2011🌱"Sss-saakiit" .
"Diamlah kau" .
"Kau tu dahla bodoh" .
"Badan macam lidi" .
"Kuat lagi guys" .
"Lembik nak mampus" .
"WOI !!" . Fiya mendekati 3 pelajar lelaki separa usianya yang sedang membuli budak lelaki yang digelarkan 'lidi' tadi .
Tapak kasut converse Fiya hinggap dimuka budak lelaki yang bertubuh sedikit gempal . Berkocak pipi budak lelaki itu . "Aakkh" budak gempal itu mengaduh sakit . Pipinya yang terasa kebas disentuh bersama linangan air mata .
"Lari" kata salah seorang dari mereka . Budak bertubuh gempal ditinggalkan di belakang begitu sahaja .
"Aku bagitahu cikgu Mamat yang kau buli budak ni" laung Fiya berani , penumbuknya dikepal geram . Dia menghembus nafas berat apabila ketiga-tiga pelajar itu sudah hilang dari pandangannya .
Fiya mengaturkan langkahnya ke arah budak lidi yang sedang bersandar didinding akibat kesakitan di badannya . Tangannya menyentuh bahu budak lidi itu lembut . "Awak okay tak?" soal Fiya dengan muka risaunya .
"Saya kena buli kot macam mana nak okay" balas budak itu dingin , sempat dia menjeling Fiya . Tersentak Fiya , orang tolong tu mujur .
"Hahaha" Fiya ketawa janggal untuk menghilangkan rasa sakit hatinya . Kalau dia tahu budak ni kerek baik biar mati je .
"Meh saya tolong awak pergi bilik rawatan" Fiya mencapai tangan budak lelaki itu . Teragak-agak dia mahu menyambut huluran tangan Fiya . "Cepatla" . Dia bangun perlahan-lahan .
"Aaakh" perutnya dipegang dek terasa senak .
"Boleh jalan tak?" . Budak lelaki itu menggeleng perlahan . "Erm , biar saya gendong awak" pelawanya . Fiya bercangkung supaya budak lelaki itu dapat naik ke atas belakangnya dengan mudah .
"Larat ke?" .
"Semestinya lah , cepatlah naik nanti awak semakin sakit" . Budak lelaki itu naik ke belakang badan Fiya perlahan-lahan .
"Pegang elok-elok tau" pesan Fiya . Kerek pon kerekla , asalkan dia tolong . Tiba-tiba timbul rasa kasihan .
Fiya memulakan perjalanannya ke bilik rawatan , baginya budak lelaki itu seberat bantal sahaja . Tidak rasa berat sedikit pon . Patutlah pembuli itu menggelarkan dirinya sebagai lidi .
Orang lidi .
"Nama awak apa?" soal Fiya ingin bermesra .
"Yuta" jawab budak lelaki itu .
"Ouh saya Fiya" .
🌱 🌱 🌱
"YUTA" sergah Fiya membuatkan Yuta yang sedang mengelamun jauh terkejut beruk . "Ish ingatkan siapalah tadi" rungut Yuta sambil memegang dadanya dek terkejut .
YOU ARE READING
GARUNK [✔️] | YUTA
Fanfic𝐄. 𝐇𝐀𝐒𝐘𝐀 𝐙𝐀𝐅𝐈𝐘𝐘𝐀 | 𝐒𝐘. 𝐓𝐇𝐀𝐐𝐄𝐄𝐅 𝐍𝐀𝐔𝐅𝐀𝐋 ‼️BEBAS KONFLIK RUMAH TANGGA‼️ ‼️TIDAK DIANJURKAN UNTUK ORANG SINGLE‼️ ===== Kahwin muda? Diumur 17 tahun? SPM pon belum lepas lagi. Tidak dapat Fiya bayangkan bagaimana hidupnya set...