Part 3

783 86 42
                                    

"Korang tak rasa ke yang flat ni sedikit seram."

Ketujuh pemuda lelaki, melangkah keluar dari bilik dengan berpakaian lengkap. Baju kerja namun Ice dikecualikan. Mereka menuju ke dapur kerana Gempa sudah memanggil mereka untuk sarapan pagi bersama.

"Aku pun rasa macam tu juga, kelmarin masa kita masuk pindah kat sini tak ada satu orang pun tegur kita. Diorang hanya buat hal memasing. Selalunya kalau ada tetangga baru pasti diorang bertegur sapa kan? Ni tak langsung. Aneh."

"Betul tu. Patut ke kita cari tau pasal flat ni? Ohya Boiboy, time kau dengan Gemgem cari flat ni korang dah tau selok belok mengenai flat ni?"

Boboiboy menggeleng kepala. "Tak. Kitorang tak terfikir pasal tu."

Mereka menepuk dahi, sampai sahaja diruang dapur mereka mengambil tempat duduk masing-masing.

"Jemput makan."

Mereka semua mulai makan sarapan pagi.

"Macam mana malam pertama korang tidur kat sini okey ke? Selesa ke?" Gempa buka suara, biarpun suaranya terdengar serak basah.

Thorn yang kebetulan duduk di samping Gempa, dapat dia rasai bahang hawa panas yang berasal daripada tubuh Gempa.

"Okey aje." sahut yang lain, terkecuali Thorn. Kerana dia masih setia memerhatikan abang kembarnya itu. Dia perasan yang wajah Gempa tampak memerah dan pucat.

"Gem, kau okey? Muka kau pucat, kau demam ke?" pertanyaan Thorn yang tiba-tiba itu, membuatkan para kembarnya yang lain mengangkat wajah. Semua pakat pandang Gempa. Apa yang diperkatakan oleh Thorn adalah benar. Wajah Gempa amat pucat.

"Aku baru perasan, kau okey?"

Gempa tersenyum, dia membalas pandangan risau para kembarnya.

"Aku okey aje, cuma tak dapat tido semalam. Korang pun tau kan, aku sedikit payah kalau tido di tempat baru. Perlu waktu untuk suaikan diri. Korang jangan risau." kata Gempa. Dia tidak memberitahu hal semalam pada mereka kerana dia tidak mahu yang lain berasa takut nanti. Jadi biarlah dia seorang sahaja yang tahu, apa yang dia jumpa semalam.

"Betul ni? Ice, Hali korang kan doktor. Try lah check Gempa tu, takut melarat ke apa ke?"

Solar menyela, meminta bantuan pada Halilintar dan Ice yang sememang berjabat sebagai doktor itu. Manakala dia pula hanyalah seorang model di sebuah syarikat yang terkenal. Ehem..

"Nanti kitorang check. Tapi asal kau pakai baju santai aje Ice? Tak kerja?"

"Kerja, tapi harini shif aku malam. So, mungkin aku boleh rawat Gempa semasa korang tak ada. Gempa kau tak masuk kerja kan? Jangan cakap kau.."

Ayat Ice dipintas Gempa. "Aku kena pergi ker.."

"Tak ada. Kau duduk aje kat rumah. Tiada bantahan. Kerja tu tolak tepi dahulu, kesihatan tu lebih penting tau."

Mereka semua mula buka kaunter membebel seperti pakcik-pakcik bawang. Gempa hanya mampu tersenyum lemah.

"Fine. Aku duduk rumah."

•••••

"Ugh.."

Gempa tersedar daripada tidur lenanya. Dia sempat tertidur kerana efek ubat demam yang Ice berikan padanya. Dia menyentuh dahinya, sudah tiada haba panas.

Perlahan-lahan Gempa bangun daripada pembaringannya. Kepalanya dipicit apabila rasa pusing mendera dirinya. Dia mencari kelibat adik kembarnya. Siapa lagi kalau bukan Ice.

Dia melihat ke arah katil Ice, lelaki itu tampaknya sedang tidur sambil memeluk patung pausnya. Kebetulan pula katil Ice berada di sebelahnya dan Ice tidur mengiring menghadap ke arahnya.

Namun yang membuat Gempa terdiam membeku adalah patung paus yang Ice peluk itu bukanlah patung 'pausnya' melainkan benda putih yang berbungkus atau kata lain ialah pocong. Raut wajah yang hodoh dan benda itu menghadap ke arahnya dengan sebuah senyuman yang amat manis.

Gempa kaget dan dia memalingkan wajah ke arah lain kerana tidak kuat untuk melihat hal itu, namun di saat dia berbalik wajahnya bertembung dengan seraut wajah hodoh yang berada amat dekat dengannya.

"Arrghh!!!! Ya Allah, anak sapa hodoh sangat ni?!"

Bruk!

Gempa rebah tidak sedarkan diri setelah itu.

Ice tersedar daripada tidurnya apabila mendengar jeritan Gempa yang membingitkan telinga itu.

"Gempa!"

Ice melompat bangun, dia bergerak ke katil Gempa. Pipi abang kembarnya ditepuk perlahan, agar dengan hal itu dapat menyedarkan Gempa namun hasilnya sia-sia.

Dia memeriksa dahi Gempa. Hawa panas menyapa tangannya membuatkan dia terpaksa menjauhkan tangannya.

"Panasnya, lebih panas daripada tadi. Sebenarnya apa yang buat dia menjerit tadi?"

Ice berlari keluar bilik mahu menuju ke dapur, sekadar mahu mengambil bahan yang boleh meredakan demam Gempa.














Tbc...

Floor 88 [SU]Where stories live. Discover now