Part 2

833 84 20
                                    

"Flat ni mempunyai lapan katil, cukup untuk kita yang berlapan ni. So, bilik kita macam dorm, tandas dan bilik mandi berasingan tau. Dah, jom kita kemas apa yang patut."

Mereka semua mengemas pakaian memasing ke dalam almari baju. Tempat tidur sudah dipilih oleh mereka berlapan.

Sibuk dan leka mereka dalam mengemas.

Gempa yang sudah selesai, berdiri di tepi katilnya yang bersebelah dengan tingkap bilik. Dia memandang ke luar tingkap flat itu. Jam ditangan ditilik.

"Hm, dah masuk maghrib ni. Kenapa kat sini tak bunyi azan ya? Masjid or surau tak ada ke kat kawasan ni? Rasanya ada kut masa kitorang ke sini. Hairan." gumam Gempa.

Dia merangkak naik atas katil, pintu tingkap dikatup kerana hari sudah gelap dan sudah masuk waktu maghrib. Namun, perbuatannya terhenti. Tangannya tiba-tiba mengeras. Anak matanya melihat kelibat putih yang lalu di depan matanya dengan begitu laju.

"Apa tu? Berlari-lari time maghrib, tak elok kut.." omel Gempa.

"Oit Gem, kau tengah buat apa tu? Jom solat berjemaah."

"Okey jap!!"

"Hari ni, Blaze jadi imamnya. Cepat!"

"Yelah!"

Gempa menggeleng kecil melihat kelakuan para kembarnya. Dia turun dari katil setelah menutup tingkap bilik.

Baru beberapa langkah, kakinya terhenti. Otaknya tiba-tiba sahaja teringat akan sesuatu.

"Ni kan tingkat 88 dan belakang bangunan ni mana ada koridor dah, dia cuma ada di bahagian depan dan tengah sahaja, belakang sana kan hutan.. Habistu apa yang aku nampak tadi?"

Kepala Gempa berpaling ke belakang, untuk melihat ke arah tingkap yang tidak ditutup oleh langsir. Wajahnya pucat tatkala mendapati ada satu  wajah yang samar-samar kelihatannya sedang menempel di permukaan tingkap dan matanya berwarna hitam pekat. Renungan itu terarah padanya.

Puk!

"Arghhh!!" Gempa melompat kaget, apabila bahunya di tepuk tiba-tiba dari belakang. Degupan jantung memompa dengan laju.

Gempa berbalik dengan cepat dan dia mendapati trio cool iaitu Halilintar, Ice dan Solar memandang ke arahnya dengan wajah bingung.

"Kau okey tak Gem? Pucat semacam aje muka kau? Kau tak sihat ke?" soal mereka risau. Macam mana tidak risau, wajah kembar mereka itu pucat bagaikan tidak berdarah sahaja.

Gempa telan liur, dia beristighfar di dalam hati sebanyak mungkin. Dia mengerling ke arah tingkap, wajah yang dia nampak tadi sudah hilang entah ke mana.

"A..aku okey, jom solat." kata Gempa dengan suara tergagap. Tenaga dan semangatnya seolah hilang begitu sahaja selepas melihat hal yang tidak pernah dia lihat sebelum ini.

"Betul ni?" tanya Solar. Gempa mengangguk laju, tidak mahu Solar mencemaskan dirinya.

"Okeylah kalau macam tu, jom lah. Nanti kalau kau rasa tak sedap badan, telan lah ubat eh?"

Sekali lagi Gempa mengangguk dengan nasihat Halilintar.

"Jom solat! Korang buat apa lagi tu woi!! Cepatlah!"

"Sabarlah! Kitorang datang lah ni!"














Tbc...

Floor 88 [SU]Where stories live. Discover now