Part 24

421 57 14
                                    

"Hareudang, hareudang, hareudang. Panas, panas, panas."

Taufan melumur rambutnya dengan shampoo. Mulutnya asyik melantunkan nyanyian. Bergema suaranya di segenap ruangan tandas itu.

Kembarnya yang lain sedang buat hal masing-masing di dalam bilik. Bahkan tidak lupa mencari keberadaan Gempa yang sudah dua hari menghilang bagaikan ditelan bumi itu.

"I can't stop me, can't stop me.. This red red red line in front of me.."

Taufan menyudahi acara mandiannya, pili paip dikatup. Tuala biru tua yang dia sidai di tempat penyidai yang tersedia di tandas itu diraih.

"Fuh! Segar rasanya.."

Pintu tandas di buka lalu dia melangkah keluar dari tandas. Daun pintu tandas dikatup begitu juga dengan lampu.

Baru sahaja dia mahu berganjak pergi, telinganya menangkap satu suara yang menyanyi.

Hareudang, hareudang, hareudang, panas, panas, panas...

Taufan berbalik apabila suara halus yang kedengaran mengerikan itu berasal daripada tandas.

Gulp...

Bahkan dia dapat mendengar suara pancuran air yang menimpa lantai tandas. Seperti ada orang di dalam sana walaupun Taufan tahu, di dalam sana tiada orang melainkan dia yang baru sahaja selesai mandi.

Panas, panas, panas.. Jiwa ku panas ingin bersanding denganmu.. Jiwa bersama jiwa..

Hati bersama hati...

Darah bersama darah...

Darah yang masih panas, panas...

Taufan telan liur. Dan satu ingatan tentang nasihat Gempa bermain dimindanya.

"Jangan sesekali bernyanyi ketika sedang mandi kerana di dalam tandas itu adalah tempat 'dia' melepak."

Sepertinya dia harus mendengar kata-kata Gempa selepas ini. Kerana ucapan Gempa kadang-kadang ada benarnya juga, kini dia sendiri yang menghadapinya.

Cleak..

Dan detik itu, Taufan berjanji pada dirinya sendiri untuk tidak bernyanyi di dalam tandas lagi.

Taufan menekup mulutnya dan terus melarikan diri daripada hadapan tandas apabila melihat 'sesuatu' yang keluar merangkak dari tandas. Dan yang lebih mengejutkan Taufan lagi 'benda' itu menyerupainya.

Hehehe... Kenapa pergi, tak nak berduet dengan saya ke?

"Pergi matilah makhluk hodoh!!"








Tbc...

Floor 88 [SU]Where stories live. Discover now