK!! Jerit yena dalam hati dia sudah dapat menjangka apa yang akan terjadi.

Yena segera mencapai kunci keretanya pada meja lalu bergegas untuk menghalang Chaewon.

Tbc.

Mungkin hari ni dengan besok seja saya bole update jdi sambunganny mungkin minggu depan😬

Apapon jgn lupa vote dan komen k😊

You and I | 2kim [ ENĐ ]Where stories live. Discover now