Vote ye jangan tak vote✊🏻
[🌱🌱🌱]
Puan Khadijah dan Puan Laily kusyuk bermain dengan cucu-cucu mereka . Tuan Ehsan dan Tuan Khalid hanya memerhati , tak kasi langsung mereka pegang cucu-cucu mereka itu . Nasib badan la .
"Thaqeef tak bangun lagi ke?" soal Fiya .
"Belum" jawab Athif .
Fiya tergelak kecil , dia berasa lawak dan dalam masa yang sama dia berasa kasihan dan bersalah . Disebabkan dia mahu ditemani oleh Thaqeef , suaminya pengsan di hadapan dewan bersalin .
"Apa nama anak kau?" soal Aleena .
"Syarifah Little Fiya binti Syed Thaqeef Naufal , adiknya Syed Little Thaqeef bin Syed Thaqeef Naufal" jawab Fiya dengan muka datar .
Puan Khadijah , Puan Laily , Tuan Ehsan , Tuan Khalid , Haziq , Hanaf dan rakan-rakannya memandang Fiya dengan wajah 'apa benda kau mengaruk ni?' .
Fiya tersengih , "Gurau jelah" . Dia tertawa janggal . Tak payah la tengok dia macam nak telan orang , takut dia . Nak bergurau pon tak oleh .
Pintu wad Fiya dibuka , Thaqeef berlari masuk lalu memeluk tubuh Fiya . Wajah Fiya dicium-cium . Merona merah pipi Fiya .
"Orang ada sayang" tegur Fiya . Perlahan-lahan Thaqeef memandang ke arah sofa yang berkumpulnya keluarganya dan rakan-rakannya .
Thaqeef tersenyum janggal . Dia memandang Fiya semula lalu wajahnya ditekup ke perut Fiya . Malunya , excited sangat dapat jumpa isteri sampai tak tengok kawasan dulu clear ke tidak .
"Mama , rasanya tahun depan mama dapat cucu lagi la" kata Haziq , matanya memandang Fiya dengan senyuman penuh makna .
Fiya membuat sign potong leher . Ingat Fiya kilang buat anak ke apa? Kasi la dia rehat 2 tahun ke 3 tahun ke baru lah timang cahaya mata ketiga .
"Mak-maksud Haziq , cucu dari Angah dengan Medina" , Haziq membetulkan ayatnya . Dia melarikan anak matanya dari memandang Fiya .
"Medina mengandung ke?" soal Puan Laily .
"Eyh tak , Haziq cakap je" .
"Jangan kasi harapan palsu boleh tak? Nasib mama tak meloncat sebab happy tadi tau" marah Puan Khadijah . Haziq dan Hanaf terkekeh-kekeh ketawa . Mama diorang ni kalau happy je nak meloncat , macam takda benda lain . Nasib masih gagah perkasa .
"Pergilah azankan diorang tu" arah Fiya . Thaqeef mengangguk perlahan .
Puan Laily menghulurkan Little Fiya kepada Thaqeef . Terketar-ketar tangan papa muda itu untuk menyambut anak sulongnya . Last dia pegang baby semasa Thalia baru lahir dahulu . Selepas itu dia tak pegang-pegang dah sebab dia hampir jatuhkan Thalia dari dukungan . Bergema rumahnya dengan suara Puan Laily menjerit takut . Fobia rasanya .
YOU ARE READING
GARUNK [✔️] | YUTA
Fanfiction𝐄. 𝐇𝐀𝐒𝐘𝐀 𝐙𝐀𝐅𝐈𝐘𝐘𝐀 | 𝐒𝐘. 𝐓𝐇𝐀𝐐𝐄𝐄𝐅 𝐍𝐀𝐔𝐅𝐀𝐋 ‼️BEBAS KONFLIK RUMAH TANGGA‼️ ‼️TIDAK DIANJURKAN UNTUK ORANG SINGLE‼️ ===== Kahwin muda? Diumur 17 tahun? SPM pon belum lepas lagi. Tidak dapat Fiya bayangkan bagaimana hidupnya set...