Part 26

416 52 28
                                    

Mereka berlima duduk diam di sofa ruang tamu, sesekali saling melirik. Wajah memasing pucat.

Mereka baru sahaja sampai di rumah tepat pukul 5 pagi selepas melarikan dari flat berhantu itu.

Ingatan mereka masih jelas akan apa yang mereka lihat sebentar tadi.

Si nenek melirik ke kanan dan kirinya, melihat keempat jejaka muda yang duduk di sampingnya.

"Ehem, korang dah kenapa senyap? Dah bisu?"

Keempat lelaki itu menoleh pada si nenek muda itu. Rengusan terluah daripada mulut mereka.

Belum sempat salah satu daripada mereka berempat bersuara, nenek Sya dah buka suara.

"Sebelum tu, kenapa aku bau sesuatu eh? Bau macam air kencing?"

"Err.."

Semua mata menoleh ke arah Gempa, lalu turun ke seluar lelaki itu. Terlihat jelas seluar Gempa basah, mereka kembali menatap wajah Gempa yang berbahang.

"Kau kencing dalam seluar Gem?"

Wajah Gempa makin memerah.

"A..aku tak sengaja. Tadi aku terlalu takut, sampaikan terkencing dalam seluar hehehe.."

Gempa tersengih polos, mereka mampu tercenggang dengan kenaifan Gempa. Tidak lama kemudian, tawa mereka terhambur. Yang paling kuat adalah Frostfire.

"Pftt! Hahaha! Dasar! Kau kencing dalam seluar? Ahahahah, tak jantan betul. Hahahaha, Gempa yang tak malu!"

Pang!! Kepala Frostfire dilempang Gempa kerana marah campur malu.

"Aduh! Sakitlah bambam!" Frostfire mengaduh sakit.

Gempa menjelirkan lidah. "Dasar dispenser Frostfire stupid!"

"Kau!! Cari gaduh ke ha?"

Frostfire membuka kekuda, bersiap sedia mahu menyerang Gempa.

"Ingat aku takut? Dispenser?"

"Kau!!"

Gempa terus melarikan diri apabila melihat Frostfire mahu menyerangnya. Dia masuk ke dalam tandas yang ada di bahagian dapur dan menguncikan pintu dari dalam.

"Tch! Siaplah kau gemuk." omel Frostfire kesal sambil menendang pintu tandas tersebut.

"Aku tak gemuklah!!! Aku ni gojes tau!"

"Gojes apanya? Pipi pun gemuk macam kuih mochi, kau buat penyimpanan lemak ke?"

Kepala Gempa sudah berasap mendengarkan ejekan sinis daripada Frostfire. Lelaki itu sudah rasmi menjadi musuhnya selepas Supra si mamat perasan dan dingin itu.

"Dispenser!!"

Glasier, Supra dan nenek yang melihat pergaduhan kanak-kanak ribena itu hanya mampu menghilangkan kepala.

"Sudahlah tu oit! Macam budak-budak aje korang ni. Kau pun Frostfire tak baik tau panggil dia gemuk, tapi aku setuju juga. Dia memang gemuk."

"Hoyy!!"

•••••

Solar baru sahaja selesai solat subuh, dia keluar dari bilik. Saudaranya yang lain masih membersihkan diri dan juga solat.

Solar menuju ke dapur, sekadar mahu mengambil segelas coklat panas.

"Nak masak apa? Dahlah aku kurang sikit dalam bab memasak. Yang lain pun sama, yang pandainya cuma Gempa aje. Haishh, mana Gemgem sebenarnya? Apa dia okey? Aku risaulah."

Keluhan keluar dari belah bibir Solar. Walaupun dia nampak seakan tidak peduli dengan orang lain, akan tetapi dalamannya tidak dapat berbohong. Dia amat risau, apatah lagi orang itu adalah saudarannya sendiri.

"Hm, buat roti celup telur ajelah. Sedap juga daripada tak ada makanan."

Solar mengambil bahan yang mahu dia buat sarapan pagi untuk para saudaranya.

Sedang sibuk dia membuat sarapan pagi, telinga menangkap suara derapan kaki mendekatinya.

"Korang dah siap solat? Aku nak masak sikit, korang tunggu lah."

Tanpa menoleh ke belakang, Solar bersuara. Roti yang di celup telur, dia masukkan ke dalam minyak yang sudah panas itu.

Dahi Solar berkerut apabila tiada sahutan daripada orang tersebut. Malah hanya terdengar suara kaki yang bergerak ke sana dan ke mari.

Kerana panasaran, dia membalikkan tubuhnya.

Kosong. Hanya ruangan dapur yang kosong, tiada orang melainkan dia sahaja.

Liur ditelan.

"A..apa tak ada? Tadi bukan ke aku dengar suara kaki orang? Ke perasaan aku aje? Hm, lantaklah..."

Di saat dia berbalik, dia dikejutkan oleh satu makhluk hodoh sedang bercangkung di tepi kuali dan benda itu sedang menggoreng roti telurnya.

"Kau.."

Kepala makhluk itu berkalih pada Solar bahkan aktivitinya terhenti. Dia tersenyum pada Solar.

Bulat mata Solar tatkala melihat wajah huduh itu. Rambut yang berserabai seperti sarang burung, muka pula bernanah dan berkudis. Matanya merah darah.

"Gila buruknya muka kau! Kalah nenek sya. Aku ada jual barang kosmetik kau nak? Dijamin menjadi 100%."

Makhluk itu, menatap Solar tajam.

Aku tak pakai barang kosmetik, aku suka ambil wudhu, biar bersih dan suci alami.

Deep! Ucapan itu, mampu buat Solar insaf untuk sesaat.

"Tapi, asal muka kau still hodoh?"

Hodoh tak semestinya hodoh dalaman, cantik tak semestinya cantik dalaman kan?

Double kill!

Sehodoh-hodoh aku, hodoh lagi nenek sya. Aku ni hantu gojes yang baik hati tau.

Solar bercekak pinggang, muak pula dianya. Tadi sibuk bagi ayat pedih hati, ni nak sakit hati orang pula.

"Kau ni, tak padan huduh an? Hina pula orang eh? Kau nak nenek pendek tu tendang kau keluar dari cerita ni? Dasar hantu tak sedar diri. Muka dah hodoh, apatah dalaman kau kan? Sama-sama hodoh."

Apa?! Kau tak guna!!

Solar menekup kedua telinganya apabila makhluk itu berteriak begitu nyaring. Boleh tuli dia dibuatnya nanti.

"Apa betul kan? Dah pergi kau dari sini, sebelum aku mandikan kau dengan surah Al-Kursi."

Dasar bensin elu!

Zap!

Solar hela nafas lega sebaik sahaja makhluk itu pergi, namun..

"Apa dia kata tadi? Bensin?! Dasar bego punya hantu! Ishh!"

"Kau dah kenapa bercakap sesorang? Gila?"

"Opocot Solar bensin!" Latah Solar apabila disergah tiba-tiba daripada belakang.

"Pfft! Mengaku juga kau kan? Yang kau tu bensin ori yang tak guna."

Wajah Solar mencuka apabila para saudaranya mentertawakan dirinya yang malang itu. Semua kerana hantu hodoh itu!

"Kalau aku jumpa kau lagi, aku bunuh kau hantu." bisik Solar sebal.











Tbc...

Bye 2020 dan hai 2021!

Happy new year guys! Semoga azam korang yang belum tertunai tahun lepas akan tercapai!

Floor 88 [SU]Where stories live. Discover now