Part 27

364 58 3
                                    

Gempa keluar bilik, niatnya ingin ke dapur untuk mengambil segelas air kerana dahaga. Namun, niatnya terbantut apabila melihat seorang gadis yang termenung di luar balkoni ruang tamu.

"Nenek Sya? Sya?"

Tiada sahutan yang dia dapat daripada gadis itu, kerana panasaran dia mendekati nenek muda itu.

Akan tetapi, baru beberapa langkah bahunya dipegang. Dia menoleh dan mendapati ketiga kembar yang menggeleng kepala seolah menghalangi dirinya untuk ke sana.

"Jangan ganggu dia." kata mereka bertiga.

"Kenapa?" soal Gempa kehairanan.

Ketiga kembar itu hela nafas.

"Dia ada masalah sedikit.." ucap Supra.

"Masalah? Dia gaduh dengan kekasih dia ke? Tapi, dia kan jomblo sejati?"

"Itu memang betul... Masalah family dia.." kata Glasier.

"Oh..."

Hening di antara mereka berempat. Mata mereka memandang ke arah tempat Sya yang tengah termenung dan mereka perasan akan aliran jernih yang jatuh pada pipi gadis itu.

Gempa yang hati lemah, terus melangkah mendekat tanpa menghiraukan panggilan ketiga kembar itu.

"Sya.."

Tersedar dari lamunan, Sya menoleh. Dia dengan cepat mengesat pipinya.

"Kenapa? Kau nak balik rumah kau ke? Tapi..."

"You cried, why babe?"

Terdiam. Sya tersenyum walaupun terlihat terpaksa dan Gempa tidak suka akan hal itu termasuk ketiga kembar yang kini datang merapat.

"No.. I'm not cry.. I'm fine, don't worry."

"Don't lie.. Mata kau tak boleh tipu kami Sya."

Bibir digigit, Sya tergelak kecil seraya bangun dari duduk.

Kening keempat jejaka itu terangkat, terkejut melihat perubahan gadis itu.

Fake laugh..

"Kau pasti nak balik rumah dan jumpa kembar kau kan? Nanti aku cari cara, aku.. Aku pergi dulu.."

Belum sempat Sya mahu pergi, tubuhnya dipeluk oleh Gempa.

"Menangis kalau kau nak nangis, jangan pendam nanti ia akan memakan diri kau.."

"Betul cakap Gempa, Sya. Kami ada untuk kau.."

"Aku..." Sya mencengkam baju yang dikenakan Gempa.

"Aku.. Hikss.. Keluarga aku..." kerana tidak sanggup menahan perit didada, Sya menghamburkan tangisan yang sedari tadi dia tahan.

"Keluarga aku... Aku tak nak benda ni berlaku dan aku sangat minta padaNya supaya benda ni tak terjadi...  Aku tak nak... Aku tak kuat..."

Gempa mengusap kepala Sya agar dengan itu dapat menenangkan gadis itu. Dia turut menumpahkan air mata dengan luahan pilu gadis itu.

Supra, Glasier dan Frostfire turut menghamburkan pelukan pada mereka berdua. Bahkan Supra yang dingin boleh jatuhkan air mata.

Walaupun nenek muda itu kejam, namun dia tetap sayang akan nenek muda itu.

"Dah jangan nangis, jom kita minum teh sambil cicah roti."

Ucapan spontan Glasier mengundang tawa mereka.

Malam itu mereka bermandikan air mata bersama teh cicah roti.












Tbc...

Kenapa chapt kali ni sendu an?

Maaf lama tak up..

20 vote for next chapt 😌

Bye... ^^

Floor 88 [SU]Where stories live. Discover now