[🌱🌱🌱]Fiya dan Haelly berjalan beriringan untuk ke wad Kak Linda atau nama sebenarnya Nur Syazlinda Mazlan .
Kak Linda sudah selamat melahirkan bayi lelaki pada pukul 5:49 petang semalam . Nampaknya seorang Aleena akan mula bekerja di Hesyhzek selepas ini .
Pintu wad P23 ditolak oleh Haelly . "Assalamualaikum" ucap Haelly dan Fiya serentak .
"Waalaikumussalam" , balas Kak Linda dan suaminya sambil tersenyum .
Fiya dan Haelly meletakkan hadiah untuk bayi lelaki Kak Linda ke atas meja kaca yang berada tidak jauh dari katil pesakit . Sempatlah diorang shopping sikit-sikit tadi .
Mereka bersalaman dengan Kak Linda . Bayi lelaki yang sedang tidur ditatap . Besar juga tubuhnya , gemuk-gemuk gitchu .
"Abang pergi surau dulu lah" ujar Seif Omran iaitu suami Kak Linda . Dia beredar ke pintu wad .
"Kak , sakit tak beranak?" soal Haelly tiba-tiba . Dia nampak sahaja tenang , dalam hati dia sudah bergelora sebab takut nak beranak . Biasalah tu kan? Anak pertama memang rasa berdebar lain macam .
"Siapa je beranak tak sakit? Sembelit pon dah sakit apetah lagi beranak Haelly oi" .
"Koyak tak?" .
"Koyak juga ler , kena 4 jahitan je , kalau anak besar ni memang koyak and bila meneran tu kita tak boleh angkat punggung kalau tidak lagi parah dia koyak" . Bulu roma Fiya terus menegak . Dia paling pantang kena menjahit bagai ni , dia kena jahit dekat dahi dah melalak bagai nak mati .
Sudahla kena jahit , lepastu kena berpantang . Makan ikan panggang , tak boleh cicah dengan budu , seksa tu memang seksa tapi nak buat macam mana kan? Kau nak anak kena berkorban lah .
Fiya mengusap-usap pipi bayi lelaki itu , licin dan lembut . Nak je dia gigit .
"Kak , ada orang tu macam tak sabar nak anak je" .
"Aku ambil aura ni , ko tunggu jelah berita gembira dari aku" .
"Kau kasi clue ke apa ni?" .
"Clue amende?" .
"Takde apelah" . Kak Linda hanya tersenyum melihat dua orang itu , macam-macam perangai .
_()_
"Esok you start lawan kan?" soal Fiya kepada Thaqeef yang berada di dalam talian . Sedang berface time , nak lepaskan rindu . Pergi tak sampai dua hari dah rindu .
"Iya sayang" .
"Jap ey , I nak hantar satu video dekat you" .
"Okay bebeyh" .
Fiya mencapai iphone 6 yang berada di atas meja kaca sebelah scratch booknya . Aplikasi whatsapp dibuka . Satu video yang berdurasi 1 minit 12 saat dia hantarkan kepada Thaqeef .
YOU ARE READING
GARUNK [✔️] | YUTA
Fanfiction𝐄. 𝐇𝐀𝐒𝐘𝐀 𝐙𝐀𝐅𝐈𝐘𝐘𝐀 | 𝐒𝐘. 𝐓𝐇𝐀𝐐𝐄𝐄𝐅 𝐍𝐀𝐔𝐅𝐀𝐋 ‼️BEBAS KONFLIK RUMAH TANGGA‼️ ‼️TIDAK DIANJURKAN UNTUK ORANG SINGLE‼️ ===== Kahwin muda? Diumur 17 tahun? SPM pon belum lepas lagi. Tidak dapat Fiya bayangkan bagaimana hidupnya set...