Part 11

576 73 11
                                    

Keesokkan harinya...

"Doktor Halilintar!"

Halilintar yang sedang bercakap dengan seorang jururawat lelaki di kaunter, terus menolehkan wajahnya apabila namanya diseru.

"Ya?"

Seorang jururawat perempuan, termengah-mengah kerana kekurangan oskigen di sebabkan berlari sebentar tadi.

"Pihak hospital minta doktor Halilintar untuk buat chek up ke atas mayat yang terlibat dalam kemalangan malam semalam."

Wajah Halilintar berubah serius.

"Okey, mayat tu ada di mana sekarang?"

"Di bilik mayat, kat sana sudah ada detektif dan beberapa pihak polis. Doktor di minta ke sana sekarang."

"Baiklah, saya ke sana sekarang."

•••••

"Saya mendapati, mangsa ni seorang yang pemabuk. Kemungkinan, dia bawa kereta dalam keadaan mabuk tambahan lagi pada waktu malam."

Halilintar mengerling pada detektif yang bersama dua orang anggota polis.

"Ya, yang itu kami tau doktor. Sila periksa lebih lanjut mangsa ni. Kami ke luar sekejap, kami ingin hubungi keluarga mangsa."

Kepala Halilintar terangguk perlahan dan menghantar kepergian ketiga lelaki itu dengan hujung mata. Lalu dia mula menjalankan tugasnya. Dia memeriksa dengan penuh teliti pada mangsa itu, sesekali dia akan mencatat pada buku fail milik mangsa itu.

"Okey, selesai. Sekarang aku kena kasi ni pada pihak polis dan minta orang makmal untuk test uji darah mangsa."

Halilintar menutup wajah mayat lelaki itu dengan kain putih. Buku fail dibelek sejenak sebelum ditutup.

Dia angkat kaki untuk beredar dari bilik mayat itu, entahlah tubuhnya rasa seram sejuk sahaja. Namun, dia abaikan sahaja perasaannya itu.

Wushh!

Langkah Halilintar terhenti sebaik sahaja angin kencang menghembus padanya. Sampaikan fail yang dia pegang, terbelanting ke dinding.

Graak..

Halilintar berbalik. Bulat matanya tatkala melihat pemandangan di hadapannya. Katil-katil mayat yang terkumpul dan tersusun cantik mengikuti angka di situ untuk dibedah siasat, kini kedudukan katil itu sudah berubah menjadi kucai kacir.

Hali...

Halilintar diamkan diri, dia tahu dia tidak berkeseorangan di dalam sana. Ada benda lain yang turut berada di dalam bilik itu.

"Tch! Jangan kacau akulah! Pergi ke asal usul kau! Aku tak takut, aku hanya takut pada Tuhan aku! Pergi!"

Baru sahaja Halilintar mahu berbalik, anak matanya tidak sengaja menangkap tangan mayat yang dia periksa tadi terkeluar dari kain putih yang menutupinya.

Yang tidak boleh tahannya, tangan itu berdarah dengan ulat yang memenuhi serta memakan isi daging manusia yang tidak bernyawa itu bahkan ada sisa ulat itu berjatuhan ke lantai.

Dan membuat Halilintar terkejut adalah  ulat-ulat itu menuju ke arahnya dengan gerakan laju.

Halilintar berundur ke belakang, sehingga tubuhnya tersandar pada dinding bilik mayat itu.

Ulat-ulat itu makin lama makin mendekati Halilintar.

"Allahuakbar!"

Halilintar pejam mata, disaat ulat-ulat itu berubah bentuk kepada makhluk huduh. Makhluk-makhluk itu merangkak mendekati Halilintar.

Hee... Hee....

Cleak! Bunyi pintu dibuka, mampu melegakan hati dan perasaan Halilintar.

Halilintar buka mata untuk melihat siapa yang datang. Dia yakin, pasti detektif lelaki tadi.

Namun, sangkaannya meleset. Sebaik sahaja dia buka mata, dia disambut mesra oleh makhluk huduh dengan wajah dipenuhi ulat, darah dan berkulat. Baunya, hanya dia dan Tuhan sahaja yang tahu. Busuknya tidak dapat diungkap dengan kata.

Makhluk itu tersenyum manis yang baginya amat menyeramkan.

"Pergi dan jangan ganggu aku! Kalau kau berdegil tak nak pergi, aku hapuskan kau dengan ayat suci Al-Quran."







Tbc...

Floor 88 [SU]Where stories live. Discover now