Jangan lupa vote⭐️
[🌱🌱🌱]
Tangan Thaqeef yang mahu mengambil biskut di dalam balang yang aku peluk ini aku tempis . Mulut Thaqeef memuncung .
"Sayang sorry laa" pujuknya . Aku hanya menghiraukannya . Scratch book dan pensil aku capai , tiba-tiba dapat idea nak buat baju baru , aku akan pastikan jenama HesyhZek akan dikenali di seluruh dunia dan akan menandingi kedudukan jenama terkenal iaitu Gucci , LV , Dior , Chanel dan lain-lain lagi . Aku boleh .
"Niat I bukan nak takutkan you pon , sayang please laa jangan macam ni" .
Aku bukan main berdebar lagi tengah hari tadi tau , rupa-rupanya dia minta aku balik sebab nak lunch sesama , dia yang masakkan . Aku bukan main cuak tau . Geram je aku dengan dia ni , kalau bagi penampar sedap ni .
"Sayaaaaaaaang" . Thaqeef menggesel-gesel hidungnya pada bahuku . Meremang bulu roma aku .
"I janji I tak buat lagi , huaaa tolonglah jangan macam niiii" rengeknya lagi . Dia mengoncang-gocangkan lenganku . Sabar jelah wahai Fiya .
Aku memandang Thaqeef yang membuat mata comelnya . Ingat cute la tu . "Belikan lifebuoy untuk I dulu" .
"Lifebuoy I dah habis , semuanya sebab you yang pakai macam nak buat pesta sabun , picit sikit je dia dah wangi , ni pakai banyak-banyak" bebelku .
"I pakai sikit jelah" .
"Sikit apanya , sekali keluar dari bilik air semerbak bau , bila I masuk dalam bilik air lepas you mandi , buih-buih dia masih ada" .
"Sebab I wangi memanglah bau dia semerbak" .
"Dulu sebelum kita kahwin I pakai lifebuoy yang botol kecil tu tahan juga 1 bulan , sekarang guna yang botol besar tahan 2 minggu je" . Thaqeef terdiam . Dia tersengih-sengih .
"Esok I beli , I beli yang satu kotak terus , puas?" .
"Selagi takda depan mata , I takkan puas hati" . Thaqeef mencebik . Dia memandangku dengan wajah minta simpati .
"Janganlah merajuk lagi , nanti I tak dapat hug" .
"So?" .
"Tak baik tau buat macamtu dekat suami" .
"So?" .
"I serious tau" .
"So?" .
Thaqeef mendiamkan dirinya lagi . Dia menjelingku . Aku menahan diri dari tergelak , biar dia rasa sikit . Prank orang sangat kan tadi? Ha rasa lah kau .
YOU ARE READING
GARUNK [✔️] | YUTA
Fanfiction𝐄. 𝐇𝐀𝐒𝐘𝐀 𝐙𝐀𝐅𝐈𝐘𝐘𝐀 | 𝐒𝐘. 𝐓𝐇𝐀𝐐𝐄𝐄𝐅 𝐍𝐀𝐔𝐅𝐀𝐋 ‼️BEBAS KONFLIK RUMAH TANGGA‼️ ‼️TIDAK DIANJURKAN UNTUK ORANG SINGLE‼️ ===== Kahwin muda? Diumur 17 tahun? SPM pon belum lepas lagi. Tidak dapat Fiya bayangkan bagaimana hidupnya set...