Part 13

529 63 15
                                    

Taufan terbangun daripada tidur lenanya kerana ingin membuang hajat. Dia turun daripada katil. Dia mengeliat sambil mengosok kelopak matanya.

"Haishh, time ni lah kau nak kencing." rungut Taufan. Dia mengerling katil di sebelahnya, terdapat Solar sedang tidur dengan begitu lena sekali.

"Ishh, dah tak tahan." Taufan berjalan laju keluar dari bilik dan menuju ke arah tandas yang berada di bahagian dapur.

Taufan menonong masuk ke dalam tandas dan membuang hajatnya.

"Ah, lega."

Usai sahaja, dia membersihkan tangan di sinki tandas lantas melangkah keluar.

Baru sahaja Taufan mahu beredar dari dapur, telinganya menangkap suara orang seperti sedang mengunyah makanan. Dia telan liur, sudah lah suasana di dapur gelap dan hanya cahaya dari tandas sahaja yang terbuka.

"Siapa yang makan dalam gelap ni?" bisik Taufan. Jantungnya berdegup laju. Suara itu makin kuat kedengaran.

Dengan takut-takut, Taufan mencari asal suara itu datang.

Gulp...

Terasa kelat sahaja liur yang dia telan, peluh sudah membasahi sekujur tubuhnya bahkan wajahnya sudah berubah warna.

Dalam kesamaran dengan bantuan cahaya bulan, dia dapat melihat 'seseorang' yang berambut panjang sedang bercangkung di lantai dapur, di tepi sinki dan 'orang' membelakanginya. Tubuh itu terbongkok-bongkok, sedang memakan sesuatu.

"Siapa? Kau siapa?"

Taufan tekup mulutnya yang spontan mengeluarkan kata. Dia tersentak apabila tegurannya itu dapat menghentikan 'orang' itu.

Jantung Taufan bagaikan mahu luruh sahaja, tatkala 'orang' yang dia tegur barusan menoleh ke arahnya. Yang lebih mengejutkan dia, adalah 'orang' yang dia tegur itu bukan lah orang sebenarnya.

Hee.. Hee...

Bruk!

Taufan jatuh pengsan selepas mendapatkan sebuah senyuman yang amat manis daripada makhluk itu.













Tbc....

Floor 88 [SU]Where stories live. Discover now