[🌱🌱🌱]
Tiba-tiba tanganku ditarik oleh Thaqeef menghadap dirinya yang sedikit tinggi dari aku. Terkejut sis tau , semput . "Why?" soalku .
"Tolong pakaikan tali tie" pintanya sambil tersengih-sengih . Aku memandangnya tajam sebelum tanganku hinggap di tali tie nya . Tangan kekanan kekiri memakaikan tali tie Thaqeef . Jangan kata sis tak pandai , ni Fiya lah , semua boleh buat .
Ceyh riak .
Pinggangku ditarik sehingga merapati tubuhnya , wajah terkejut aku kawal . Aku perasan je yang dia asyik duk tilik muka aku , aku tahu aku cantik . Jap , asal dia jadi camni? . Macam mana lah aku akan bertahan dengan dia kalau hari-hari flirt aku je . Boleh pengsan nanti .
"Lepaslah" kataku lembut . Dia menggelengkan kepalanya manja . Mulutnya dimuncungkan . Aku taknak Thaqeef yang depan mata ni , aku nak Thaqeef yang dekat sekolah , hiks plissshh . Tak sanggup tengok dia menggedik .
"Dah" . Aku menolak dadanya tetapi pelukan di pinggangku semakin dieratkan . "Kita dah lambat nak pergi sekolah laa , jangan buang tebiat sangat" . Nak lari nak lari . Mama help me .
"Kiss dulu" .
"Ha?" . Membulat mataku . Kiss? Apa kiss apa? Please la aku rasa kepala lutut aku dah nak tercabut ni .
"Cepatlaaaaa" rengeknya . Bahunya goyang-goyang seperti kanak-kanak memujuk emaknya untuk membeli mainan .
"You jangan macam-macam ey , tampar kang" .
Cccuuup , pipi kananku dicium oleh Thaqeef . "You taknak bagi takpe , I je bagi dekat You" katanya sebelum beredar ke luar bilik meninggalkan aku yang tercenggang keseorangan . Pipi yang terkena ciuman si suami aku sentuh bersama senyuman . Thaqeef memang gila .
_()_
Keluar sahaja dari perut kereta , aku bergegas untuk ke kelas . Aku dah tak bertugas sebagai penjaga pagar , haha . Aku dengan Thaqeef ada tugas lain , yang jaga pagar budak form lain , kitorang pilih yang garang-garang gitchu . Asal jadi camni? sebab kalau kitorang jaga pagar kitorang akan masuk kelas lewat so cikgu taknak bagi kitorang terlepas kelas ha , kitorang kan nak espiyem .
"Sampai hati tinggal suami kat belakang sorang-sorang" rengek Thaqeef penuh kesal , aaagitchuu . Kakinya dihentak-hentak . Sumpah aku tak boleh tahan gelak .
"Oh lupa HAHAHA" kataku dalam nada menganjing tanpa memandangnya. Kakiku meneruskan perjalanan ke kelas , jahat kan aku? . Well , isteri mithali ni .
Parking dengan kelas aku boleh tahan jauh ah , kenapalah blok Form 5 tak pindah dekat blok Form 3 , kan dekat sikit , ni lenguh kaki aku nak berjalan . Lagi satu , asal lah kelas aku dekat tingkat 3 aduhai , letih aku camni tau . Aaarrgh stres .
Lenganku dirangkul oleh Thaqeef tiba-tiba , aku seperti terkena renjatan elektrik . Tekezot .
"Youuuuu , nanti orang nampak" marahku . Mataku dijenggilkan kepadanya .
YOU ARE READING
GARUNK [✔️] | YUTA
Fanfiction𝐄. 𝐇𝐀𝐒𝐘𝐀 𝐙𝐀𝐅𝐈𝐘𝐘𝐀 | 𝐒𝐘. 𝐓𝐇𝐀𝐐𝐄𝐄𝐅 𝐍𝐀𝐔𝐅𝐀𝐋 ‼️BEBAS KONFLIK RUMAH TANGGA‼️ ‼️TIDAK DIANJURKAN UNTUK ORANG SINGLE‼️ ===== Kahwin muda? Diumur 17 tahun? SPM pon belum lepas lagi. Tidak dapat Fiya bayangkan bagaimana hidupnya set...