[🌱🌱🌱]
"Syuugaa , meh makan" laung Fiya . Bekas makanan yang berisikan whiskas kucing dikocok-kocok sehingga mengeluarkan bunyi untuk menarik perhatian si kucing gatal itu .
"SYUUGAA" .
"MIN SYUUUGAAAA" .
"MIN SYUUUGAA BIN MIN YOONGI" .
Krik krik , tiada langsung kelibat Syuga melintasinya . Fiya mengeluh kecil . Whiskas dituang sedikit ke dalam mangkuk khas untuk Syuga .
Langkah diatur ke luar rumah , matanya terpandang ke arah Syuga yang tercokoh dihadapan kolam renang .
"Aigoo Syuga" keluh Fiya . Punggungnya dilabuhkan sebelah Syuga . Kepala Syuga diusap manja .
"Nah makan" . Mangkuk itu disua kehadapan Syuga .
"Makanlah" . Mangkuk berisikan whiskas dipandang kosong oleh Syuga .
"Nanti Thaqeef balik lah , baik kau makan" .
"Meow?" soal Syuga .
"Ye , kalau kau tak makan Thaqeef takkan balik" .
"Meow" . Syuga terus menjamah whiskasnya . Fiya menggulingkan matanya ke atas . "Kucing gedik" omel hati Fiya .
Sebut nama Thaqeef terus jalan . Syuga berapa hari dah tak makan sejak Thaqeef pergi China . Kalau nak pujuk dia makan kena tunjuk gambar Thaqeef tak pon VC dengan Thaqeef baru dia nak makan . Gatal . Tak padan badan berbulu .
Fiya meninggalkan Syuga disitu , dia perlu ke sekolah untuk mengambil Thaqeef di sana . Katanya pasukan bola sekolahnya dalam perjalanan ke sekolah . Pagi tadi baru je sampai di Malaysia .
Telefonnya yang berbunyi diangkat .
"Lo?" .
"Kau dah siap lom?" .
"Dah , ko ni rumah sebelah je pon nak call bagai" .
"Aku tengah berak ni tak sempat nak usha kau" .
"Amende ko ni , tengah berak pon nak call aku" .
"Sembelit beb" .
"Iiish pengotor dah ah bye" . Panggilan daripada Aleena terus diputuskan . Potpetpotpet mulut Fiya mengutuk Aleena . Ada ke patut tengah berak duk call orang , kan tak pasal-pasal dengar tahi jatuh ha hilang selera seorang Fiya .
Kunci kereta dicapai untuk memanaskan enjin , belum sempat Fiya mahu membuka pintu rumahnya sudah dibuka dari luar .
Kelibat Thariq dengan wajah masam bersama sebuah luggage masuk ke dalam rumahnya . Terkelip-kelip Fiya memandang Thariq .
"Tumpang tidur kat sini kak" kata Thariq .
"Kenapa pulak ni?" .
"Merajuk dengan umi" .
YOU ARE READING
GARUNK [✔️] | YUTA
أدب الهواة𝐄. 𝐇𝐀𝐒𝐘𝐀 𝐙𝐀𝐅𝐈𝐘𝐘𝐀 | 𝐒𝐘. 𝐓𝐇𝐀𝐐𝐄𝐄𝐅 𝐍𝐀𝐔𝐅𝐀𝐋 ‼️BEBAS KONFLIK RUMAH TANGGA‼️ ‼️TIDAK DIANJURKAN UNTUK ORANG SINGLE‼️ ===== Kahwin muda? Diumur 17 tahun? SPM pon belum lepas lagi. Tidak dapat Fiya bayangkan bagaimana hidupnya set...