[🌱🌱🌱]
Sebelum kelas pertama bermula , mereka makan malam dulu untuk alas perut , kang lapar menangis pula nanti . Kelas bermula pukul 8:30 sekarang pukul 7:45 , sempat lah tu diorang nak makan . Bukan lama sangat pon makan kecuali si Fasya , makan macam siput babi . Lembab .
"Kita bayar 80 ringgit untuk bas dan resort je ke?" keluh Lutfi . Semua murid merungut , makanan perlu beli guna duit sendiri , diorang hanya sediakan roti dan air sahaja . Tahulah diorang semua anak orang kaya tapi takkanlah itu aje pihak sekolah kasi .
"Nasiblah aku bawa duit lebih , kalau aku tak bawa duit tadi camne? kebulur lah nampaknya" kata Mark pula . Muka masing-masing sudah cemberut . Rasa nak gigit-gigit kepala pengetua .
"Spaghetti aglio olio dua , spaghetti carbonara 1 , chicken grill tiga , mihun tomyam dua kan kat sini?" .
"Ya" jawab Zahra . Waiter itu memindahkan pinggan-pinggan yang berisikan makanan mereka dari atas talam ke atas meja .
"Thank you" ucap Zahra sebaik sahaja waiter itu sudah selesai membuat kerjanya . "Betul kau taknak makan ni?" soal Fiya kepada Fasya dan Aleena . Mereka berdua menganggukkan kepala .
"Tak lapar ke?" soal Athif . Mereka berdua menggeleng . Kalau si Athif ni , tak boleh kalau tak makan . Nanti jadi seperti orang sakit teruk . Lemah tak berdaya .
"Anis , nak aku suapkan kau?" soal Lutfi dengan muka gatalnya .
"Tak hamak aku" balas Aleena selamba . Lutfi mencebik . Ornag handsome nak suap pon taknak . Jual mahal .
"Kau tak bawa duit lebih ke?" soal Fiya sekali lagi . Kalau tak bawa dia boleh belanja , no hal . Duit dia banyak .
"Aku bawa je duit , tapi aku tak rasa nak makan" kata Fasya .
"Nanti kau lapar" .
"Takpa , ni aku minum air milo , kenyang je ni" .
"Yelah" . Akhirnya Fiya mengalah . Malas lah nak paksa-paksa orang ni . Kalau dah tak suka biarkan . Nanti jadi kes gaduh .
♦️♦️♦️♦️
Aku menguap untuk kali ke berapa entah , mengantuk nak tido dicampur dengan mengantuk sebab sekarang merupakan kelas biologi . Perh memang mengantuk dia takleh bawa bincang .
Aku rasa macam nak sangkut mata aku dengan batang mancis supaya tak tertutup . Sebenarnya kelas kitorang dah habis tapi tambah lagi setengah jam oleh kerana ada pelajar yang masuk lewat , cams*al je .
"Fiya" panggil Haelly dengan nada perlahan tetapi aku masih dapat mendengarnya dengan jelas . Aku menaikkan keningku tanda APA? .
"Nak?" , dia mengoffer sebiji gula-gula . Aku mengangguk laju , yes aku perlu makanan di dalam mulut supaya tak mengantuk .
YOU ARE READING
GARUNK [✔️] | YUTA
Fiksi Penggemar𝐄. 𝐇𝐀𝐒𝐘𝐀 𝐙𝐀𝐅𝐈𝐘𝐘𝐀 | 𝐒𝐘. 𝐓𝐇𝐀𝐐𝐄𝐄𝐅 𝐍𝐀𝐔𝐅𝐀𝐋 ‼️BEBAS KONFLIK RUMAH TANGGA‼️ ‼️TIDAK DIANJURKAN UNTUK ORANG SINGLE‼️ ===== Kahwin muda? Diumur 17 tahun? SPM pon belum lepas lagi. Tidak dapat Fiya bayangkan bagaimana hidupnya set...