🌱HAELLY x JEFRI🌱
Tingkatan Satu ,
Wan Haellyna menapak masuk ke dalam kelas 1 ILICI . Pelajar di dalam kelas itu mula mengangkat kepala masing-masing memandang Haellyna yang kosong sahaja wajahnya .
Cantik dan manis bertudung . Kulitnya putih dan wajahnya berseri . Pakaian kemas lengkap bernametag dan lencana sekolah berjahit di jilbabnya . Cuma , masalahnya satu , dia pendek .
"Sila memperkenalkan diri kamu" arah Cikgu Tania . Haelly mengangguk kecil . Nafasnya ditarik lalu dihembus perlahan .
"Hai dan assalamualaikum-" .
"Waalaikumussalam" jawab pelajar di dalam kelas 1 ILICI . Bagus ye semuanya . Alhamdulillah .
"Nama saya Wan Haellyna binti Wan Rosli , korang boleh panggil Haelly , saya dari Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Jaafar Wen , selamat berkenalan" . Haelly hanya menunjukkan senyuman segaris .
"Kenapa masuk sekolah ni?" soal salah seorang pelajar lelaki di dalam kelas itu .
"Sebab sekolah kerajaan tak sesuai untuk saya yang bergelar anak Tan Sri" jawab Haelly tenang . Itulah alasan kenapa dia masuk ke sekolah swasta .
Pelajar di dalam kelas itu terdiam . Sekaya-kaya mereka takdelah sampai nak riak macam seorang Haellyna ni . Baru anak Tan Sri dah berlagak , belum anak raja lagi . Tch .
Haelly bergerak ke kerusi kosong . Punggungnya dihenyak tanpa banyak bunyi . Gadis disebelahnya memandang Haelly dengan pandangan susah untuk ditafsir .
"Aku Fasya Dalila" . Haelly memandang huluran tangan Fasya . Lambat-lambat dia menyambut . Dia hanya tersenyum nipis kepada Fasya lalu memandang ke arah Cikgu Tania yang mahu memulakan pembelajarannya .
Muhammad Jefri Jung memekakkan telinganya apabila pelajar perempuan kelas 1 YEUW tidak habis-habis memuji wajahnya yang kacak .
Ya , dia sedar yang dia terlalu kacak . Maklumlah dia berdarah kacukan Melayu dan Korea . Emaknya Melayu manakala ayahnya Korea .
Hari pertama sebagai pelajar baru di sekolah ini sangat merimaskan . Ingatkan pelajar di sekolah swasta tidak seperti pelajar di sekolah kerajaan .
Rupanya sama sahaja .
Dia berpindah masuk ke sekolah swasta oleh kerana sewaktu dia bersekolah di sekolah kerajaan dia selalu di ekori oleh pelajar perempuan walaupun kenal tidak sampai seminggu .
Hari-hari ada sahaja yang kasi dia hadiah . Coklat , teddy bear , keychain murah , bunga plastik dan banyak lagi lah .
Apabila masuk ke sekolah baharu , dia juga mengalami benda yang sama . Hari ini merupakan minggu keduanya .
Walaupun minggu kedua , dia sudah menerima kipas-kipas dengan jumlah yang banyak . Lockernya penuh dengan hadiah dari kipas-kipasnya .
Susah juga jadi orang handsome nampaknya .
YOU ARE READING
GARUNK [✔️] | YUTA
Fanfiction𝐄. 𝐇𝐀𝐒𝐘𝐀 𝐙𝐀𝐅𝐈𝐘𝐘𝐀 | 𝐒𝐘. 𝐓𝐇𝐀𝐐𝐄𝐄𝐅 𝐍𝐀𝐔𝐅𝐀𝐋 ‼️BEBAS KONFLIK RUMAH TANGGA‼️ ‼️TIDAK DIANJURKAN UNTUK ORANG SINGLE‼️ ===== Kahwin muda? Diumur 17 tahun? SPM pon belum lepas lagi. Tidak dapat Fiya bayangkan bagaimana hidupnya set...