𝟚𝟚

860 115 0
                                    

[🌱🌱🌱]

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

[🌱🌱🌱]

Aku melangkah masuk ke dalam bilik Aleena , tubuhnya aku peluk erat . "Cantiknya kawan aku hari ni" pujiku , ikhlas tau . Aleena cantik sangat hari ni , Aleena mengenakan baju kebaya putih bercampur gold dan selendang berjenama HeyshZek yang Mama saya punya jenama , aku sponsor ye ehek . Nak jadi tunang orang dah dia ni ololo .

Lutfi betul-betul sayangkan Aleena , kalau dia tak sayang confirm tak kalut macam ni . Carilah lelaki seperti Lutfi , yang berani jumpa mak bapak kau , dan masuk meminang kau . Kalau setakat bawa pergi keluar hari-hari tapi mak bapak kau pon dia tak nak jumpa baik putus jelah . Tinggalkan je , itu bermakna dia tak serious dalam hubungan and buang masa tau tak buang masa? Done kasi pesanan ringkas .

Tidak lama selepas itu , Zahra dan Fasya sampai . Haelly dengan Jefri akan datang sekali dengan Lutfi , si Thaqeef ni pon nak datang sekali dengan Lutfi juga tapi aku paksa untuk datang ke rumah Aleena terus sebab tak sabar gila nak jumpa si Aleena hiks .

"Waaaah bakal tunang orang , lawa siyh" puji Fasya . Pipi Aleena dicubit-cubit , tangannya ditempis oleh Zahra . "Habislah makeup dia" marah Zahra .

Fasya memuncung , "Aku berdebar ah" adu Aleena . Dadanya disentuh , siapa je tak berdebar kan? Lagi-lagi nak jumpa bakal mak mentua ni auch . Berdebar dia lain macam .

"Tarik nafas , hembus" kataku . Aleena hanya mengikut apa yang aku arahkan . Dia memejam matanya buat seketika . Tapak tangannya aku sentuh , sejuk sangat .

"Ayong , Abang Lutfi dah sampai" kata Alisha , adiknya Aleena .

Aleena memandangku takut . "Lek je lek" kataku .

Tangan Aleena aku pegang untuk dibawa keluar dari bilik , "Bergoyang lutut aku ni" katanya . Kami bertiga tergelak . Dia punya nervous tu lain maciam . Ni baru nak bertunang , tak kahwin lagi .

Kami berempat berjalan untuk ke ruang tamu , Aleena aku pimpin sehingga ke pelamin mini . Belum sempat aku mahu meninggalkannya seorang diri disitu , dia sudah memegang tanganku kemas . "Teman lah aku" pujuknya .

"Tak boleh , kau duduk je kat sini takpa bukan ada orang nak makan kau pon" .

"Aku malu" . Sejak bila dia mengenal erti malu ni? HAHAHAHA , nak je aku gelak kuat-kuat kat sini .

"Kau lek je lek" tangannya aku lepas perlahan-lahan . "Kau pandang lantai je nanti , bayangkan ada Park Seojun kat lantai ha" . Tautan tangan kami terlepas , aku terus beredar dari pelamin Aleena , nanti dia tarik lagi tangan aku memang payah la .

Aleena menunjuk muka tidak puas hatinya , aku menjelirkan lidahku . Malu sangat dia harini , selalunya dia lah yang paling tak tahu malu . Minah kepochi .

Acara pertunangan Aleena dan Lutfi bermula . Sepanjang acara itu berlangsung aku dan Fasya hanya mampu gelak perlahan , lawak tengok muka Aleena nervous , dah macam kucing nak beranak . Haelly entah kemana , kalau ada dia ni confirm teruk lagi kitorang gelak .

GARUNK [✔️] | YUTAWhere stories live. Discover now