Vote and Comment banyak-banyak
[🌱🌱🌱]
Beberapa tahun kemudian ,
Fiya menyemburkan sedikit minyak wangi berjenama PHALONE , buatan Malaysia . Mengeluarkan haruman yang sangat menyegarkan .
Handbag yang berjenama HEYSHZEK dia capai . Support barang sendiri . Iphone yang berada di atas meja solek dia masukkan ke dalam handbagnya .
Kakinya terus melangkah keluar dari master bedroom . Sampai sahaja di tangga , kakinya terhenti melangkah .
"Ya Allah , anakku , kalau jatuh tangga macam mana?" . Thea terhenti dianak tangga ke 8 . Dia tersengih tidak bersalah .
"Walid suruh Thea bersenam , walid cakap pagi-pagi macam ni elok buat senaman , jadi Thea main naik turun tangga jelah" jawab Thea lancar . Fiya tergeleng-geleng , suaminya itu takda kerja lain . Asyik-asyik bersenam , mentang-mentanglah dia tu pemain bola .
"Jangan main dekat tangga lagi ye sayang , nanti jatuh masuk hospital , nak duduk dekat hospital ke?" .
"Tak nak , hospital busuk" .
"Kalau macam tu janji dengan bonda yang Thea takkan main naik turun tangga lagi" .
"Promise" , jari kelingkingnya disambut dengan jari kelingking Fiya . Pipi kanan dan kirinya dicium oleh Fiya sekilas .
"Mana Zayn?" .
"Dekat luar" .
"Aku ada awek 5 orang , kau tu sorang pon tarak" kata Zayn dengan riaknya kepada Haider . Jalan tar di luar pagar rumahnya dijadikan tempat dia untuk melabuhkan punggungnya .
"Aku ada 10 okay! Awek aku semua cun dan gred A , awek kau semua berhingus puiii" balas Haider , ludahnya dibuang ke dalam longkang . Penumbuk ditunjukkan ke arah Zayn .
"Luth ada 15 orang" celah Wan Luth Arian , anak Aleena dan Lutfi .
"Kau budak lagi , diam ah" marah Zayn . Luth memuncung . Budak apanya? Beza setahun je pon . Dia pantang betul dengan Zayn , ada je dia nak gaduh .
"Hafiy takda awek" kata Muhammad Jaad Hafiy Jung yang bersila di sebelah Haider . Dia menunjukkan muka tidak bersalah . Hingusnya disedut .
Perlahan-lahan Zayn dan Haider meletuskan tawa mereka . Kepala Hafiy dicepuk oleh Haider . Bangang punya adik .
"Kau takda awek sebab berhingus , tengok aku , handsome , sado , awek keliling pinggang" balas Zayn . Bicepsnya yang tak serupa biceps ditunjukkan .
"Oi , sila cermin muka kau tu ye dan tolong sedar yang muka kau tu macam kerbau belakang rumah Tok Wan aku" sembur Haider . Hidungnya dicuit menggunakan jari ibunya .
YOU ARE READING
GARUNK [✔️] | YUTA
Fanfiction𝐄. 𝐇𝐀𝐒𝐘𝐀 𝐙𝐀𝐅𝐈𝐘𝐘𝐀 | 𝐒𝐘. 𝐓𝐇𝐀𝐐𝐄𝐄𝐅 𝐍𝐀𝐔𝐅𝐀𝐋 ‼️BEBAS KONFLIK RUMAH TANGGA‼️ ‼️TIDAK DIANJURKAN UNTUK ORANG SINGLE‼️ ===== Kahwin muda? Diumur 17 tahun? SPM pon belum lepas lagi. Tidak dapat Fiya bayangkan bagaimana hidupnya set...