[🌱🌱🌱]
Harini , awal-awal pagi lagi kitorang dah tercegat dekat pondok pengawal . Thaqeef je yang berdiri , aku hanya goyang kaki dekat meja bulat ditepi pondok pengawal . Mesti meja baru ni , lawa , meja dia berbentuk dan sememangnya seperti buah-buahan . Meja yang aku tengah duduk ni gambar buah watermelon . Aaa cantik , nak minta Thaqeef belikanlah lepastu letak dekat taman rumah , petang-petang bolehlah mengopi .
Kitorang sebenarnya bukan nak jaga pintu pagar tapi nak tunggu kehadiran 3 ekor toyol yang bernama Irfan , Baihaqi , Jamil , alah budak yang buli budak 2Dream tu . Kitorang takleh biarkan diorang macam tu je , nanti semakin menjadi-jadi perangai .
"Wut , Fiyaaaaa" tegur Fasya yang baru sahaja melangkah masuk ke dalam pagar sekolah . Aku melambai-lambai ke arahnya . Punggungnya dilabuhkan sebelahku . "Kau buat apa kat sini?" soal Fasya .
"Tunggu toyol" .
"Toyol? kau biar betul" mukanya berubah cuak . Bangang lah budak ni . "Budak laki yang buli orang tu la" .
"Ooooh , haish terkejut aku tau" , Fasya mengusap dadanya . Aku ketawa mengekek , Fasya ni kalau aku cakap dia lurus bendul kang dia marah , takpe kita abaikan .
"Kau tak-AAAAAAA" dia terjatuh daripada kerusi akibat terkejut mendengar Thaqeef menjerit memanggil Baihaqi dan Jamil . Semakin kuatlah aku ketawakan dia . Aku terpandang muka dia yang terkejut tadi , bapak lawak hahahaaha .
"Kau gelak-gelakkan aku , bunuh kang" kata Fasya dengan muka malunya . Mana tak malu nya , orang ramai kot lalu lalang kat sini , confirm ada yang tertengok kejadian tadi .
Baihaqi dan Jamil berjalan ke arahku , mukaku berubah kepada muka serious . "T-thaqeef minta kitorang ke sini" kata Jamil . Dia menunduk , eyh tau pula kau nak kecut . "Tau tak kesalahan korang apa?" soalku . Mereka berdua hanya diam .
"Mana Irfan?" soalku .
"Tak datang lagi" jawab Baihaqi .
"Aku tanya ni , TAHU TAK KESALAHAN KORANG?!!" , ha kan aku dah nak jadi singa ni . Aku tanya tak reti jawab , santau kang . Diorang berdua menggeleng tanda tidak . "Hotak kaulah tak tahu kesalahan sendiri , eleh" sampuk Fasya , dia memandang wajah dua toyol itu dengan muka menyampah .
"Nak mengaku ke kau nak kena denda lebih daripada yang aku dah rancang?" soalku .
"Kitorang buli Asraf" jawab Jamil .
"Ha tahu nak mengaku" sampuk Fasya lagi . Dua sampul surat yang berada di dalam drawstring bag aku keluarkan . Sampul itu aku letakkan dihadapan mereka berdua . "Surat gantung sekolah , 2 minggu , kuarantin lah kau kat rumah" ujarku .
YOU ARE READING
GARUNK [✔️] | YUTA
Fanfiction𝐄. 𝐇𝐀𝐒𝐘𝐀 𝐙𝐀𝐅𝐈𝐘𝐘𝐀 | 𝐒𝐘. 𝐓𝐇𝐀𝐐𝐄𝐄𝐅 𝐍𝐀𝐔𝐅𝐀𝐋 ‼️BEBAS KONFLIK RUMAH TANGGA‼️ ‼️TIDAK DIANJURKAN UNTUK ORANG SINGLE‼️ ===== Kahwin muda? Diumur 17 tahun? SPM pon belum lepas lagi. Tidak dapat Fiya bayangkan bagaimana hidupnya set...