𝟜_[𝔸]

1.4K 171 12
                                    

[🌱🌱🌱]

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

[🌱🌱🌱]

Alhamdulillah , harini last day aku mengikuti kursus kahwin . Perh bosan namati kat dalam tu , dahla takda kawan lepastu yang ada kat situ semuanya 20 tahun ke atas . Diorang pandang aku pelik je sebab aku 17 tahun , aku rasa ramai je yang kahwin muda sekarang ni , perluke diorang tengok aku atas bawah? herh . Cucuk mata dengan lidi sate baru tau .

Kelibat seorang Thaqeef yang berjalan ke arahku mula kelihatan . Tadi dia pergi ke tandas , aku tunggu dalam kereta je . Kurta bewarna hitam yang disarungnya menampakkan dia more attractive dari sebelum ni . 100% dia nampak sangat lain . Okay stop puji dia .

"Sorry lambat , ramai sangat tadi" ujarnya sebaik sahaja masuk ke dalam perut kereta . Aku hanya mengangguk perlahan . Sebenarnya aku nak bawa kereta sendiri je , tapi Mama cakap "Naik jelah dengan Thaqeef kan nak pergi satu tempat je , lagipon dengan berkongsi kenderaan kita dapat mengurangkan pencemaran udara , betul tak?" . Aku pon iyakan jelah , kalau aku cakap taknak dia paksa juga . Takpelah Mama , lepasni Asya kena dengar cakap suami pula hiks .

"Lapar tak?"soalnya .
"Laparlah" . Gila tak lapar , makanan dekat kantin tadi semuanya tak kena dengan selera aku . Aku kalau bab makanan memang susah sikit , kalau tak kena selera confirm tak makan , rela berlapar .

"So , nak gi mana?".
"McD?" . Dia mengangguk setuju . Yes . Aku rasakan dah 3 atau 4 bulan ah aku tak makan McD , sebab aku diet haha . Memandangkan sekarang aku dah kurus , marilah kita gemokkan balik . Bengapkan aku? .

_()_

Selepas kitorang makan-makan sampai pecah perut , Umi call suruh pergi butik untuk fitting baju kahwin . Aku baru je happy happy sebab nak balik dah kan?lepastu dapat call dari Umi terus rasa cam 'kenapa aku?' . Sumpah geram gila . Aku nak balik , nak main phone , nak tidur , nak gomol Syuga , hiks letih ah cenni . Kow buwnouh jelarh aque .

"Fiya ni yang Puan Laily pilih , cubalah" salah seorang staff di butik ini mengeluarkan beberapa persalinan baju yang Umi dah pilih . Banyak namampus!! .

"Semua saya kena try ke?" . Dia ketawa kecil , eyh gelakkan kita pula aku cepuk kang . "Taklah , kalau Fiya rasa yang mana berkenan di hati ambillah" . Aku mengouhkan sahaja .

"You nak tema apa?"soalku kepada Thaqeef yang sedang memerhati setiap baju yang tergantung di rak . Dalam butik ni semua baju lawa-lawa , rambang mata jadinya .

"Merah? biru? purple?" . Thaqeef mendekatiku . "Yang ni lawa , try" dia mengangkat baju yang bewarna biru gelap . Aku mengambil baju itu dari tangannya . Bilik persalinan ku tuju . Malas betul nak main tukar-tukar ni .

5 minit kemudian aku keluar dari bilik persalinan , "How?" . Dia menggelengkan kepalanya . "Ketat , ambil yang ni" , baju bewarna baby blue pula dia hulurkan . Baguslah dia minta tukarkan , baju ni memang ketat sampai susah nak bernafas . Baju ni memang kecil atau aku yang gemok? .

_()_

Dah 4 kali aku tukar , satu pon dia tak berkenan ke? "Okay yang ni last , I janji ni yang last" Thaqeef tersengih-sengih . Aku mengambil baju dari tangannya dengan kasar , aku letih sangat ni .

Aku menanggalkan baju yang aku sedang pakai ini dengan kasar , kalau koyak aku bayar ah . Aku geram sangat ni . Baru aku rasa macam mana letihnya orang yang nak kahwin ni , sebelum ni aku gelakkan Haelly , sekarang kena dekat batang hidung aku balik . Si Haelly tu sebelum kahwin dia asyik tak cukup tidur je sebab banyak benda dia nak urus lepastu badan dia asyik letih je . Selepas dia kahwin alhamdulillah keletihan yang selamani dia tanggung akhirnya terbalas dengan kebahagiaan , muka dia semakin bersinar-sinar . Aku tak tahu kenapa dia letih tapi takpelah benda dah lepas .

Setelah selesai menukar baju aku keluar dari bilik persalinan ini buat kali ke 5 . Aku hanya memandang Thaqeef kosong . "Lawa , ambil yang ni satu lepastu yang baju warna putih tu satu lepastu yang baby blue ni satu" .

"Buat apa banyak-banyak?" soalku .
"Outdoor" . Gerahangku terjatuh . Outdoor? homaigad , aku nak lari ah camni . Macam mana aku nak hadap semua ni? Patutke aku bunuh diri?

"Fiya , you okay tak?" dia melambai-lambaikan tangannya dihadapan wajahku . Aku mengangguk lemah .

"Cepat tukar baju , dah nak maghrib ni" katanya . "O-okay" balasku perlahan .

_()_

"Syuuugaaa" aku mendepakan tanganku kepada Syuga . Dia berlari ke arahku . Mukanya aku cium-cium . Rasa letih ni hilang bila dapat peluk dia . Tanpa Syuga aku takleh hidup hiks . "Adik , aku ada suprise untuk kau" jerit Hanaf dari tingkat atas . Aku mendonggakkan kepalaku untuk memandangnya .

"Suprise apa?" .
"Mehla masuk bilik aku" . Aku lekas mengatur langkah untuk ke biliknya , uuu jarang dia nak buat suprise untuk aku .

"Mana suprise dia?" soalku teruja .
"Pergilah tengok dalam tandas" jawabnya . Aku mula rasa tak sedap hati . Takkan dia letak hadiah dalam tandas kot . Aku mengaturkan langkah ke dalam tandas yang berada di dalam biliknya .

"Takda apa pon?" , dia mengeluh . Hanaf bangun dari pembaringannya . "Kau tengok dalam mangkuk jamban tu" . Dahiku berkerut .

"Tengoklah dulu hish" dia menolak-nolak badanku supaya masuk ke dalam tandas . Aku melihat dengan berhati-hati ke dalam mangkuk tandas . Ada tahi euuu!!!

"Kau nak bagi tahi kau dekat aku ke?" . Mukanya ku pandang dengan menyampah .

"Tu tahi Syuga , suprisenya Syuga dah pandai berak dalam jamban , tak sia-sia kau ajar dia selama ni" dia memberi tepukan yang gemuruh kepadaku . Butang flush aku tekan .

"Aku tak flush sebab nak tunjuk tahi Syuga dekat kau , so camne?apa kata-kata kau?" . Aku keluar dari tandas . Mukanya aku pandang kosong .

"Terima kasih atas kejutan kau" .
"My pleasure , auuu" dia memelukku erat . Hilang marah aku dekat dia .

"AAAAAAA MY ADIKS" aku dan Hanaf dipeluk erat oleh Engku Haziq Zayyan , abang ketiga aku . Dia ni jenis lembut-lembut gitu , tapi pakaian dia alhamdulillah macam jantan . Maybe dia jadi lembut sebab masa Mama mengandungkan dia Mama nak anak perempuan so beginilah jadinya .

"Asya OMG , ko nak kahwin? aaaa , tak sangka ko gatal macam kawan kau tu nama ape? heli? hela? what ever lah , uiiish kau" dia menolak-nolak bahuku menggunakan hujung jarinya . Sabar jelah dapat abang camni .

"Aku tak camtu ey , Mama yang suruh aku kahwin so aku ikut jelah" . Tanganku disilangkan kedada .

"What? hawat?" soalnya .

"Mana la Asya tahu , pergilah tanya Mama" . Aku mengeluh kasar .

"Ntah-ntah , si Thaqeef tu nak kahwin dengan kau sebab Abi dia suruh , bila dia kahwin dia dapat syarikat bapak dia kan?" kata Hanaf . Kepalanya ditunjal oleh Haziq .

"Ko ingat ni drama ke?" .

"Ko ingat drama je ke boleh camtu?in real life pon boleh okay" .

"Husnudzon jelah , kalau kau cakap camtu nanti timbul fitnah" .

"Aku teka je" .

Sedang mereka berperang mulut , aku membuat keputusan untuk beredar dari bilik Hanaf , malas nak dengar diorang bergaduh , seteghes .


































You guys jangan lupa VOTE and COMMENT yee . Sis hargai kerajinan anda , muah💚 .

GARUNK [✔️] | YUTAWhere stories live. Discover now