[🌱🌱🌱]
Tubuh disandarkan ke kerusi kerjanya . Matanya dikelip-kelipkan . Sisa baki rasa mengantuk masih ada walaupun dah sambung tidur selepas solat subuh tadi . Apa nak jadila dengan mata dia .
Perutnya yang masih tidak menampakkan bentuk dia usap . Dia rasa lawak , betulke dia tengah mengandung? Tak sangka seorang Fiya mengandung , nampaknya dia tak boleh ganas-ganas lah lepasni . Nak sepak Jefri pon tak sampai nanti . Sedih .
Thaqeef masuk ke dalam pejabatnya bersama Taufiq , sepupunya Fiya . Alang-alang dia takda kerja dan nanti nak pergi check up so dia nak lepak-lepak dekat office Fiya sekejap . Office bini dia juga , peduli apa .
"Assalamualaikum budak" ucap Taufiq .
"Waalaikumussalam atuk" . Taufiq berdecit halus . Kalau panggil pak cik dia boleh terima kalau atuk ni , jahat sangat , sakit hatinya .
Dua jejaka itu melabuhkan punggung ke atas kerusi di hadapan meja kerja Fiya . Taufiq meletakkan sebuah kotak dihadapan Fiya .
"Hadiah untukmu dan bakal anakmu" .
"Tapi bukan dari aku la , mama aku yang kasi , aku tolong hantarkan je" sambung Taufiq .
"Thank you laa , susah-susah je" .
"Eleh , padahal dalam hati tu dah tak sabar nak buka" . Fiya menaikkan matanya ke atas , mulutnya dijuihkan ke hadapan , betul sangat la apa yang Taufiq cakap tu .
"Apa cita Qeef? Nanti aku dapat sepupu pemain bola ke macam mana?" soal Taufiq .
"Nampaknya begitula , InshaAllah , ada rezeki boleh la kau minta sign aku" .
"Kalau kau main dengan bagus baru aku nak minta sign" .
"Pape jelah" . Thaqeef menggulingkan matanya keatas .
"Kau ni takda kelas ke apa duk melepak kat sini?" soal Fiya .
"Kau halau aku ke? Mentang-mentang dah jadi boss sombong ey kau" . Taufiq memuncungkan mulutnya . Nak je Fiya tampar-tampar pipinya , mengadalah mamat tua ni .
"Tak halau , aku tanya je" .
"Ada je , pukul 10 nanti aa tapi" .
"Sekarang dah 9.45" kata Thaqeef .
"HA?" , Taufiq bangun dari duduknya . Jam didinding dia pandang . Membulat matanya .
"Nasib kau tanya , aku pergi lu , cau" . Iphone dan kunci keretanya dicapai lalu berlari keluar dari pejabat Fiya . Terkekeh-kekeh Fiya gelakkannya .
Sudahla universitinya berada di Kuala Lumpur , dari sini ke sana mengambil masa 1 jam kalau bawa laju dan jalan tak sesak . Nasib kau lah Engku Taufiq Yusof .
Thaqeef tidak berkelip memandang Fiya . Tengok masa depan . Nasib dah halal , takdelah nak tanggung dosa zina mata .
Fiya terpandang ke arah Thaqeef . Keningnya dinaikkan tanda kenapa . Thaqeef hanya membalas dengan senyuman lebar . Handsomenya suami dia senyum-senyum macamtu .
YOU ARE READING
GARUNK [✔️] | YUTA
Fanfiction𝐄. 𝐇𝐀𝐒𝐘𝐀 𝐙𝐀𝐅𝐈𝐘𝐘𝐀 | 𝐒𝐘. 𝐓𝐇𝐀𝐐𝐄𝐄𝐅 𝐍𝐀𝐔𝐅𝐀𝐋 ‼️BEBAS KONFLIK RUMAH TANGGA‼️ ‼️TIDAK DIANJURKAN UNTUK ORANG SINGLE‼️ ===== Kahwin muda? Diumur 17 tahun? SPM pon belum lepas lagi. Tidak dapat Fiya bayangkan bagaimana hidupnya set...