🌱🌱🌱
BTW guys , jangan lupa singgah baca FF baharu sis . Doyoung as Dayyan , kawan kepada Fiya .
Jangan lupa vote dan komen .
Thank you💚🌱GARUNK : ALEENA X LUTFI🌱
Aleena menapak masuk ke dalam rumah keluarganya , belum sempat dia mahu melabuhkan punggungnya ke atas sofa , tangannya sudah ditarik oleh adiknya , Alisha .
Taman di belakang rumahnya dituju . Aleena memandang adiknya pelik . Takda angin takda ribut takda nak cakap apa-apa terus tarik tangan dia bawa keluar dari rumah .
"Ha Ayong" tegur ayahnya Aleena , Jeneral Arif . Aleena menabik hormat , dia dah terbiasa dengan semua ni . Jumpa dengan ayah atau ibunya pasti akan menabik hormat . Perangai dari kecil dibawa sampai ke besar .
"Nah" , Leftenen Salmiah menghulurkan sebuah kotak baldu bewarna belancan . Aleena meneguk air liurnya .
"Ni lamaran siapa ni?" soal Aleena takut-takut . Dia tak bersedia untuk semua ini .
Lelaki mana yang datang melamarnya? Handsome ke? Kaya ke? Segak tak? Tua ke muda? Anak teruna ke duda? Lelaki tu tak silap rumah kan?
"Dia kata nama dia Ammar" balas Leftenan Salmiah bersama senyuman yang tidak dapat disorokkan . Aleena berubah menjadi patung cendana . Ammar?
Wan Ammar Lutfi kah? Dia sudah tahu yang Lutfi memang sejak dahulu lagi sukakannya tetapi dia buat bodoh sahaja . Dia bukan tak suka cuma dia malas nak bercinta . Dia lebih suka shipkan orang daripada shipkan dirinya sendiri .
Jujur dari hatinya , Lutfi ada rupa , ada harta , ada tarikan dia yang sendiri . Aleena memang jatuh cinta dengan lawak Lutfi . Memandangkan dia dengan Lutfi tu kawan baik dia tak mau la bercinta . Takut juga kalau diorang tiba-tiba putus setengah jalan terus masing-masing jauhkan diri . Kang tak best lagutu .
"Dia datang dengan kawan dia tadi , Qeef dengan Jef? Dia suruh ibu panggil macam tu je nama penuh tak tahu la nama apa" .
"Bukan ke Ammar tu kawan ayong?" soal Alisha . Dia memandang wajah kakaknya untuk mendapatkan jawapan .
YOU ARE READING
GARUNK [✔️] | YUTA
Fanfiction𝐄. 𝐇𝐀𝐒𝐘𝐀 𝐙𝐀𝐅𝐈𝐘𝐘𝐀 | 𝐒𝐘. 𝐓𝐇𝐀𝐐𝐄𝐄𝐅 𝐍𝐀𝐔𝐅𝐀𝐋 ‼️BEBAS KONFLIK RUMAH TANGGA‼️ ‼️TIDAK DIANJURKAN UNTUK ORANG SINGLE‼️ ===== Kahwin muda? Diumur 17 tahun? SPM pon belum lepas lagi. Tidak dapat Fiya bayangkan bagaimana hidupnya set...