"SORRY lambat, saya bawa ibu ke klinik tadi. Tiba-tiba dia batuk kuat." Belum sempat lelaki itu membuka mulut, laju saja dia memberitahu. Tercungap-cungap nafasnya saat ini kerana berlari tanpa henti. "Awak tahu tak ibu saya batuk berdarah lagi tadi..."
"Kita putus."
"Hah?" Lelaki yang memandangnya tanpa riak dipandang pelik. Ternganga mulut kecilnya.
"Awak gurau erk? Saya lambat setengah jam je.""Kita putus."
"Kenapa?" soalnya tidak puas hati. Lelaki yang bergelar teman lelakinya dipandang untuk minta penjelasan. "Kita baru sebulan bercinta takkan nak putus? Awak tak sayang saya ke?"
"Hari ni birthday saya. Awak ingat?"
Kepala digaru. Bukan setakat tidak ingat, dia sebenarnya tidak tahu bila tarikh lahir lelaki itu."Jangan cakap nak bagi hadiah, wish pun tak. Masa birthday awak saya bagi awak hadiah...bagi kek." Mengungkit!
"Yalah, salah saya. I'm sorry."
"Tak payah minta maaf. Saya dah bosan dengan awak. Awak tu selalu lebihkan mak awak. Saya ni siapa? Awak memang tak sayang saya."
"Mak sayakan tengah sakit. Kalau bukan saya yang jaga nak harapkan siapa?"
"Alasan! Adik-adik awak ada. Awak sebenarnya nak permainkan saya, kan? Betullah kata orang yang awak terima saya sebab siapa diri saya, kan?"
Bibir gigit.
"Menyesal saya suka orang macam awak. Tak guna!"
Dipandang lelaki yang sudah mengatur langkah itu. Dia mahu pujuk, tapi kakinya berat untuk mengejar.
*Jangan lupa vote⭐️ dan tambah cerita ni dalam reading list anda😘
YOU ARE READING
DIA TIADA DUA
Romance"Kenapa abang sanggup buat saya macam ni? Kenapa abang tipu saya? Abang tak sayang saya, ke?" Teresak-esak Lufiya menangis dalam keadaan duduk. Tidak dihiraukan belakangnya yang sakit akibat terlanggar dinding. "Sayang, abang tak ada niat nak tipu...